Bahasa-bahasa Austronesia

Bahasa-bahasa Austronesia (har. kepulauan selatan (dalam bahasa Greek)) ialah satu keluarga bahasa yang tersebar meliputi gugusan kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik. Beberapa anggota keluarga bahasa ini juga dituturkan di tanah besar Asia. Bahasa-bahasa serumpun ini tersebar luas dari Taiwan dan Hawaii di hujung utara hingga ke Aotearoa (New Zealand) di hujung selatan dan dari Madagaskar jauh di barat sampai ke Rapanui (Pulau Paskah/Easter) di hujung timur.

Austronesia
Kepulauan Selatan
Taburan
geografi:
Asia Tenggara Maritim, Oceania, Madagaskar, Taiwan
Klasifikasi bahasa:salah satu dari keluarga bahasa dunia utama; walaupun berpaut dengan keluarga lain telah dicadangkan, tiada dari ini yang diterima mainstrim umum
Bahasa-proto:Proto-Austronesia
Pembahagian:
ISO 639-2 / 5:map
Glottolog:aust1307[1]
{{{mapalt}}}
Taburan bahasa-bahasa Austronesia

Sepertimana bahasa-bahasa Bantu, Indo-Eropah, Afro-Asia dan Ural, Rumpun bahasa Austronesia merupakan salah satu keluarga bahasa tua yang telah dikenal pasti dengan lengkap. Nama Austronesia berasal daripada kata bahasa Latin auster "angin selatan" dan kata bahasa Yunani nêsos "pulau". Nama ini sememangnya sesuai, kerana sebahagian besar bahasa Austronesia dituturkan di pulau-pulau yang terletak dalam, atau berhampiran dengan, Hemisfera Selatan: hanya beberapa bahasa, seperti bahasa Melayu dan bahasa Cham, dituturkan di tanah besar Asia. Kebanyakan bahasa Austronesia mempunyai bilangan penutur yang kecil. Walau bagaimanapun, bahasa Austronesia utama memiliki jutaan penutur. Sesetengah bahasa Austronesia merupakan bahasa rasmi di beberapa buah negara. Otto Dempwolff, seorang sarjana Jerman, merupakan ahli bahasa pertama yang menyelidik bahasa-bahasa Austronesia dengan mendalam menggunakan kaedah perbandingan bahasa.[2]

Para ahli bahasa tidak sepakat tentang keluarga bahasa manakah yang mempunyai bahasa yang terbanyak. Walau bagaimanapun, rumpun bahasa Austronesia pastinya menduduki antara tangga teratas dengan 1,268 bahasa (menurut Ethnologue), yang bersamaan dengan lebih kurang satu perlima daripada jumlah keseluruhan bahasa yang diketahui di dunia.

Rumpun bahasa Austronesia memiliki beberapa cabangan utama, dan kesemuanya kecuali satu diketemui di Taiwan. Bahasa-bahasa Formosa Taiwan dikategorikan kepada sembilan subkumpulan aras pertama ("first-order") bahasa Austronesia. Kesemua bahasa Austronesia yang dituturkan di luar Taiwan (termasuklah bahasa Yami) tergolong dalam cabang Melayu-Polinesia, yang kadangkala dikenali dengan nama bahasa Extra-Formosa.

Asal usul bangsa Austronesia

sunting

Para penutur bahasa Austronesia proto atau purba dijangka berasal dari daerah terangkum dalam bahagian selatan tanah besar China. Mereka bermigrasi ke pulau Taiwan sekitar 4000 tahun yang lalu dan dari sana, menyebar ke Filipina, Malaysia, Indonesia kemudian ke Madagaskar yang berdekatan benua Afrika dan ke seluruh lautan Pasifik.

Bahasa Ma’anyan yang merupakan sebuah bahasa Dayak dan dipertuturkan di Borneo ialah bahasa yang paling dekat dengan bahasa Malagasi yang dipertuturkan di Madagaskar, berdekatan dengan persisiran pantai timur Afrika.

Klasifikasi

sunting
 
Peta taburan bahasa-bahasa Austronesia menurut Blust (1999). Pembahagian Melayu-Polinesia (MP) Barat dan MP Tengah tidak lagi diterima.

Struktur dalaman bahasa-bahasa Austronesia adalah sangat rumit. Keluarga bahasa ini terdiri daripada pelbagai bahasa-bahasa yang seakan dan berhubungkait dengan pelbagai rantaian-rantaian dialek, membuatkannya susah untuk mengecam sempadan antara pelbagai cabang bahasa. Langkah utama yang pertama diambil untuk pembahagian subkumpulan beraras tinggi adalah pengenalpastian subkumpulan bahasa-bahasa Oceania yang dilakukan oleh Dempwolff (dikenali sebagai Melanesisch oleh Dempwolff).[2] Kedudukan istimewa bahasa-bahasa Taiwan paling awal diiktiraf oleh André-Georges Haudricourt (1965),[3] yang turut membahagi bahasa-bahasa Austronesia kepada tiga subkumpulan utama iaitu: subkumpulan Austronesia Utara (= Formosa), subkumpulan Austronesia Timur (= Oceania), dan subkumpulan Austronesia Barat (selebihnya).

Dalam satu kajian yang mewakili pengelasan leksikostatistik bahasa-bahasa Austronesia yang pertama, Isidore Dyen (1965) membentang skema pengumpulan yang jauh berbeza.[4] Dia meletakkan 40 subkumpulan aras pertama dengan darjah kepelbagaian tertinggi dijumpainya di sekitar kawasan Melanesia. Bahasa-bahasa Oceania tidak diiktiraf tetapi terbahagi dalam lebih daripada 30 subkumpulan aras pertama cadangannya. Klasifikasi yang dilakukan oleh Dyen mendapat kritikan yang luas dan sebahagian besar daripadanya ditolak,[5] namun sebahagian daripada subkumpulan beraras rendah yang diklasifikasi olehnya masih diterima (contohnya seperti bahasa-bahasa Cordillera, bahasa-bahasa Bilik atau bahasa-bahasa Murut).

Seterusnya, kedudukan bahasa-bahasa Formosa sebagai kumpulan paling arkaik dalam bahasa-bahasa Austronesia diiktiraf oleh Otto Christian Dahl (1973),[6] diikuti dengan cadangan-cadangan dari para sarjana lain yang bahasa-bahasa Formosa sebenarnya terdiri daripada lebih daripada satu subkumpulan Austronesia beraras pertama. Robert Blust (1977) pertama kali membentang model subkumpulannya yang kini diterima oleh hampir semua cendekiawan terlibat dalam bidang pengelasan bahasa,[7] dengan lebih daripada satu subkumpulan beraras pertama di Taiwan, dan satu subkumpulan beraras pertama yang mencakupi kesemua bahasa-bahasa Austronesia yang dituturkan di luar Taiwan, yang dikenali sebagai bahasa-bahasa Melayu-Polinesia. Hubungan antara pelbagai bahasa-bahasa Formosa antara satu sama lain dengan struktur dalaman bahasa-bahasa Melayu Polinesia masih didebatkan sehingga ke hari ini.

Cabang-cabang utama di Taiwan (bahasa-bahasa Formosa)

sunting

Tiga belas subkumpulan bahasa-bahasa Formosa diklasifikasi dengan tambahan satu subkumpulan mewakili bahasa-bahasa Melayu-Polinesia oleh Blust (1999). Penggerak Formosanisme utama (ahli linguistik yang pakar dalam bahasa-bahasa Formosa) membantah beberapa pendapat dalam sebahagian butiran bahasa-bahasa tersebut, namun kaedah pembahagian yang dilakukan oleh Blust (1999) masih lagi merupakan titik rujukan untuk analisis-analisis linguistik mutakhir. Perdebatan utama berpusat pada hubungan antara keluarga-keluarga subkumpulan bahasa-bahasa Formosa. Antara kaedah-kaedah pengelasan yang dibentang di sini, Blust (1999) menghubung dua subkumpulan dalam kumpulan Dataran Barat, dua lagi dalam kumpulan Formosa Barat Laut, dan tiga lagi dalam kumpulan Formosa Timur, pada waktu yang sama Li (2008) menghubung lima subkumpulan dalam kumpulan Formosa Utara. Harvey (1982), Chang (2006) dan Ross (2012) memecahkan pengelasan bahasa-bahasa Tsouik, dan Blust (2013) bersetuju yang kumpulan itu mungkin tidak sah.

Kajian-kajian lain pula membentang bukti fonologi untuk keluarga bahasa-bahasa Paiwan yang mencakupi bahasa Paiwan, bahasa Puyuma, bahasa Bunun, bahasa Amis dan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia, tetapi bukti ini tidak dapat dicerminkan pada kosa kata bahasa-bahasa tersebut. Orang Formosa Timur seperti orang Basay, orang Kavalan dan orang Amis berkongsi motif tanah air yang sama, iaitu mereka semua berasal dari pulau yang dikenali sebagai Sinasay atau Sanasay menurut (Li 2004). Orang Amis terutamanya tetap dengan pendirian yang mereka berasal dari timur dan dianggap oleh orang Puyuma sebagai kumpulan yang melayan mereka.[8]

Blust (1999)

sunting
 
Keluarga-keluarga bahasa-bahasa Formosa sebelum pemindahan orang-orang Minnan di Taiwan, menurut Blust (1999)

Li (2008)

sunting
 
Keluarga bahasa-bahasa Formosa sebelum pendudukan orang-orang Minnan, menurut Li (2008). Tiga bahasa berwarna hijau (Bunun, Puyuma, Paiwan) mungkin merupakan cabang Formosa Selatan, tetapi hal ini masih tidak dapat dipastikan.

Kaedah pengelasan ini mengekal kaedah pengelasan Formosa Timur oleh Blust (1999), tetapi menyatukan pengelasan bahasa-bahasa di utara Formosa. Li (2008) mencadangkan satu leluhur bahasa Formosa Purba (F0) dan menyamakannya dengan bahasa Austronesia Purba (PAN), mengikut model Starosta (1995).[9] Rumpun bahasa Rukai dan Tsouik dianggap sangat berlainan walaupun kedudukan rumpun bahasa Rukai adalah sangat dipertikaikan.[10]

Blust (2013) menolak pembahagian Li tentang cabang Formosa Utara, terutama berkaitan lima pembaharuan linguistik yang dikemukakan oleh Li, kerana tiada satu daripada pembaharuan tersebut mendefinisikan pengelasan kumpulan bahasa-bahasa tersebut.

Sagart (2004, 2021)

sunting
 
Cabang-cabang tersarang bahasa-bahasa Austronesia menurut Sagart. Bahasa-bahasa yang diwarnakan merah adalah Bahasa-bahasa yang terletak di luar cabang—cabang bahasa lain tetapi belum disubkumpulankan. Sub kumpulan bahasa Kra-dai dan Melayu-Polinesia adalah dalam warna ungu.

Sagart (2004) mencadang bahawa kata-kata bilangan bahasa-bahasa Formosa mencerminkan satu siri tersarang pembaharuan-pembaharuan bahasa, dari bahasa-bahasa di barat laut (berdekatan kawasan andaian orang-orang Austronesia mula bertemu daratan selepas berpindah dari tanah besar; yang hanya berkongsi kata bilangan 1-4 seperti pada bahasa Melayu-Polinesia Purba), berlawanan arah jam ke bahasa-bahasa di tumur (kawasan berwarna ungu di peta; yang berkongsi kesemua kata bilangan 1-10). Sagart (2021) terjumpa pembaharuan-pembaharuan bersama yang lain yang mengikuti corak yang sama. Dia mencadang yang *lima (lima) pada pMP ialah penggantian leksikal (berubah makna dari makna asal iaitu "tangan"); manakala *pitu (tujuh), *walu (lapan) dan *Siwa (sembilan) pada pMP ialah penyingkatan kepada *RaCep pada pAN; kata perangkai *a atau *i yang bermaksud "dan"; dan *duSa (dua), *telu (tiga), *Sepat (empat) adalah corak analog yang diperakukan sanad dari bahasa Pazeh. Fakta yang bahasa-bahasa Kra-Dai berkongsi sistem kata bilangan (dan beberapa pembaharuan leksikal lain) pMP mencadangkan bahasa-bahasa ini adalah satu cabang koordinat bersama bahasa-bahasa Melayu-Polinesia, berbanding keluarga bahasa saudara kepada bahasa Austronesia.[11][12]

Hasil pengelasan Sagart ialah:[13]

Nota: Sebarang kata antara tanda petik tunggal ('?') ialah "makna bahasa Melayu" sesuatu kata rekonstruksi yang bertanda bintang (*?).

  • Bahasa-bahasa Austronesia (pAN, lebih kurang 5200 tahun sebelum masa kini)
    •   Bahasa Pazeh, Bahasa Kulon
      (Keempat bahasa-bahasa ini adalah di luar bahasa-bahasa ber"pitu", tetapi Sagart bersikap agnostik terhadap hubungkait antara bahasa-bahasa tersebut, kecuali mengekalkan hubungkait antara bahasa Pazeh dan bahasa Kulon)
    • Bahasa-bahasa ber"pitu"
      (pAN *RaCepituSa 'lima dan dua' disingkatkan kepada *pitu 'tujuh'; *sa-ŋ-aCu 'sembilan' [makna harfiah: satu diambil keluar])
      •   Bahasa-bahasa FavorlangTaokas
      • Bahasa-bahasa ber"lima"
        (pAN *RaCep 'lima' digantikan dengan *lima 'tangan'; *Ca~ ialah bentuk gandaan yang membentuk sekumpulan kata bilangan yang mengira bilangan manusia)
        •   Bahasa-bahasa ThaoAtayal
        • Bahasa-bahasa ber"enem"
          (bentuk tambahan 'lima dan satu' atau 'dua kali tiga' digantikan dengan bentuk gandaan *Nem-Nem > *emnem [*Nem 'tiga' dicerminkan di bahasa Basay, bahasa Siraya dan bahasa Makatao]; pAN *kawaS 'tahun, langit' digantikan dengan *CawiN)
          •   Siraya
          • Bahasa-bahasa ber"walu-siwa" (WS)
            (*walu 'lapan' dan *Siwa 'sembilan' dari *RaCepat(e)lu 'lima dan tiga' dan *RaCepiSepat 'lima dan empat')
            •   Bahasa-bahasa WS Barat: Bahasa-bahasa PaporaHoanya
              (pAN *Sapuy 'api' digantikan dengan *[Z]apuR 'api yang digunakan untuk memasak'; pAN *qudem 'hitam' digantikan dengan *abi[Z]u, yang dijumpai pada bahasa-bahasa MP bermaksud 'biru')
            •   Bahasa-bahasa WS Pusat
              (pAN *isa 'satu' digantikan dengan *Ca~CiNi (bentuk gandaan kepada *CiNi 'sendiri') dalam siri kata bilangan manusia; pAN *iCit 'sepuluh' digantikan dengan *ma-sa-N 'sesekali'.)
              • Bahasa Bunun
              • Bahasa-bahasa RukaiTsouik
                (struktur gandaan dalam bentuk suku kata KV~ dalam siri kata bilangan manusia digantikan dengan saingan kata tanda nama pAN iaitu *u- [tidak dikenalpasti sama ada bahasa Bunun pernah mempunyai bentuk yang sama atau tidak]; sebelas pembaharuan leksikal seperti *cáni 'satu', *kəku 'kaki')
            • Bahasa-bahasa WS Timur (pEWS, anggaran pada 4500 tahun sebelum masa kini)
              (pembaharuan pada *baCaq-an 'sepuluh'; *nanum 'air' bersandar kepada pAN *daNum)
              •   Bahasa-bahasa ber"puluq"
                (bentuk inovasi *sa-puluq 'sepuluh', dari *sa- 'satu' + *puluq 'pisah, mengetepikan'; menggunakan imbuhan awal *paka- dan *maka- untuk menanda kata-kata upaya)
                • Utara: Rangkaian bahasa AmisPuyuma
                  (*sasay 'satu'; *mukeCep 'sepuluh' untuk siri bilangan manusia dan bukan human; *ukak 'tulang', *kuCem 'awan')
                • Bahasa Paiwan
                • Bahasa-bahasa Austronesia Selatan (pSAN anggaran pada 4000 tahun sebelum masa kini)
                  (kata hubung *atu 'dan' > *at selepas *sa-puluq dan kata-kata bilangan 11–19; beberapa pembaharuan leksikal seperti *baqbaq 'mulut', *qa-sáuŋ 'gigi anjing', *qi(d)zúR 'air liur', *píntu 'pintu', *-ŋel 'pekak')

Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia

sunting
 
Papan tanda di Surakarta dalam bahasa Jawa dan bahasa Indonesia, kedua-dua bahasa ini dalam cabang rumpun bahasa-bahasa Melayu-Polinesia.

Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia adalah (di antara kesemua perkara lain) bercirikan beberapa perubahan bunyi, seperti penggabungan bahasa Austronesia Purba (PAN) *t/*C kepada bahasa Melayu Polinesia Purba (PMP) *t, dan PAN *n/*N kepada PMP *n, dan peralihan bunyi PAN *S kepada PMP *h.[14]

Terdapat dua gelombang pemindahan bahasa-bahasa Austronesia yang secara pantasnya melitupi sebahagian besar kawasan, sehingga menyebabkan bergandanya kumpulan-kumpulan bahasa tempatan dengan sedikit sahaja perkongsian struktur bahasa berskala besar. Yang pertama ialah bahasa Melayu-Polinesia, yang tersebar merentasi Filipina, Indonesia, dan Melanesia. Pemindahan kedua pula mewakili bahasa-bahasa Oceania sehingga ke Polinesia dan Mikronesia.[15]

Jadual perbandingan

sunting

Berikut merupakan dua jadual yang menyenaraikan perbandingan nombor-nombor 1-10, serta tiga belas perkataan asas dalam bahasa-bahasa Austronesia; yang dituturkan di Taiwan, Filipina, Kepulauan Mariana, Indonesia, Malaysia, Campa (yakni etnik Cam yang kini berada di Thailand, Kemboja, dan Vietnam), Timor Leste, Papua, New Zealand, Hawaii, Madagascar, Borneo, Kiribati, Kepulauan Caroline dan Tuvalu.

Jadual perbandingan nombor asas
Senarai bahasa-bahasa Austronesia 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Bahasa Austronesia Purba *əsa
*isa
*duSa *təlu *Səpat *lima *ənəm *pitu *walu *Siwa *(sa-)puluq
Bahasa-bahasa Formosa 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Bahasa Atayal qutux sazing cyugal payat magal mtzyu / tzyu mpitu / pitu mspat / spat mqeru / qeru mopuw / mpuw
Bahasa Seediq kingal daha teru sepac rima mmteru mpitu mmsepac mngari maxal
Bahasa Truku kingal dha tru spat rima mataru empitu maspat mngari maxal
Bahasa Thao taha tusha turu shpat tarima katuru pitu kashpat tanathu makthin
Bahasa Papora tanu nya tul pat lima minum pitu mehal mesi metsi
Bahasa Babuza nata naroa natura naspat nahop naitu naito natap maitu tsihet
Bahasa Taokas tatanu rua tool'a lapat hasap tahap yuweto mahalpat tanaso tais'id
Bahasa Pazeh adang dusa tu'u supat xasep xasebuza xasebidusa xasebitu'u xasebisupat isit
Bahasa Saisiyat 'aeihae' roSa' to:lo' Sopat haseb SayboSi: SayboSi: 'aeihae' maykaSpat hae'hae' lampez / langpez
Bahasa Tsou coni yuso tuyu sʉptʉ eimo nomʉ pitu voyu sio maskʉ
Bahasa Bunun tasʔa dusa tau paat hima nuum pitu vau siva masʔan
Bahasa Rukai itha drusa tulru supate lrima eneme pitu valru bangate pulruku / mangealre
Bahasa Paiwan ita drusa tjelu sepatj lima enem pitju alu siva tapuluq
Bahasa Puyuma sa druwa telu pat lima unem pitu walu iwa pulu
Bahasa Kavalan usiq uzusa utulu uspat ulima unem upitu uwalu usiwa rabtin
Bahasa Basay tsa lusa tsu səpat tsjima anəm pitu wasu siwa labatan
Bahasa Amis cecay tosa tolo spat lima enem pito falo siwa pulu' / mo^tep
Bahasa Sakizaya cacay tosa tolo sepat lima enem pito walo siwa cacay a bataan
Bahasa Siraya sasaat duha turu tapat tu-rima tu-num pitu pipa kuda keteng
Bahasa Taivoan tsaha' ruha toho paha' hima lom kito' kipa' matuha kaipien
Bahasa Makatao na-saad ra-ruha ra-ruma ra-sipat ra-lima ra-hurum ra-pito ra-haru ra-siwa ra-kaitian
Bahasa Yami asa adoa atlo apat alima anem apito awao asiam asa ngernan
Bahasa Qauqaut ca lusa cuu səpat cima anəm pitu wacu siwa labatan
Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Bahasa Melayu-Polinesia Purba *əsa
*isa
*duha *təlu *əpat *lima *ənəm *pitu *walu *siwa *puluq
Bahasa Aceh sifar
soh
sa duwa lhee peuet limong nam tujoh lapan sikureueng siploh
Bahasa Balia
 

nul
 

besik
siki
 

dua
 

telu
 

papat
 

lime
 

nenem
 

pitu
 

kutus
 

sia
dasa
Bahasa Banjar asa dua talu ampat lima anam pitu walu sanga sapuluh
Bahasa Batak Toba sada dua tolu opat lima onom pitu ualu sia sampulu
Bahasa Bugis séddi dua tellu eppa’ lima enneng pitu arua aséra seppulo
Bahasa Cia-Cia dise
ise
rua
ghua
tolu pa'a lima no'o picu walu
oalu
siua ompulu
Bahasa Cam sa dua klau pak lima nam tujuh dalapan salapan sapluh
Bahasa Jawa Kuno[16] siji
sa-
rwa tĕlu pāt lima nĕm pitu walu sanga sapuluh
Bahasa Jawa[17] nol siji loro telu papat lima enem pitu wolu sanga sepuluh
Bahasa Melayu Kelantan-Patani kosong so duwo tigo pak limo ne tujoh lape smile spuloh
Bahasa Madura nol settong dhuwa' tello' empa' lema' ennem petto' ballu' sanga' sapolo
Bahasa Makassar lobbang
nolo'
se're rua tallu appa' lima annang tuju sangantuju salapang sampulo
Bahasa Melayu-Indonesia kosong
sifar[18]
nol[19]
sa/se
satu
suatu
dua tiga empat lima enam tujuh delapan
lapan[20]
sembilan sepuluh
Bahasa Minangkabau ciek duo tigo ampek limo anam tujuah salapan sambilan sapuluah
Bahasa Moken cha:? thuwa:? teloj
(təlɔy)
pa:t lema:? nam luɟuːk waloj
(walɔy)
chewaj
(cʰɛwaːy / sɛwaːy)
cepoh
Bahasa Rejang do duai tlau pat lêmo num tujuak dêlapên sêmbilan sêpuluak
Bahasa Sasak sekek due telo empat lime enam pituk baluk siwak sepulu
Bahasa Sunda nol hiji dua tilu opat lima genep tujuh dalapan salapan sapuluh
Bahasa Melayu Terengganu kosong se duwe tige pak lime nang tujoh lapang smilang spuloh
Bahasa Tetum nol ida rua tolu hat lima nen hitu ualu sia sanulu
Bahasa Tsat (HuiHui)c sa˧ *
ta˩ **
tʰua˩ kiə˧ pa˨˦ ma˧ naːn˧˨ su˥ paːn˧˨ tʰu˩ paːn˧˨ piu˥
Terdapat dua bentuk perkataan untuk nombor 'satu' dalam bahasa Tsat (Hui hui; Cam Hainan):
↑*  Perkataan sa˧ digunakan untuk pengiraan secara jujukan.
↑**  Perkataan ta˩ digunakan bersama-sama dengan nilai ratusan dan ribuan, serta di hadapan kata penerang.
Bahasa Ilokano ibbong
awan
maysa dua tallo uppat lima innem pito walo siam sangapulo
Bahasa Ibanag awan tadday duwa tallu appa' lima annam pitu walu siyam mafulu
Bahasa Pangasinan sakey duwa talo apat lima anem pito walo siyam samplo
Bahasa Kapampangan alá métung/ isá adwá atlú ápat limá ánam pitú walú siám apúlu
Bahasa Tagalog walâ isá dalawá tatló apat limá anim pitó waló siyám sampû
Bahasa Bikol warâ sarô duwá tuló apát limá anóm pitó waló siyám sampulò
Bahasa Aklanon uwa isaea
sambilog
daywa tatlo ap-at lima an-om pito waeo siyam napueo
Bahasa Karay-a wara (i)sara darwa tatlo apat lima anəm pito walo siyam napulo
Bahasa Onhan isya darwa tatlo upat lima an-om pito walo siyam sampulo
Bahasa Romblomanon isa duha tuyo upat lima onum pito wayo siyam napuyo
Bahasa Masbatenyo isad
usad
duwa
duha
tulo upat lima unom pito walo siyam napulo
Bahasa Hiligaynon wala isa duha tatlo apat lima anom pito walo siyam napulo
Bahasa Cebuano wala usa duha tulo upat lima unom pito walo siyam napulo
pulo
Bahasa Waray waray usa duha tulo upat lima unom pito walo siyam napulò
Bahasa Tausug sipar isa duwa upat lima unum pitu walu siyam hangpu'
Bahasa Maranao isa dowa təlo pat lima nəm pito walo siyaw sapolo
Bahasa Dayak Benuaq eray duaq toluu opaat limaq jawatn turu walo sie sepuluh
Bahasa Lun Bawang/Lundayeh na luk dih eceh dueh teluh epat limeh enem tudu' waluh liwa' pulu'
Bahasa Dusun aiso iso duo tolu apat limo onom turu walu siam hopod
Bahasa Malagasi aotra isa
iray
roa telo efatra dimy enina fito valo sivy folo
Bahasa Sangir (Sangir-Minahasa) sembau darua tatelu epa lima eneng pitu walu sio mapulo
Bahasa-bahasa Oceaniad 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Bahasa Chuuk eet érúúw één fáán niim woon fúús waan ttiw engoon
Bahasa Fiji saiva dua rua tolu vaa lima ono vitu walu ciwa tini
Bahasa Kiribati akea teuana uoua tenua aua nimaua onoua itua wanua ruaiwa tebwina
Bahasa Hawaii 'ole 'e-kahi 'e-lua 'e-kolu 'e-hā 'e-lima 'e-ono 'e-hiku 'e-walu 'e-iwa 'umi
Bahasa Māori kore tahi rua toru whā rima ono whitu waru iwa tekau
ngahuru
Bahasa Marshal[21] o̧o juon ruo jilu emān ļalem jiljino jimjuon ralitōk ratimjuon jon̄oul
Bahasa Motue[22] ta rua toi hani ima tauratoi hitu taurahani taurahani-ta gwauta
Bahasa Niue nakai taha ua tolu lima ono fitu valu hiva hogofulu
Bahasa Rapanui tahi rua toru rima ono hitu va'u iva angahuru
Bahasa Māori Rarotongan kare ta'i rua toru rima ono 'itu varu iva nga'uru
Bahasa Rotuma ta rua folu hake lima ono hifu vạlu siva saghulu
Bahasa Sāmoa o tasi lua tolu fa lima ono fitu valu iva sefulu
Bahasa Sāmoa
(Jenis-K)
o kasi lua kolu fa lima ogo fiku valu iva sefulu
Bahasa Tahiti hō'ē
tahi
piti toru maha pae ōno hitu va'u iva hō'ē 'ahuru
Bahasa Tonga noa taha ua tolu fa nima ono fitu valu hiva hongofulu
taha noa
Bahasa Tuvalu tahi
tasi
lua tolu fa lima ono fitu valu iva sefulu
Bahasa Yap dæriiy
dæriiq
t’aareeb l’ugruw dalip anngeeg laal neel’ medlip meeruuk meereeb ragaag
Jadual perbandingan tiga belas kata-kata dasar
Padanan dalam bahasa Inggeris one two three four person house dog road day new we what fire
Bahasa Austronesia Purba *əsa, *isa *duSa *təlu *əpat *Cau *balay, *Rumaq *asu *zalan *qaləjaw, *waRi *baqəRu *kita, *kami *anu, *apa *Sapuy
Bahasa Tetum ida rua tolu haat ema uma asu dalan loron foun ita saida ahi
Bahasa Amis cecay tosa tolo sepat tamdaw luma wacu lalan cidal faroh kita uman namal
Bahasa Puyuma sa dua telu pat taw rumah soan dalan wari vekar mi amanai apue,
asi
Bahasa Tagalog isa dalawa tatlo apat tao bahay aso daan araw bago tayo / kami ano apoy
Bahasa Bikol sarô duwá tuló apát táwo haróng áyam dalan aldáw bàgo kitá/kami anó kaláyo
Bahasa Bikol Rinkonada əsad darwā tolō əpat tawō baləy ayam raran aldəw bāgo kitā onō kalayō
Bahasa Waray usa duha tulo upat tawo balay ayam,
ido
dalan adlaw bag-o kita anu kalayo
Bahasa Cebuano usa,
isa
duha tulo upat tawo balay iro dalan adlaw bag-o kita unsa kalayo
Bahasa Hiligaynon isa duha tatlo apat tawo balay ido dalan adlaw bag-o kita ano kalayo
Bahasa Aklanon isaea,
sambilog
daywa tatlo ap-at tawo baeay ayam daean adlaw bag-o kita ano kaeayo
Bahasa Kinaray-a (i)sara darwa tatlo apat tawo balay ayam dalan adlaw bag-o kita ano kalayo
Bahasa Tausug hambuuk duwa tu upat tau bay iru' dan adlaw ba-gu kitaniyu unu kayu
Bahasa Maranao isa dowa təlo pat taw walay aso lalan gawi’i bago səkita/səkami antona’a apoy
Bahasa Kapampangan métung adwá atlú ápat táu balé ásu dálan aldó báyu íkatamu nánu apî
Bahasa Pangasinan sakey dua,
duara
talo,
talora
apat,
apatira
too abong aso dalan ageo balo sikatayo anto pool
Bahasa Ilokano maysa dua tallo uppat lima innem pito walo siam sangapulo
Bahasa Ivatan asa dadowa tatdo apat tao vahay chito rarahan araw va-yo yaten ango apoy
Bahasa Ibanag tadday dua tallu appa' tolay balay kitu dalan aggaw bagu sittam anni afi
Bahasa Yogad tata addu tallu appat tolay binalay atu daddaman agaw bagu sikitam gani afuy
Bahasa Gaddang antet addwa tallo appat tolay balay atu dallan aw bawu ikkanetam sanenay afuy
Bahasa Tboli sotu lewu tlu fat tau gunu ohu lan kdaw lomi tekuy tedu ofih
Bahasa Lun Bawang/ Lundayeh eceh dueh teluh epat lemulun/lun ruma' uko' dalan eco beruh teu enun apui
Bahasa Melayu-Indonesia sa/se,
satu,
suatu
dua tiga empat orang rumah,
balai
anjing jalan hari baru kita, kami apa,
anu
api
Bahasa Jawa Kuno esa,
eka
rwa,
dwi
tĕlu,
tri
pat,
catur[23]
wwang umah asu dalan dina hañar, añar[24] kami[25] apa,
aparan
apuy,
agni
Bahasa Jawa siji,
setunggal
loro,
kalih
tĕlu,
tiga[26]
papat,
sekawan
uwong,
tiyang,
priyantun[26]
omah,
griya,
dalem[26]
asu,
sĕgawon
dalan,
gili[26]
dina,
dinten[26]
anyar,
énggal[26]
awaké dhéwé,
kula panjenengan[26]
apa,
punapa[26]
gĕni,
latu,
brama[26]
Bahasa Sunda hiji,

saésé

dua, salayan tilu, tolu opat urang,

jalma, jalmi

imah,

rorompok, bumi

anjing jalan poé anyar,
énggal
arurang naon,

nahaon

seuneu
Bahasa Aceh sa duwa lhèë peuët ureuëng rumoh,
balè,
seuëng
asèë röt uroë barô (geu)tanyoë peuë apui
Bahasa Minangkabau ciek duo tigo ampek urang rumah anjiang labuah,
jalan
hari baru awak apo api
Bahasa Rejang do duai tlau pat tun umêak kuyuk dalên bilai blau itê jano,
gen,
inê
opoi
Bahasa Lampung sai khua telu pak jelema lamban kaci ranlaya khani baru kham api apui
Bahasa Bugis se'di dua tellu eppa' tau bola asu laleng esso baru idi' aga api
Bahasa Temuan satuk duak tigak empat uwang,
eang
gumah,
umah
anying,
koyok
jalan aik,
haik
bahauk kitak apak apik
Bahasa Batak Toba sada dua tolu opat halak jabu biang, asu dalan ari baru hita aha api
Bahasa Melayu Kelantan-Patani so duwo tigo pak oghe ghumoh,
dumoh
anjing jale aghi baghu kito gapo api
Bahasa Chamorro håcha,
maisa
hugua tulu fatfat taotao/tautau guma' ga'lågu[27] chålan ha'åni nuebu[28] hita håfa guåfi
Bahasa Motu ta,
tamona
rua toi hani tau ruma sisia dala dina matamata ita,
ai
dahaka lahi
Bahasa Māori tahi rua toru whā tangata whare kurī ara hou tāua, tātou/tātau
māua, mātou/mātau
aha ahi
Bahasa Kiribati teuana uoua tenua aua aomata uma,
bata,
auti (from house)
kamea,
kiri
kawai bong bou ti tera,
-ra (suffix)
ai
Bahasa Tuvalu tasi lua tolu toko fale kuli ala,
tuu
aso fou tāua a afi
Bahasa Hawaii kahi lua kolu kanaka hale 'īlio ala ao hou kākou aha ahi
Bahasa Banjar asa duwa talu ampat urang rūmah hadupan heko hǎri hanyar kami apa api
Bahasa Malagasi isa roa telo efatra olona trano alika lalana andro vaovao isika inona afo
Bahasa Dusun iso duo tolu apat tulun walai,
lamin
tasu ralan tadau wagu tokou onu/nu tapui
Bahasa Kadazan iso duvo tohu apat tuhun hamin tasu lahan tadau vagu tokou onu,
nunu
tapui
Bahasa Rungus iso duvo tolu,
tolzu
apat tulun,
tulzun
valai,
valzai
tasu dalan tadau vagu tokou nunu tapui,
apui
Bahasa Sungai/Tambanuo ido duo tolu opat lobuw waloi asu ralan runat wagu toko onu apui
Bahasa Iban satu, sa,
siti, sigi
dua tiga empat orang,
urang
rumah ukui,
uduk
jalai hari baru kitai nama api
Bahasa Melayu Sarawak satu,
sigek
dua tiga empat orang rumah asuk jalan ari baru kita apa api
Bahasa Melayu Terengganu se duwe tige pak oghang ghumoh,
dumoh
anjing jalang aghi baghu kite mende, ape,
gape, nape
api
Bahasa Kanayatn sa dua talu ampat urakng rumah asu' jalatn ari baru kami',
diri'
ahe api
Bahasa Yap t’aareeb l’ugruw dalip anngeeg beaq noqun kuus kanaawooq raan beqeech gamow maang nifiiy


Tipologi

sunting

Fonologi bahasa-bahasa Austronesia tergolong sederhana. Para penutur bahasa ini biasanya tidak suka akan suku-suku kata tertutup dan menghindari gugusan-gugusan konsonan. Terdapat beberapa bahasa yang mempunyai gugusan-gugusan konsonan namun ini merupakan pengaruh daripada bahasa-bahasa lain terutamanya daripada bahasa Arab, bahasa Sanskrit, dan bahasa Indo-Eropah.

Beberapa bahasa turut meminjam fonem-fonem retrofleks daripada bahasa Sanskrit iaitu bahasa Jawa dan bahasa Madura. Bahkan bahasa Madura juga memiliki fonem-fonem berhembus (aspirata) yang kemungkinan juga berasal daripada bahasa Sanskrit. Meskipun begitu, banyak pakar yang menentang bahawa fonem-fonem ini dipinjam daripada bahasa Sanskrit. Mereka berpendapat fonem-fonem ini telah berkembang dengan sendirinya.

Jumlah penutur

sunting

Secara keseluruhannya, jumlah penutur bahasa Austronesia sekitar 300 juta orang. Bahasa-bahasa pertuturan terbesar ialah bahasa Jawa, bahasa Melayu (termasuk dialek-dialek setempat serta bahasa-bahasa baku Malaysia dan Indonesia, Tagalog, Sunda, Melayu, Madura, Bali, Aceh, Batak dan Malagasi.

Status rasmi

sunting

Bahasa Austronesia terpenting yang ditilik daripada status rasminya ialah bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi di lima negara: Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Timor Leste. Malaysia dan Indonesia mempunyai jenis bahasa baku rasmi yang tersendiri masing-masing disebut sebagai "Bahasa Malaysia" dan "Bahasa Indonesia". Bahasa Tagalog dijadikan bahasa rasmi negara Filipina yang dibakukan kepada "Bahasa Filipina" (Wikang Filipino). Di Timor Leste, bahasa Tetun dalam rumpun ini menjadi bahasa rasmi selain selain bahasa Portugis dituturkan seberapa orang. Di Madagaskar, bahasa Malagasi ialah bahasa rasmi. Di Aotearoa (New Zealand), bahasa Maori juga memiliki status rasmi di samping bahasa Inggeris dan Bahasa Isyarat New Zealand.

Hipotesis hubungan pertalian dengan bahasa-bahasa lain

sunting
 
Satu contoh hipotesis gelombang-gelombang perpindahan Pra-Austronesia dari tanah besar ke Taiwan. (Perpindahan pra-Amis dari Filipina masih diperdebatkan).
 
Laluan perpindahan dan pemisahan beberapa etnik utama dengan penanda genetik distingtif, diadaptasi dari Edmondson and Gregerson (2007:732) [1]. Lakaran laluan perpindahan M119-Baiyue dari Asia Tenggara berpadanan dengan hipotesis orang Austronesia awal berasal dari selatan.

Beberapa jalinan genealogis telah dikemukakan antara keluarga bahasa Austronesia dan beberapa keluarga bahasa di Asia Timur serta di Asia Tenggara.

Rumpun Austro-Tai

sunting

Satu pertalian rumpun bahasa Austro-Tai dikemukakan untuk menjalinkan keluarga bahasa Austronesia dan keluarga bahasa Kra-Dai di kawasan tenggara benua utama Asia dikemukakan oleh Paul K. Benedict, dan disokong oleh Weera Ostapirat, Roger Blench, dan Laurent Sagart, berdasarkan kaedah pembandingan tradisional. Ostapirat (2005) mengusul satu siri pembandingan biasa yang menyambung dua keluarga bahasa tersebut dan mengandaikan berlakunya satu perpisahan utama, dengan penutur-penutur keluarga bahasa Kra Dai sebagai golongan yang tinggal di benua besar China. Blench (2004) pula mengusul jika pertalian ini sah, hubungkait tersebut kurang berkemungkinan merupakan satu daripada dua keluarga beradik bahasa. Sebaliknya, dia mengusul penutur-penutur bahasa Kra-Dai purba merupakan orang-orang Austronesia yang berpindah ke pulau Hainan dan kembali ke tanah besar dari utara Filipina, dan keanekaragaman mereka hasil daripada penstrukturan semula yang radikal setelah berhubung dengan bahasa-bahasa Hmong-Mien dan bahasa-bahasa Sinitik. Satu lagi versi lanjutan Austro-Tai telah dihipotesis oleh Benedict dengan menambah bahasa-bahasa Japonik ke dalam usulnya.[29]

Rumpun Austrik

sunting

Suatu pertalian antara bahasa-bahasa Austronesia dan bahasa-bahasa Austroasia dalam filum bahasa "Austrik" adalah berdasarkan bukti-bukti tipologi. Namun, terdapat juga bukti pertalian morfologi antara bahasa-bahasa Nikobar yang konservatif dengan bahasa-bahasa Austronesia dari Filipina.[29] Robert Blust menyokong hipotesis ini dengan menjalin entiti neolitik Austro-Tai di hilir sungai Yangtze dengan kebudayaan Austro-Asia yang bertanam sawah padi, dengan andaian pusat kepada domestikasi nasi di Asia Timur, dan tanah air anggapan Austrik terletak di kawasan perbatasan Yunnan/Burma.[30] Menurut pandangan ini, terdapat penyebarbarisan genetik timur ke barat yang terhasil dari perluasan populasi berasaskan padi di selatan Asia Tenggara yakni Austroasia-KraDai-Austronesia, dan tidak berhungkait dengan Sino-Tibet yang berada di kawasan yang lebih utara.[30]

Rumpun Sino-Austronesia

sunting

Ahli linguistik Perancis dan Ahli Sinologi Laurent Sagart mempertimbangkan bahawa bahasa-bahasa Austronesia mempunyai perhubungan dengan bahasa-bahasa Sino-Tibet, dan meletakkan bahasa-bahasa Kra-Dai lebih dekat hubungannya dengan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia.[31] Sagart mempertikai mengenai hubungan genetik utara-selatan antara kelompok Cina dan kelompok Austronesia, berdasarkan persamaan suara dalam perbendaharaan kata terasas dan keselarian-keselarian morfologi.[30] Laurent Sagart (2017) menyimpulkan bahawa pemilikan dua jenis milet[a] di kalangan penutur bahasa-bahasa Austronesia Taiwan (bukan sekadar pada bahasa Setaria seperti yang difikirkan sebelum ini) meletakkan orang-orang pra-Austronesia di timur laut China, bersebelahan dengan bakal tanah air Sino-Tibet.[30] Kajian genetik Ko et al. (2014) tampil menyokong usulan linguistik Laurent Sagart, menunjukkan bahawa haplokumpulan-E mtDNA Austronesia dan haplokumpulan-M9a pada Sino-Tibet adalah seperti saudara kembar, dan sekurang-kurangnya memberi indikasi kepada pertalian rapat dari segi takungan genetik ibu antara penutur Austronesia awal dan penutur Sino-Tibet.[32][33] Tambahan pula, hasil kajian Wei et al. (2017) juga bersetuju dengan usulan Sagart, dengan analisis datanya menunjukkan haplokumpulan DNA-Y O3a2b*-P164(xM134) yang utamanya pada penutur Austronesia terletak di bawah haplokumpulan baharu O3a2b2-N6 yang luas bertabur di kawasan pantai timur Asia, dari Korea sehingga ke Vietnam.[34] Sagart juga mengumpulkan bahasa-bahasa Austronesia dalam bentuk seperti rekursif, yang meletakkan keluarga bahasa Kra-Dai sebagai cabang bersaudara dengan rumpun bahasa Melayu-Polinesia. Kaedahnya ditemui seperti dibuat-buat oleh ahli linguistik sejawat lain.[35][36]

Bahasa Jepun

sunting

Beberapa ahli linguistik mengemukakan pandangan bahawa bahasa Jepun mempunyai pertalian genetik dengan keluarga bahasa Austronesia, contohnya seperti Benedict (1990), Matsumoto (1975), Miller (1967).

Beberapa ahli linguistik berfikir lebih munasabah jika bahasa Jepun tidak mempunyai hubungan genetik dengan bahasa-bahasa Austronesia, sebaliknya dipengaruhi oleh substratum atau adstratum keluarga bahasa Austronesia.

Mereka yang mengusul senario tersebut mencadang bahawa keluarga bahasa Austronesia pada suatu ketika dahulu pernah merangkumi kawasan-kawasan kepulauan dari utara sehingga ke selatan. Martine Robbeets (2017)[37] mendakwa bahawa bahasa Jepun secara genetiknya tergolong bawah bahasa-bahasa "Transeurasia" (= Makro-Altai), tetapi mengalami pengaruh leksikon daripada bahasa "para-Austronesia", yang merupakan bahasa saudara andaian kepada bahasa Austronesia Purba.

Ahli linguistik Ann Kumar (2009) mengusul sebahagian orang Austronesia mungkin berpindah ke Jepun sebagai satu kumpulan elit dari Java dan membentuk masyarakat Jepun berhierarki. Dia juga mengenal pasti 82 kata-kata berkemungkina kognat antara keluarga bahasa Austronesia dan bahasa Jepun, namun teorinya masih lagi kuat diperdebatkan.[38]

Keluarga bahasa Asia Timur

sunting

Pada tahun 2001, Stanley Starosta mengusul satu keluarga bahasa baharu yang bernama keluarga bahasa Asia Timur, yang termasuklah beberapa keluarga bahasa utama di kawasan Asia Timur yang lebih luas kecuali keluarga bahasa Japonik dan keluarga bahasa Koreanik. Keluarga bahasa yang diusulkan ini terdiri daripada dua cabang utama iaitu cabang Austronesia dan cabang Sino-Tibet-Yangzian, dengan keluarga bahasa Kra-Dai dipertimbang sebagai satu cabang di bawah keluarga bahasa Austronesia, dan "cabang Yangzian" pula merupakan cabang saudara kepada cabang Sino-Tibet yang terdiri daripada bahasa-bahasa Austroasia dan bahasa-bahasa Hmong-Mien.[39] Usul ini dikaji lebih mendalam lagi oleh ahli-ahli linguistik yang lain seperti Michael D. Larish pada tahun 2006, yang turut memasukkan bahasa-bahasa Japonik dan bahasa-bahasa Koreanik ke dalam makrokeluarga tersebut. Usul ini juga telah dipinjam oleh ahli linguistik seperti George van Driem, walaupun tanpa pemasukan bahasa-bahasa Japonik dan bahasa-bahasa Koreanik.[40]

Hubungkait dengan bahasa Ongan

sunting

Blevins (2007) mencadang bahawa kedua-dua bahasa Austronesia Purba serta bahasa Ongan Purba adalah turunan daripada bahasa Austronesia-Ongan Purba.[41] Namun pandangan ini tidak disokong oleh ahli-ahli linguistik perdana dan kekal amat diperdebatkan. Robert Blust menolak usulan Blevins dan menganggap usulan tersebut tidak masuk akal dan hanya berdasarkan beberapa keserupaan secara kebetulan dengan perbandingan yang cacat kaedahnya.[42]

Rujukan

sunting
  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Austronesian". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ a b Dempwolff, Otto (1934–37). Vergleichende Lautlehre des austronesischen Wortschatzes [Comparative phonology of the Austronesian vocabularies] (3 vols). Beihefte zur Zeitschrift für Eingeborenen-Sprachen (Supplements to the Journal of Native Languages) 15; 17; 19 (dalam bahasa Jerman). Berlin: Dietrich Reimer.
  3. ^ Haudricourt (1965), m/s. 315.
  4. ^ Dyen (1965).
  5. ^ Grace (1966).
  6. ^ Dahl (1973).
  7. ^ Blust (1977).
  8. ^ Taylor, G. (1888). "A ramble through southern Formosa". The China Review. 16: 137–161. The Tipuns... are certainly descended from emigrants, and I have not the least doubt but that the Amias are of similar origin; only of later date, and most probably from the Mejaco Simas [that is, Miyako-jima], a group of islands lying 110 miles to the North-east.... By all accounts the old Pilam savages, who merged into the Tipuns, were the first settlers on the plain; then came the Tipuns, and a long time afterwards the Amias. The Tipuns, for some time, acknowledged the Pilam Chief as supreme, but soon absorbed both the chieftainship and the people, in fact the only trace left of them now, is a few words peculiar to the Pilam village, one of which, makan (to eat), is pure Malay. The Amias submitted themselves to the jurisdiction of the Tipuns.
  9. ^ Starosta, S (1995). "A grammatical subgrouping of Formosan languages". Dalam P. Li; Cheng-hwa Tsang; Ying-kuei Huang; Dah-an Ho & Chiu-yu Tseng (penyunting). Austronesian Studies Relating to Taiwan. Taipei: Institute of History and Philology, Academia Sinica. m/s. 683–726.
  10. ^ Li (2008), m/s. 216: "The position of Rukai is the most controversial: Tsuchida... treats it as more closely related to Tsouic languages, based on lexicostatistic evidence, while Ho... believes it to be one of the Paiwanic languages, i.e. part of my Southern group, as based on a comparison of fourteen grammatical features. In fact, Japanese anthropologists did not distinguish between Rukai, Paiwan and Puyuma in the early stage of their studies"
  11. ^ Laurent Sagart (2004) The Higher Phylogeny of Austronesian and the Position of Tai-Kadai
  12. ^ Laurent Sagart (2021) A more detailed early Austronesian phylogeny. Plenary talk at the 15th International Conference on Austronesian Linguistics.
  13. ^ The tree can be found at the following link. Click on the nodes to see the proposed shared innovations for each.
    Laurent Sagart (July 2021). "Shared innovations in early Austronesian phylogeny" (PDF).
  14. ^ Blust (2013), m/s. 742.
  15. ^ Greenhill, Blust & Gray (2008).
  16. ^ Zoetmulder, P.J., Kamus Jawa Kuno-Indonesia. Vol. I-II. Terjemahan Darusuprapto-Sumarti Suprayitno. Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Utama, 1995.
  17. ^ "Javanese alphabet (Carakan)". Omniglot.
  18. ^ from the Arabic صِفْر ṣifr
  19. ^ Predominantly in Indonesia, comes from the Latin nullus
  20. ^ lapan is a known contraction of delapan; predominant in Malaysia, Singapore and Brunei.
  21. ^ Cook, Richard (1992). Peace Corps Marshall Islands: Marshallese Language Training Manual (PDF), pg. 22. Accessed August 27, 2007.
  22. ^ Percy Chatterton, (1975). Say It In Motu: An instant introduction to the common language of Papua. Pacific Publications. ISBN 978-0-85807-025-7
  23. ^ s.v. kawan, Old Javanese-English Dictionary, P.J. Zoetmulder and Stuart Robson, 1982
  24. ^ s.v. hañar, Old Javanese-English Dictionary, P.J. Zoetmulder and Stuart Robson, 1982
  25. ^ s.v. kami, this could mean both first person singular and plural, Old Javanese-English Dictionary, P.J. Zoetmulder and Stuart Robson, 1982
  26. ^ a b c d e f g h i Javanese English Dictionary, Stuart Robson and Singgih Wibisono, 2002
  27. ^ From Spanish "galgo"
  28. ^ From Spanish "nuevo"
  29. ^ a b Reid, Lawrence A. (December 1994). "Morphological Evidence for Austric". Oceanic Linguistics. University of Hawai'i Press. 33 (2): 323–344. doi:10.2307/3623132.
  30. ^ a b c d Sagart dll. 2017, m/s. 188.
  31. ^ van Driem, George (2005). "Sino-Austronesian vs. Sino-Caucasian, Sino-Bodic vs. Sino-Tibetan, and Tibeto-Burman as default theory" (PDF). Dalam Yogendra Prasada Yadava; Govinda Bhattarai; Ram Raj Lohani; Balaram Prasain; Krishna Parajuli (penyunting). Contemporary Issues in Nepalese Linguistics. Kathmandu: Linguistic Society of Nepal. m/s. 285–338 [304]. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-26. Dicapai pada 2010-10-29.
  32. ^ Sagart dll. 2017, m/s. 189.
  33. ^ Ko 2014, m/s. 426–436.
  34. ^ Wei dll. 2017, m/s. 1–12.
  35. ^ Winter (2010).
  36. ^ Blust (2013), m/s. 710–713, 745–747.
  37. ^ Robbeets, Martine (2017). "Austronesian influence and Transeurasian ancestry in Japanese: A case of farming/language dispersal". Language Dynamics and Change. 7 (2): 210–251. doi:10.1163/22105832-00702005.
  38. ^ Kumar, Ann (2009). Globalizing the Prehistory of Japan: Language, Genes and Civilization. Oxford: Routledge.
  39. ^ Starosta, Stanley (2005). "Proto-East Asian and the origin and dispersal of languages of east and southeast Asia and the Pacific". Dalam Sagart, Laurent; Blench, Roger; Sanchez-Mazas, Alicia (penyunting). The Peopling of East Asia: Putting Together Archaeology, Linguistics and Genetics. London: Routledge Curzon. m/s. 182–197. ISBN 978-0-415-32242-3.
  40. ^ van Driem, George. 2018. "The East Asian linguistic phylum: A reconstruction based on language and genes Diarkibkan 2021-01-10 di Wayback Machine", Journal of the Asiatic Society, LX (4): 1-38.
  41. ^ Blevins (2007).
  42. ^ Blust (2014).
  1. ^ Setaria italica and Panicum miliaceum.

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting