Maulidur Rasul
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) atau Maulud Nabi Muhammad SAW ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang jatuh pada Isnin (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahuwataala. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Maulidur Rasul Maulud Nabi Muhammad SAW | |
---|---|
![]() Umat Islam Malaysia dalam perarakan sempena Maulidur Rasul di Putrajaya, 2013. | |
Juga dikenali sebagai | Eid al-Mawlid an-Nabawī (المولد النبوي), Maulid, Maulud Nabi Muhammad SAW[1] |
Diraikan oleh/di | Pengikut Ahli Sunah Waljamaah, Syiah dan cabang dan mazhab Islam yang lain kecuali sedikit seperti Wahabi/Salafi dll. |
Jenis | Islam |
Kepentingan | Ulang tahun keputeraan Nabi Muhammad SAW |
Upacara | berpuasa, perarakan awam, nyanyian keagamaan, perjumpaan keluarga dan masyarakat, perhiasan jalan dan rumah |
Tarikh | 12 Rabiulawal |
Kekerapan | Annual/lunar (every 12 lunations) |
sunting |
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam kerana apabila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahuwataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
EtimologiSunting
Terdapat juga pelbagai nama disebut dalam bahasa lain bagi Maulidur Rasul.
Nama | Bahasa | Maksud |
---|---|---|
Mawlid an-Nabī | Arab Moden | "Kelahiran Nabi" |
Milād an-Nabī | Arab Klasik | "Kelahiran Nabi" |
Mevlid-i Şerif | Turki | "Hari Kelahiran yang dirahmati" |
Mevlud/Mevlid | Bosnia | "Kelahiran" |
Mawlūd-e Sharīf | Urdu dan Dari | "Kelahiran yang dirahmati" |
Zadruz-e Payambar-e Akram | Parsi | "Kelahiran yang agung/yang dirahmati" |
Eid al-Mawlid an-Nabawī | Arab Moden | "Pesta kelahiran Nabi" |
Eid-e-Milād-un-Nabī | Urdu | "Pesta kelahiran Nabi" |
Mawlid en-Nabaoui Echarif | Arab Magreb | "Kelahiran Nabi yang dirahmati" |
el Mūled (en-Nabawi)/Mūled en-Nabi | Arab Mesir | "Kelahiran (Nabi)/Kelahiran Nabi" |
Yawm an-Nabī | Arab Klasik | "Hari Nabi" |
Maulidur Rasul | Malaysia | "Kelahiran pesuruh Allah" |
Mulud | Jawa | "Kelahiran" |
Maulid Nabi | Indonesia | "Kelahiran Nabi" |
Maulud Nabi | Malaysia | "Kelahiran Nabi" |
Maulidi | Swahili | - |
Meeladu Nabi | bahasa Sinhala, Tamil, Malayalam, Telugu dan bahasa Divehi | "Kelahiran Nabi" |
Gamou | bahasa Wolof | - |
Nabi/Mahanabi Jayanti | Sanskrit dan Hindi | "Hari Kelahiran Nabi (yang agung)" |
WaktuSunting
Maulidur Rasul pada jatuh pada Rabiulawal setiap tahun. Menurut fahaman Syiah, hari tersebut jatuh pada 17 Rabiulawal serentak dengan hari kelahiran Imam keenam iaitu Ja'far al-Sadiq dan keputeraan Nabi Muhammad bagi Sunni pula jatuh pada 12 Rabiulawal.
Tahun Masihi | 12 Rabiulawal (Sunni dan segelintir orang Syiah) |
17 Rabiulawal (Syiah) |
---|---|---|
2008 | 20 Mac | 25 Mac |
2009 | 9 Mac | 14 Mac |
2010 | 26 Februari | 3 Mac |
2011 | 15 Februari | 20 Februari |
2012 | 4 Februari | 9 Februari |
2013 | 24 Januari | 29 Januari |
2014 | - | - |
2015 | - | - |
2016 | - | - |
2017 | - | - |
2018 | - | - |
2019 | - | - |
2020 | - | - |
2021 | 19 Oktober | 24 Oktober |
GaleriSunting
Sambutan Mawlid an-Nabawi di Kaherah pada tahun 1878
Bendera Empayar Uthmaniyyah dinaikkan pada sambutan Mawlid an-Nabi keputeraan Nabi Muhammad SAW pada tahun 1896 di padang perbandaran kota Libya Benghazi
RujukanSunting
- ^ "Mawlid in Africa". Muhammad (pbuh) – Prophet of Islam. Dicapai pada 2016-02-2. Check date values in:
|access-date=
(bantuan)