Cabang dan mazhab Islam

Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, muncul beberapa aliran yang berpunca daripada perbezaan dari segi pemikiran, pandangan hukum dan pengamalan sesebuah ibadah[1], walau bagaimanapun ia tidak sampai mempengaruhi kepercayaan (akidah) perbezaan dari segi aliran pemikiran, tradisi dan fiqh, namun tidak akidah.

Al-Quran memerintahkan umat Islam supaya "taat kepada Allah, taat kepada Rasul (Nabi Muhammad), orang-orang yang berkuasa dari kalangan Muslim", menekankan kepentingan mematuhi suruhan Allah di dalam al-Quran, dan mengikuti semua ajaran Nabi, dan mereka yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin;[4:59] melabelkan mereka yang bersetuju sebagai Muslim[22:78] dan sebahagian daripada "sebaik-baik umat yang dilahirkan".[3:110] Bagaimanapun, ada hadis yang menyebut akan terdapat 73 golongan seperti yang diriwayatkan dalam riwayat Imam Tirmidzi dan Abu Daud,[2][3]

Rajah mengenai cabang dan mazhab dalam Islam.

Mazhab dalam Islam boleh dikategorikan kepada tiga topik utama iaitu pegangan (akidah), perundangan (fiqah) yang mempengaruhi cara sesebuah amalan dilaksanakan, dan kesufian (tasawuf) yang melibatkan penyucian hati. Setiap topik mempunyai cabang tertentu sebagaimana yang telah diseragamkan menerusi Risalah Amman[4].

Faktor pembentukan mazhab sunting

Terdapat dua faktor berlakunya perpecahan iaitu punca dalaman dan punca luaran[5].

Punca dalaman sunting

Kewujudan mazhab asasnya berpunca daripada perbezaan pandangan dalam memilih pengganti Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin umat Islam. Terdapat empat pandangan dalam pemilihan Khalifah ketika itu, iaitu

  1. Khalifah dipilih dan dipersetujui oleh rakyat tanpa mengira sama ada kabilah itu berpengaruh ataupun tidak. Ia sebagaimana dicadangkan oleh kumpulan Ansar. Pandangan ini menjadi asas kepada pemikiran Muktazilah.
  2. Khalifah dipilih daripada kalangan keluarga Nabi Muhammad SAW. Ini sebagaimana dicadangkan oleh beberapa kerabat Baginda (ahlul Bait). Pandangan ini menjadi asas kepada lahirnya aliran Syiah.
  3. Khalifah itu dipilih oleh umat Islam dan mesti daripada kalangan kaum Quraisy yang merupakan kabilah yang paling berpengaruh ketika itu. Pandangan ini diutarakan oleh majoriti Sahabat yang akhirnya diterima oleh kumpulan Ansar dan Ahlul Bait dalam melantik Khalifah pertama, Sayidina Abu Bakar al-Siddiq. Pandangan ini diterima dalam kalangan Ahli Sunah Waljamaah.
  4. Kumpulan keempat pula berkecuali daripada memberi sokongan dan menyerahkan urusan kepada Allah SWT. Pandangan ini menjadi asas kepada lahirnya kumpulan Murji'ah.

Punca luaran sunting

Faktor-faktor luaran juga menjadi sebab berlakunya kelahiran pelbagai mazhab. Antaranya berpunca daripada:

  1. Individu yang memeluk Islam tetapi masih berpegang pada ajaran agama lama atau amalan silam.
  2. Individu yang menganut Islam secara berpura-pura dan menyebelahi golongan yang bertelingkah.
  3. Penterjemahan buku-buku karya sarjana-sarjana bukan Islam secara bebas, tanpa menilai keperluan diterjemah. Ini mengakibatkan campur aduk pemikiran umat Islam ketika itu.
  4. Penyusupan ideologi asing oleh musuh Islam yang akhirnya melahirkan sekurang-kurangnya 3 aliran yang dinilai sesat, iaitu Qadariah, Jabariah dan Syiah Pelampau.

Pegangan (Akidah) sunting

Ahli Sunah sunting

Ahli Sunah merupakan kumpulan terbesar dalam Islam (sehingga 90%[6][7] daripada 1.5 bilion Muslim di dunia). Ahli Sunah atau Sunni percaya bahawa empat khalifah pertama merupakan pewaris benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.; kerana Allah tidak menunjukkan mana-mana ketua tertentu untuk mewarisinya, ketua itu perlu dipilih.[7] Sunah mengakui empat mazhab (aliran pemikiran) utama yang sah: Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini menerima kesahihan yang lain dan seorang Muslim boleh memilih mana-mana yang menyenangkannya,. Terdapat juga gerakan ultra-ortodoks di dalam Sunah, contohnya Salafi yang mengambil generasi pertama Muslim sebagai model teladan.[8]

Perundangan (Fiqah) sunting

Mazhab Hanafi sunting

Mazhab Hanafi dinamakan sempena Imam Abu Hanifah Nu'man bin Tsabit (699-767 Masihi/ 89-157 Hijriah) yang menetap di Iraq. Beliau hidup di zaman pemerintahan Umaiyah dan Abbasiyah. Pengikut mazhab Hanafi meliputi 45.5% daripada kumpulan Sunni.

Mazhab Maliki sunting

Mazhab Maliki dinamakan sempena Imam Malik bin Anas (711-795 Masihi/ 93-179 Hijriah) yang menetap di Madinah. Beliau juga hidup di zaman pemerintahan Umaiyah dan Abbasiyah. Pengikut mazhab Maliki meliputi 15% daripada kumpulan Sunni.

Mazhab Syafii sunting

Mazhab Syafii dinamakan sempena Imam Muhamad bin Idris al-Syafii (767-820 Masihi/ 150-204 Hijriah) yang lahir di Palestin dan pernah menetap beberapa kawasan di Asia Barat seperti Mekah, Madinah, Yaman, Iraq dan Mesir. Mazhab ini terkenal juga dengan dua pandangan Imam Syafii iaitu qaul jadid dan qaul qadim. Imam Syafii juga dianggap pelopor kepada ilmu Usul Fiqah, suatu ilmu yang membincangkan kaedah penetapan hukum-hukum. Pengikut mazhab Syafii meliputi 28% daripada kumpulan Sunni.

Mazhab Hanbali sunting

Mazhab Hanbali dinamakan sempena Imam Ahmad bin Mohamad bin Hanbal (780 -855 Masihi/ 164-241 Hijriah) yang menetap di Iraq. Pengikut mazhab Hanbali meliputi 2% daripada kumpulan Sunni.

Kesufian (Tasawuf) sunting

Kesufian atau sufisme merupakan satu bentuk pendekatan mistik-astetik terhadap Islam. Dengan memfokuskan lebih pada aspek kerohanian agama, Sufi berusaha untuk memperoleh pengalaman terus dari Allah dengan mengguna pakai "daya gerak hati dan emosi" yang harus dilatih seseorang untuk diguna.[9] Sufisme dan syariat Islam biasanya dianggap menjadi pelengkap, walaupun Sufisme telah dikritik oleh kumpulan Salafi sebagai bidaah tidak wajar. Kebanyakan golongan Sufi, atau tarekat, boleh dikelas sebagai sama ada Sunah atau Syiah, walaupun ada yang mengelaskan diri mereka hanya sebagai Sufi.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ So Many Different Groups of Muslims oleh Yusuf Estes
  2. ^ Early Differences and Sects in Islam oleh Abu Tahir 'Abd al-Qahir al-Baghdadi
  3. ^ Mazhab bantu memahami agama Utusan Malaysia Online - Bicara Agama. 21/1/2011.
  4. ^ The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims, 2021 (PDF). Amman: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. 2020. m/s. 75.
  5. ^ Abdul Hadi Awang (2020). Mukhtasar Mazhab Akidah dan Firqah Umat Islam (ed. Tulisan Jawi). Marang: Maktabah Barakah.
  6. ^ "Islām". Encyclopædia Britannica Online. Dicapai pada 2010-08-25.
  7. ^ a b "Sunnite". Encyclopædia Britannica Online. Dicapai pada 2010-08-26.
  8. ^ Salafi Islam GlobalSecurity.org. Dicapai pada 2010-11-09.
  9. ^ Trimingham (1998), m/s. 1
  10. ^ Lihat:
    • Esposito (2003), m/s. 302
    • Malik (2006), m/s. 3
    • B. S. Turner (1998), m/s. 145
    • "Afghanistan: A Country Study". Country Studies. U. S. Library of Congress (Federal Research Division). m/s. 150. Dicapai pada 2007-04-18.