Algeria
Koordinat: 28°N 2°E / 28°N 2°E
Algeria (Arab: الجَزَائِر, rumi: Al-Jazā'ir , bahasa-bahasa Barbar: ⵍⴻⵣⴰⵢⴻⵔ, rumi: Lezzayer , Perancis: Algérie ) atau nama rasminya Republik Demokratik Rakyat Algeria (Arab: الجمهورية الجزائرية الديمقراطية الشعبية, rumi: al-Jumhūriyya al-Jazā'iriyyah ad-Dīmuqrāṭiyyah asy-Sya`biyyah ; bahasa-bahasa Barbar: ⵜⴰⴳⴷⵓⴷⴰ ⵜⴰⵎⴳⴷⴰⵢⵜ ⵜⴰⵖⵔⴼⴰⵏⵜ ⵜⴰⴷⵣⴰⵢⵔⵉⵢⵜ, rumi: Tagduda tamegdayt taɣerfant tazzayrit , Perancis: République algérienne démocratique et populaire ) ialah sebuah negara di rantau Afrika Utara terletak di barat laut benua Afrika dengan pantai sepanjang Laut Mediterranean di sebelah utara, bersempadan dengan Tunisia di timur laut, Libya di timur, Niger di sebelah tenggara, Mali dan Mauritania di barat laut, dan Maghribi di barat.
Republik Demokratik Rakyat Algeria ريڤوبليک ديموکراتيک رعيت الجيريا الجمهورية الجزائرية الديمقراطية الشعبية Al-Jumhūrīyah al-Jazā'irīyah ad-Dīmuqrāṭīyah asy-Sya`bīyah ⵜⴰⴳⴷⵓⴷⴰ ⵜⴰⵎⴳⴷⴰⵢⵜ ⵜⴰⵖⵔⴼⴰⵏⵜ ⵜⴰⴷⵣⴰⵢⵔⵉⵢⵜ Tagduda tamegdayt taɣerfant tazzayrit | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: من الشعب و للشعب (Bahasa Arab) "Revolusi oleh Rakyat dan untuk Rakyat." | |||||
Lagu kebangsaan: Kassaman (Bahasa Arab) "Jaminan" | |||||
![]() | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | ![]() | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Arab, Bahasa Amazigh (de jure), Bahasa Perancis (de facto)1 | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
• Presiden | Abdelmadjid Tebboune | ||||
Aymen Benabderrahmane | |||||
Penubuhan | |||||
• Dinasti Ziyanid | dari 1236 | ||||
• Pemerintahan Uthmaniyyah | dari 1516 | ||||
• Pemerintahan Perancis | dari 1830 | ||||
• Republic | 5 Julai 1962 | ||||
sedikit sahaja | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2021 | 44,700,000[1] (ke-32) | ||||
17.7/km2 (45.8/sq mi) (ke-168) | |||||
KDNK (PPP) | 2022 | ||||
• Jumlah | ▲ $581.189 billion[2] (ke-43) | ||||
▲ $13,002[2] (111th) | |||||
KDNK (nominal) | 2022 | ||||
• Jumlah | ▲ $191.941 billion[2] (ke-58) | ||||
▲ $4,294[2] (ke-130) | |||||
Gini (2011) | 27.6[3][4] rendah | ||||
HDI (2021) | ▲ 0.745[5] tinggi · ke-91 | ||||
Mata wang | Dinar Algeria ( DZD ) | ||||
Zon waktu | CET (UTC+1) | ||||
• Musim panas (DST) | tidak diperhatikan | ||||
Bahagian memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +213 | ||||
Kod ISO 3166 | DZ | ||||
DPT internet | .dz | ||||
1 Bahasa Kabyle ialah bahasa rasmi di Kabylia, Bahasa-bahasa Barbar yang lain juga diiktiraf sebagai "bahasa kebangsaan". |
Algeria merupakan negara kedua terbesar di benua Afrika.
PenamaanSunting
Nama Algeria atau bentuk Perancisnya Algérie diambil dari nama ibukotanya Algiers atau nama Arabnya الجَزَائِر Al-Jazā’ir yang bermaksud "kepulauan" iaitu bentuk jamak kata جَزِيرَة jazīrah "pulau".[6] Hal ini mungkin merujuk kepada 4 buah pulau yang terletak berhampiran dengan kota tersebut, gugusan pulau ini diberi nama جزائر بَنِي مَزْغَنَّة Jazā'ir Banī Mazghannah "Kepulauan Bani Mazghanna"[7][8][halaman diperlukan][9][halaman diperlukan] tertulis dalam peta-peta dikarang zaman pertengahan seperti yang dilakukan Muhammad al-Idrisi; kota Al-Jazā’ir dinamakan oleh pengasasnya, Buluqīn bin Zīrī[10] putera Ziri bin Menad yakni seorang ketua puak bangsa Amazigh pengasas wangsa Ziriyah yang memerintah kawasan tersebut. Ibn Khaldun sendiri dalam kitab Muqaddimah-nya menamakan kawasan merangkumi kota tersebut dan pinggirannya sebagai بِلَاد الجَزَائِر Bilād Al-Jazā'ir.[11]
Nama ini dikatalakan sebagai Aljer sebelum diperanciskan kepada Algiers. Nama Algérie merupakan olahan lanjut dari nama kota tersebut yang mula digunakan oleh Menteri Peperangan Empayar Jean-de-Dieu Soult pada tahun 1837 sebagai pengganti label "Taklukan Perancis Afrika Utara" (« possessions françaises du Nord de l'Afrique »).[12]
SejarahSunting
Populasi kaum peribumi Amazigh di Algeria telah berada di bawah pendudukan kuasa asing sejak 3000 tahun yang lepas. Orang-orang Phoenicia (1000 SM) dan Empayar Rom (200 SM) adalah yang paling penting diantara kuasa-kuasa asing di sini sehinggalah kedatangan kuasa Islam pada kurun kelapan masihi. Walau bagaimanapun penaklukan tidak datang sekaligus, pada zaman pertengahan Dinasti Fatimiyyah yang bermula di Algeria menakluki Mesir walaupun selepas itu dinasti ini meninggalkan Afrika Utara.
Algeria dikuasai Empayar Uthmaniyyah oleh Khair ad-Din dan abangnya Aruj yang menjadikan pesisir pantainya pelabuhan untuk kapal-kapal perang. Perancis kemudian menakluki Algiers pada 1830; bagaimanapun terdapat penentangan oleh pejuang-pejuang menjadikan usaha penaklukan Algeria menjadi lambat. Penaklukan Algeria tamat pada awal abad ke-20 apabila Tuareg ditakluki.
Sementara itu, pihak Perancis telah menjadikan Algeria sebagai sebahagian daripada wilayahnya sendiri. Beribu-ribu pendatang dari Perancis, Itali, Sepanyol, dan Malta berpindah menyeberangi Laut Mediterranean untuk membuka kebun di tanah lapang Algeria dan menduduki kebanyakan kota-kota Algeria. Bagi masyarakat majoriti Muslim Algeria, mereka tidak diberikan taraf kewarganegaraan Perancis mahupun hak untuk mengundi. Institusi sosial Algeria mencapai ke tahap kemuncak apabila kadar pandai membaca, menulis, dan mengira jatuh ke tahap yang paling rendah.
Pada tahun 1954 iaitu semasa Perang Kemerdekaan Algeria, Barisan Pembebasan Kebangsaan Algeria (BPKA) melancarkan serangan gerila dan hanya selepas sedekad berlakunya pertempuran di bandar dan desa, mereka berjaya mengusir Perancis keluar pada tahun 1962. Hampir 1,025,000 pieds-noirs, di samping 91,000 harkis (Orang Muslim Algeria yang pro-Perancis), atau 10% daripada populasi Algeria pada tahun 1962 melarikan diri ke Perancis dalam masa beberapa bulan semasa pertengahan peperangan tahun itu.
Presiden pertama Algeria merangkap ketua BPKA, Ahmed Bin Bella, telah digulingkan oleh bekas sekutunya yang juga menteri pertahanan, Houari Boumédiènne pada tahun 1965. Algeria kemudian menikmati kestabilan selama 25 tahun di bawah sistem satu parti sosial Boumedienne dan pengganti-penggantinya.
Pada tahun 1990-an, Algeria terjerumus dalam kancah perang saudara selepas pihak tentera menghalang sebuah parti politik Islam, Parti Pembebasan Islam daripada mengambil alih kuasa selepas pilihan raya yang buat pertama kalinya melibatkan pelbagai parti. Lebih daripada 100,000 orang terkorban dalam serangan gerila oleh pihak-pihak yang bertelagah.
PolitikSunting
Ketua negara adalah Presiden republik, yang dipilih bagi satu penggal 5-tahun year, diperbaharui sekali sahaja. Algeria has universal suffrage. Presiden merupakan ketua Majlis Menteri dan Majlis Keselamatan Tinggi. Dia melantik Perdana Menteri yang juga merupakan ketua kerajaan. Perdana Menteri turut melantik Majlis Menteri.
Parlimen Algeria adalah (bicameral), mengandungi dewan rakyat, National People's Assembly (APN), dengan 380 ahli dan dewan negara (upper chamber), Majlis Negeri, dengan 144 ahli. APN dilantik setiap 5 tahun.
Algeria terbahagi kepada 48 wilayah (ولاية), atau jajahan:
- Adrar
- Ain Defla
- Ain Temouchent
- Alger
- Annaba
- Batna
- Bechar
- Bejaia
- Biskra
- Blida
- Bordj Bou Arreridj
- Bouira
- Boumerdes
- Chlef
- Constantine
- Djelfa
- El Bayadh
- El Oued
- El Tarf
- Ghardaia
- Guelma
- Illizi
- Jijel
- Khenchela
- Laghouat
- Mascara
- Medea
- Mila
- Mostaganem
- M'Sila
- Naama
- Oran
- Ouargla
- Oum el Bouaghi
- Relizane
- Saida
- Setif
- Sidi Bel Abbes
- Skikda
- Souk Ahras
- Tamanghasset
- Tebessa
- Tiaret
- Tindouf
- Tipaza
- Tissemsilt
- Tizi Ouzou
- Tlemcen
KetenteraanSunting
Angkatan berseenjata Algeria terdiri daripada Tentera Darat Kebangsaan Rakyat (ANP), Tentera Laut Kebangsaan Algeria (MRA), dan Tentera Udara Algeria (QJJ), selain Pasukan Pertahanan Udara Wilayah.[13] Ia merupakan pewaris kepada Tentera Darat Pembebasan Kebangsaan (Armée de Libération Nationale atau ALN), sebuah sayap bersenjata bagi nasionalis Barisan Pembebasan Kebangsaan yang menentang pendudukan oleh penjajah Perancis semasa Perang Kemerdekaan Algeria (1954–62).
Jumlah anggota tentera adalah termasuk 147,000 aktif, 150,000 simpanan, dan 187,000 anggota paratentera (anggaran 2008).[14] Perkidmatan di dalam tentera adalah wajid kepada orang lelaki yang berumur antara 19–30, selama 12 bulan.[15] Belanjawan ketenteraan adalah 4.3% daripada produk domestik kasar (GDP) pada tahun 2012.[13] Algeria merupakan tentera ke-2 terbesar di Afrika Utara dan belanjawan pertahanan terbesar di Afrika ($10 bilion).[16]
Pada tahun 2007, Tentera Udara Algeria telah menandatangani satu perjanjian dengan Rusia untuk membeli 49 buah pesawat MiG-29SMT dan 6 buah MiG-29UBT dengan anggaran kos $1.9 bilion. Ia juga bersetuju untuk memulangkan pesawat lama yang dibeli daripada bekas Soviet. Rusia juga membina dua buah kapal selam berkuasa diesel Type-636.[17]
RujukanSunting
- ^ "Démographie" [Demography] (PDF). Office National des Statistiques (dalam bahasa Perancis). 18 May 2020. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 21 July 2020. Dicapai pada 3 October 2020.
- ^ a b c d "World Economic Outlook Database". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 22 October 2021.
- ^ "Distribution of Family Income – Gini Index". The World Factbook. Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 13
June 2007. Dicapai pada 1 September 2009. line feed character in
|archive-date=
at position 4 (bantuan); Check date values in:|archive-date=
(bantuan) - ^ "GINI index (World Bank estimate)". World Bank. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2018. Dicapai pada 24 February 2019.
- ^ Human Development Report 2021-22 Uncertain Times, Unsettled Lives: Shaping Our Future in an Uncertain World (PDF). United Nations Development Programme. 8 September 2022. m/s. 289–292. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2022-10-09. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 70. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Bazina, Abdullah Salem (2010). The spread of Islam in Sub-Saharan in Africa (dalam bahasa Arab). Al Manhal. m/s. 23. ISBN 978-9796500024. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2018. Dicapai pada 25 November 2018.
- ^ al-Idrisi, Muhammad (12th century) Nuzhat al-Mushtaq
- ^ Abderahman, Abderrahman (1377). History of Ibn Khaldun – Volume 6.
- ^ Leschi 1941.
- ^ Chenntouf, Tayeb (2008). L'Algérie face à la mondialisation (dalam bahasa Perancis). m/s. 221.
- ^ "Le dictionnaire de l'Histoire - Algérie, Algériens". Herodote (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 21 Mei 2022.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanAlgeriaFactbook
tidak disediakan - ^ Hackett, James (ed.) (5 February 2008). The Military Balance 2008. International Institute for Strategic Studies. Europa. ISBN 978-1-85743-461-3. Dicapai pada 16 July 2008.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ "Loi 14-06 relative au service national", JORADP 48, August, 10th 2014
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanAlgeriaSpending
tidak disediakan - ^ "Venezuela's Chavez To Finalise Russian Submarines Deal". Agence France-Presse. 14 June 2007. Dicapai pada 31 August 2011.
- Sumber utama
- Leschi, Louis (Julai 1941). "Origines d'Alger: conférence faite le 16 juin 1941". Feuillets d'El-Djezair (dalam bahasa Perancis).