Wahabi
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Wahabi (Arab: Al-Wahhābīyya الوهابية) atau Wahhabisme merupakan satu fahaman atau aliran yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Bani Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud telah memerintah Arab Saudi sejak tahun 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi. Wahabi bukanlah suatu mazhab akidah ataupun mazhab fikah.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, dan Mauritania.
Pengasas
Muhammad bin Abdul Wahab (1701 - 1793) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'. Beliau telah mempelajari agama daripada Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi, bapanya iaitu Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa, beliau pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan pulang halamannya.
Beliau merupakan seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab. Beliau kononnya mahu memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ibn Taimiyyah.
Fahaman Wahabi di Malaysia
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia telah melarang penyebaran fahaman wahabi di Malaysia seperti berikut:
- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-12 Pada Tahun 1985,
- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 Pada Tahun 1985,
- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 Pada Tahun 1986,
- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-40 Pada Tahun 1996,
- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-42 Pada Tahun 1997,
- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-44 Pada Tahun 1998,
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) & Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (JAPPIS).
Beberapa fatwa-fatwa mengenai kesesatan wahabi juga telah dikeluarkan oleh Pejabat-Pejabat Mufti Di Seluruh Malaysia seperti berikut:
Lihat juga
Rujukan
- ^ "JAKIM : E-SMAF V1". e-smaf.islam.gov.my. Dicapai pada 2023-09-20.
- ^ "JAKIM : E-SMAF V1". e-smaf.islam.gov.my. Dicapai pada 2023-09-20.
- ^ "JAKIM : E-SMAF V1". e-smaf.islam.gov.my. Dicapai pada 2023-09-20.
- ^ "JAKIM : E-SMAF V1". e-smaf.islam.gov.my. Dicapai pada 2023-09-20.
- ^ "JAKIM : E-SMAF V1". e-smaf.islam.gov.my. Dicapai pada 2023-09-20.