Buka menu utama

Wikipedia β

Masjid Besi di Putrajaya
Masjid Negara di Kuala Lumpur

Malaysia ialah sebuah negara berbilang-kaum yang de-facto sekular, pada masa yang sama status rasmi Islam diiktiraf.[1][2][3]. Menurut kepada rajah banci 2000, kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam; 19 peratus agama Buddha; 9 peratus Kristian; 6 peratus Hinduisme; dan 3 peratus Konfusianisme, Taoisme, dan agama tradisional Cina lain. Yang selebihnya menganut kepercayaan lain, termasuk animisme, Sikhisme, dan Baha'i.[4] Seperti yang diperlukan oleh undang-undang Malaysia dan ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia, seorang Melayu boleh menyerahkan status etniknya jika dia adalah bukan Muslim[5]. Bagaimanapun sebaliknya adalah tidak sahnya benar; seseorang tidak sahnya menjadi Bumiputera dengan memeluk Islam. Muslim Malaysia adalah primernya Melayu walaupun terdapat kebanyakan bilangan India dan Muslim Pakistan dan bilangan yang semakin bertambah dari etnik mualaf Cina.

Sebilangan Muslim muda, terutamanya yang dibesarkan dalam yang lebih sekular atau berlatar barat adalah Muslim sapara mengamal. Mereka mematuhi amalan bulan suci (Ramadan) apabila berpuasa semasa waktu siang yang madatori, dan mengelak memakan daging babi tetapi mereka tidak mengerjakan sembahyang lima waktu sehari mahupun pergi ke masjid secara kerap.

Pada masa yang sama, bilangan Melayu yang semakin bertambah telah mengambil agama ini lebih serius, dengan bertambahnya populariti kewangan Islam dan bertambahnya bilangan perempuan memilih untuk memakai tudung atau skaf kepala sebagai bukti.

Isi kandungan

Bentuk-bentuk IslamSunting

Sunni IslamSunting

Ajaran Shafi'i yang merupakan salah satu cabang kepada Sunni, merupakan mazhab yang utama di Malaysia. Pun begitu, di sesetengah kawasan terpencil, masih ada unsur kepawangan dalam ajaran Islam mereka. Masjid sudah menjadi kelaziman di merata tempat di seluruh negara dan suara Azan dapat didengari dari kubah-kubah masjid 5 kali setiap hari. Pihak kerajaan dan institusi perbankan akan ditutup selama dua jam pada hari Jumaat bagi menghormati pekerja-pekerja yang perlu menunaikan solat secara jemaah di masjid-masjid. Di sesetengah negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, mereka memilih hari Jumaat dan Sabtu dan bukan Sabtu dan Ahad sebagai hari cuti umum.

Islam HadhariSunting

Istilah "Islam Hadhari" atau Islam progresif telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk menegaskan peranan utama pengetahuan dalam Islam. Ketekunan, kejujuran, pentadbiran yang baik, serta kecekapan diberikan nilai yang sama. Ia juga merayu kepada orang-orang Islam agar menjadi menyeluruh, bertoleransi, dan berpandangan ke luar.

Islam Hadhari bertujuan untuk mencapai sepuluh prinsip utama:

  1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.
  2. Kerajaan adil dan beramanah.
  3. Rakyat berjiwa merdeka.
  4. Penguasaan ilmu pengetahuan.
  5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
  6. Kehidupan berkualiti.
  7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
  8. Keutuhan budaya dan moral.
  9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.
  10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.

Abdullah Mohd Zain, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, berkata bahawa "Ia menekankan kebijaksanaan, sifat praktik, dan keharmonian," dan menambah bahawa "Ia menggalakkan kesederhanaan atau pendekatan seimbang terhadap kehidupan, tanpa menyimpang daripada asas-asas al-Quran, serta contoh-contoh dan pepatah-pepatah Nabi Muhammad.

SejarahSunting

 
Muzium Islam Melaka

Adalah anggapan umum bahawa Islam wujud buat pertama kali di Malaysia pada abad ke-10 di Terengganu yang merupakan negeri Melayu pertama menerima Islam. Pandangan ini adalah berdasarkan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu. Batu bersurat tersebut bertarikh 1303 M.

Oleh itu boleh dianggarkan, Sultan Muzaffar Shah I (abad ke-12) dari Kedah memeluk Islam lebih awal dan menjadi raja Melayu pertama yang diketahui untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, pemelukan Islam oleh Sultan Megat Iskandar Shah, sebelum itu dikenali sebagai Parameswara menjadiperistiwa penting dalam penerimaan Islam oleh orang Melayu di Tanah Melayu.

Tudung merupakan suatu pengenalan yang agak baru, dan tidak ketara sehingga kebangkitan Islam di seluruh dunia pada dekad 1980-an.

PerananSunting

KebudayaanSunting

 
Muzium Kesenian Islam Malaysia

Islam adalah pusat dan mendominasi dalam kebudayaan Melayu. Sebilangan besar perkataan Bahasa Malaysia mempunyai asal-usul daripada Bahasa Arab, bahasa pilihan agama Islam. Akan tetapi, terdapat juga perkataan Bahasa Malaysia yang berasal daripada Bahasa Portugis, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Islam sudah begitu sebahagian daripada identiti Melayu sehingga adat istiadat Islam telahpun diasimilasikan dengan budaya Melayu. Di dalam konteks harian, perkataan Muslim dan Melayu sering ditukar ganti.

Hari Raya Aidilfitri (Eid ul-Fitr) merupakan perayaan yang penting bagi orang Islam di Malaysia.

Undang-undang dan politikSunting

Seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, orang Malayu semestinya berugama Islam, tidak kira apa warisan etniknya; jika tidak mereka bukan Melayu dari segi undang-undang. Ini bermakna Melayu-Melayu yang murtad hilang kesemua hak keistimewaan mereka termasuk status Bumiputera yang memberi laluan penggunaan dasar tindakan pengeyaan untuk kemasukkan ke universiti-universiti, diskaun-diskaun pembelian kenderaan, harta tanah dsb.

Taburan penganut IslamSunting

Mengikut EtnikSunting

Laporan Bancian Penduduk dan Perumahan 2010 memberikan maklumat statistik berikut:[6]

Bumiputera Cina India Etnik lain Bukan warganegara
18,269,184 (89.60%) 65,280 (0.32%) 130,560 (0.64%) 195,840 (0.96%) 1,728,768 (8.48%)
% Jumlah Bumiputera % Jumlah Cina % Jumlah India % Jumlah etnik lain % Jumlah bukan warganegara
88.96% 1.28% 3.84% 54.40% 69.76%

Mengikut negeri dan wilayah persekutuan di MalaysiaSunting

Berdasarkan laporan bancian tahun 2016,[7]

Negeri di
Malaysia
Penduduk beragama Islam
(Pada tahun 2016)
 % Penduduk Islam
Johor 2,123,328 60.8 %
Kedah 1,705,280 80.0 %
Kelantan 1,753,984 96.0 %
Melaka 545,728 67.2 %
Negeri Sembilan 678,848 60.8 %
Pahang 1,333,888 76.8 %
Perak 1,403,264 57.6 %
Pulau Pinang 750,336 44.8 %
Perlis 227,392 89.6 %
Selangor 3,887,104 60.8 %
Terengganu 1,208,320 99.2 %
Sarawak 1,052,672 38.4 %
Sabah 2,592,256 67.2 %
W.P. Kuala Lumpur 909,632 51.2 %
W.P. Labuan 116,928 76.8 %
W.P. Putrajaya 100,672 99.2 %
Malaysia 20,389,632* 64.0 %*
  • Jumlah keseluruhan penduduk Islam bagi seluruh negeri dan wilayah peresekutan di Malaysia

Berdasarkan jumlah penduduk di Malaysia pada tahun 2016, terdapat seramai 20,389,632 penganut agama Islam di Malaysia (64.0% jumlah penduduk [8] Majoriti penganut ajaran Islam terdiri di kalangan orang Melayu.

Lihat jugaSunting

Nota kakiSunting

  1. ^ [1]
  2. ^ Wu & Hickling, p. 35.
  3. ^ Ooi, J. 2007. Merdeka... 50 years of Islamic State?. Available from: http://www.jeffooi.com/2007/07/merdeka_50_years_of_islamic_st.php. Accessed 21 July 2007.
  4. ^ (Inggeris) U.S. Department of State. Malaysia. Dicapai 2006-08-03.
  5. ^ Artikel 160 Perlembagaan Malaysia.
  6. ^ Statistics Press Release
  7. ^ Population Distribution and Basic Demographic Characteristics 2016 Department of Statistics, Government of Malaysia (2011), Page 83-101
  8. ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2016/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf

RujukanSunting