Bahasa Melayu Malaysia

dialek bahasa Melayu yang dipakai secara rasmi di Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 "bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu"
(Dilencongkan dari Bahasa Malaysia)

Bahasa Melayu Malaysia atau Bahasa Melayu Standard juga disebut Bahasa Melayu Moden dan Bahasa Melayu Baku ialah bentuk bahasa Melayu yang dipiawaikan dan digunakan sebagai bahasa kebangsaan rasmi di Malaysia mengikuti standard tetapan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Melayu Malaysia lebih daripada 80% kognitif dengan Bahasa Indonesia yang seakar dan dituturkan oleh lebih daripada 15 juta orang di Malaysia. Bahasa Melayu ini menjadi bahasa kebangsaan negara Malaysia mengikut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu".[3] Piawai bahasa ini juga digunakan di negara Singapura dan Brunei, dan merupakan status rasmi dalam negara-negara tersebut.[4]

Bahasa Melayu Malaysia
بهاس ملايو مليسيا
Bahasa Melayu Standard/Moden
Asli kepada Malaysia
Penutur asli
B1: Sedikit
B2: Dituturkan oleh sebahagian besar penduduk di Malaysia , walaupun kebanyakannya mempelajari dialek Melayu tempatan atau bahasa ibunda lain terlebih dahulu[1]
Bentuk awal
Bahasa Melayu Kuno atau Bahasa Melayu Induk
  • Bahasa Melayu Klasik Johor-Riau
Tulisan Rumi (rasmi) dan Jawi (rasmi di Brunei)[2]
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Malaysia
 Brunei
 Singapura
Dikawal selia olehDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Majlis Bahasa Melayu Singapura
Kod bahasa
ISO 639-3zsm
Glottologstan1306

SejarahSunting

Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama) memperkenalkan istilah "Bahasa Malaysia" sebagai nama untuk bahasa kebangsaan Malaysia kerana terpengaruh dengan negara jiran Indonesia. Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas. Sebenarnya istilah Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh Tuanku Abdul Rahman (Yang di-Pertuan Agong Pertama) tetapi timbul secara spontan selepas tragedi 13 Mei 1969. Hal ini terbukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa itu, wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan Malaysia tidak berubah.

Pada tahun 1986, istilah "Bahasa Malaysia" ditukar kepada "Bahasa Melayu". Penukaran ini dibuat selaras dengan apa yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu".[5][6]

Pada tahun 2007, berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan kabinet mengenai istilah bahasa rasmi negara sama ada istilah "Bahasa Melayu" atau "Bahasa Malaysia" yang sebenarnya betul. Pada 4 Jun 2007, Kabinet Malaysia telah membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia" kerana ingin menanamkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan rakyat (tetapi tidak berhasil)[7][8][9]. Kabinet mengarahkan semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Namun perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana perkara 152 perlembagaan Malaysia jelas mengatakan bahasa rasmi negara adalah bahasa Melayu dan bukannya bahasa Malaysia.

Perkara 152. Bahasa kebangsaan

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa-

(a)

tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b)

tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Pada tahun 2022, isu nama bahasa rasmi mendapat kritikan daripada Indonesia kerana hasrat perdana menteri Malaysia yang ke-9 iaitu Ismail Sabri mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN[10][11]. Menteri Indonesia Nadiem Makarim menolak sekeras-kerasnya cadangan Malaysia untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN kerana menurutnya Bahasa Indonesia adalah lebih layak[12][13][14][15]. Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Kamaruddin M. Said berkata " selagi Malaysia berkeras namakan bahasa rasmi negara adalah bahasa Melayu dan bukannya bahasa Malaysia selagi itu Indonesia akan menolak kita"[16][17]. Perbincangan ini sekaligus menjejaskan status nama bahasa rasmi Malaysia yang jelas menyebut bahasa Melayu.[18][19][20]

Kaedah menulisSunting

Penulisan bahasa Melayu Malaysia telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis sistem tulisan yang saling berganti. Sistem yang pertama dipakai ialah tulisan Pallava yang berasal dari India. Dengan penyebaran agama Islam, penggunaan sistem tulisan Jawi berkembang di negeri-negeri Melayu seawal abad ke-15. Pada penghujung abad ke-19, sistem tulisan Rumi mula digunakan dalam penulisan bahasa Melayu.

Dalam zaman pascamoden, Bahasa Melayu Malaysia biasanya ditulis dalam tulisan Rumi. Tulisan Rumi merupakan sistem penulisan rasmi Bahasa Melayu Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Tulisan Jawi kini sangat kurang digunakan tetapi kekal sebagai sistem tulisan alternatif terutamanya bagi pengupacaraan agama.

Bahasa Melayu Malaysia kini menggunakan sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu yang telah diisytiharkan penggunaannya pada 16 Ogos 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak dan Presiden Indonesia, Suharto. Dengan persetujuan ini, bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama untuk sistem tulisan rumi bagi kedua-dua bahasa tersebut.

Skop PenggunaanSunting

Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi tunggal Persekutuan dan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia pada 1968. Manakala di Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi di samping bahasa Inggeris.

Bahasa pasarSunting

Sejak zaman kuno, Bahasa Melayu Malaysia telah lama banyak menyerap pengaruh bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Portugis, Jawa, Arab dan sebagainya.

Pengaruh SanskritSunting

Pengaruh PortugisSunting

Terdapat 131 perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis.[21] Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu ialah:

Bahasa PortugisBahasa Melayu
ArmárioAlmari
BolaBola
CamisaKemeja
DadoDadu
GarfoGarpu
IgrejaGereja
LimãoLimau
ManteigaMentega
DomingoMinggu
PadrePaderi
ToalhaTuala
JanelaJendela
EscolaSekolah
SabadoSabtu
SabãoSabun
SapatoSepatu

Penggunaan kontemporariSunting

Zaman kontemporari telah memperlihatkan perkembangan perbendaharaan bahasa pasar dalam Bahasa Malaysia. Antara perbendaharaan tersebut diwujudkan ekoran pemendekan bahasa asal. Bahasa ini tidak dikenali generasi lama. Antara perkataan tersebut. awek (perempuan); balak (lelaki); tak (tidak); no usha (tinjau); skodeng (intai); cun (cantik); poyo/slenge (teruk, mutu rendah) dan lain-lain. Kata ganti nama majmuk baharu telah dibentuk daripada kata ganti nama asal dan perkataan orang. Contohnya, kitorang (kita + orang, ganti kami); korang (kau + orang, "kamu semua"); diorang atau derang (dia + orang, "mereka").[petikan diperlukan]

Antara perkataan yang digunakan dalam abad ke-21:

Perkataan

Tidak Rasmi

Perkataan Rasmi
bleh/leh boleh/dapat
tak leh tidak boleh/tidak dapat
ko engkau/kamu/awak
nape kenapa
camne macam mana/bagaimana
gi/pegi pergi
kat dekat/di
ne mana
tau tahu
je/aja sahaja
a'ah ya
awek/minah teman wanita
pakwe/balak/mamat teman lelaki
skodeng mengintai
cun cantik/lawa
jom mari/ayuh
poyo/selenge teruk/buruk
blah beredar
meh mari
apsal/sal apa pasal/apa hal
tak yah tidak payah
pastu selepas itu/habis itu
amik ambil
pekena makan/minum
camtu macam itu

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Ethnologue report for language code: zsm. Ethnologue.com. Retrieved on 2010-10-19.
  2. ^ "Kedah MB defends use of Jawi on signboards". The Star. 2008-08-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-25. Dicapai pada 2010-11-19.
  3. ^ Teks PDF oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia-Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
  4. ^ Steinhauer, Hein (2005). "Colonial History and Language Policy in Insular Southeast Asia and Madagascar". Dalam Adelaar, Alexander; Himmelamnn, Nikolaus (penyunting). The Austronesian languages of Asia and Madagascar. London: Routledge. m/s. 65–86. ISBN 9780700712861.
  5. ^ Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 152
  6. ^ Teks PDF oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia-Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
  7. ^ https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/12/109757/kaum-cina-wajib-kuasai-bahasa-melayu
  8. ^ https://www.utusan.com.my/rencana/2020/09/cakap-melayu-pun-masih-pelat/
  9. ^ https://www.kosmo.com.my/2020/11/28/tidak-fasih-bahasa-melayu-memalukan/
  10. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/443334/bahasa-melayu-boleh-jadi-bahasa-kedua-dalam-asean
  11. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/941497/sokongan-indonesia-tingkat-peluang-bahasa-melayu-sebagai-bahasa-rasmi
  12. ^ https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2022/04/942658/menteri-indonesia-tolak-bahasa-melayu-jadi-bahasa-rasmi-kedua-asean
  13. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/196438/GLOBAL/Menteri-Indonesia-tolak-cadangan-bahasa-Melayu-bahasa-rasmi-kedua-ASEAN
  14. ^ https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/04/menteri-indonesia-bantah-bahasa-melayu-dijadikan-bahasa-asean/
  15. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/948112/bantah-bahasa-melayu-jadi-bahasa-kedua-asean-bersifat-politik
  16. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/indonesia-akan-tolak-selagi-malaysia-guna-istilah-bahasa-melayu-357992
  17. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/948219/guna-bahasa-melayu-supra-untuk-bahasa-rasmi-kedua-asean
  18. ^ https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/05/958132/sejarah-bahasa-melayu-akan-lenyap-jika-diganti-nama-lain
  19. ^ https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/04/942682/pada-asasnya-bahasa-indonesia-adalah-bahasa-melayu
  20. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bukan-bahasa-malaysia-tapi-bahasa-melayu-sebagai-bahasa-pengantar-asean-pm-362536
  21. ^ http://www.youtube.com/watch?v=pycewToY3_A