Selatan (Jawi: سلاتن) adalah salah satu arah mata angin dalam kompas. Ia berlawanan arah dengan utara. Selatan biasanya berada di bahagian bawah suatu peta. Hal ini dapat dipastikan pada lembar peta dengan adanya tanda panah yang menunjuk huruf U besar atau utara.

Peristilahan sunting

Perkataan "selatan" terbit hasil pengimbuhan perkataan "selat" yang merujuk kepada selat Melaka sebagai arah dari daratan semenanjung Melayu yang menjadi titik rujukan[1] menggantikan "daya" turunan akar *daya bermaksud "menuju pedalaman atau hulu sungai";[2] komponen lama ini masih kekal dalam istilah "barat daya".[2]

Kata-kata lain yang turut menggambarkan arah angin ini termasuk kidul (Jawi: كيدول‎) serapan bahasa Jawa ꦏꦶꦢꦸꦭ꧀[3] (misalnya dalam ungkapan "Lautan Kidul") dan daksina serapan bahasa Sanskrit दक्षिण dakṣiṇa.[4][5]

Jenis sunting

Ada dua jenis selatan, iaitu:

  1. Selatan asli, dan
  2. Selatan magnetik.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ozanne-Rivierre, Françoise (1999). "5: Spatial orientation in some Austronesian languages". Dalam Fuchs, Catherine; Robert, Stéphane (penyunting). Language Diversity and Cognitive Representations. John Benjamins Publishing. m/s. 75–76. ISBN 90 272 2355 6.
  2. ^ a b Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*daya: upriver, toward the interior". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  3. ^ "kidul". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ "daksina". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  5. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 465. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 300. ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]