Timur (Jawi: تيمور) atau masyrik[1] ialah arah dalam bidang geografi. Ia merupakan salah satu daripada empat arah kardinal atau mata angin (titik kardinal kompas) yang bertentangan dengan barat dan bersudut tegak dengan utara dan selatan. Timur ialah arah yang Bumi berputar pada paksinya dan justera itu, Matahari dan Bulan terbit dari timur. Bagaimanapun, dalam bidang astronomi, bahagian timur Matahari ditakrifkan sebagai bertentangan dengan arah putarannya.

Mengikut kelaziman, peta bumi biasanya diorientasikan supaya bahagian kanannya menunjukkan sebelah timur bumi. Justera itu, negara-negara di Asia juga digelar negara-negara Timur. Kelaziman ini telah wujud sejak Zaman Pembaharuan Eropah. Bagaimanapun, banyak peta Zaman Pertengahan diorientasikan dengan Timur di atas and justera itu, Timur juga digelar Orient dalam bahasa Inggeris.

PeristilahanSunting

"Timur" turunan kata akar bahasa Proto-Austronesia *timuR bererti angin tiupan dari arah menghadap lautan besar diungkapkan leluhur Austronesia di pulau Taiwan yang terletak luar kawasan timpaan monsun.[2]

"Masyrik" serapan Bahasa Arab: مَشْرِق, translit. masyriq "tempat matahari terbit" terbitan kata kerja شَرَقَsyaraqa "terbit".[3]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "masyrik". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
  2. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*timuR south or east wind". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 13 November 2022.
  3. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 199. ISBN 967-65-7321-3.