Tuvalu
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Tuvalu, dahulunya dikenali sebagai Kepulauan Ellice, ialah sebuah negara kepulauan Polinesia terletak di Lautan Pasifik, sekitar pertengahan jalan di antara Hawaii dan Australia, terletak di timur-timur laut Kepulauan Santa Cruz (milik Kepulauan Solomon), tenggara Nauru, selatan Kiribati, barat Tokelau, barat laut Samoa dan Wallis dan Futuna dan utara Fiji. Negara ini terdiri daripada tiga pulau terumbu dan enam atol benar tersebar di antara latitud 5° ke 10° selatan dan longitud 176° ke 180°, barat Garisan Tarikh Antarabangsa. Tuvalu mempunyai populasi sebanyak 10,640 penduduk (banci 2012).[1][2] Terletak di benua Oceania, jumlah keluasan tanah kepulauan Tuvalu ialah 26 kilometer persegi (10 bt2).
Tuvalu | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Tuvalu mo te Atua" (bahasa Tuvalu) "Tuvalu demi Yang Maha Agung" | |||||
Lagu kebangsaan: [Tuvalu mo te Atua] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (bahasa Tuvalu) Tuvalu demi Yang Maha Agung | |||||
![]() | |||||
Ibu negara | Funafuti 8°31′S 179°12′E / 8.517°S 179.200°E | ||||
Bahasa rasmi | |||||
Kumpulan etnik |
| ||||
Agama | Gereja Tuvalu | ||||
Kerajaan | Demokrasi berparlimen tidak berpihak di bawah raja berperlembagaan | ||||
• Ratu | Ratu Elizabeth II | ||||
Teniku Talesi Honolulu | |||||
Kausea Natano | |||||
Perundangan | Parlimen | ||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada United Kingdom | 1 Oktober 1978 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 26 km2 (10 bt2) (ke-192) | ||||
• Air (%) | Boleh diabaikan | ||||
Penduduk | |||||
• Bancian 2012 | 10,640[1][2] (ke-196) | ||||
• Kepadatan | 475.88/km2 (1,232.5/sq mi) (27th) | ||||
KDNK (PPP) | Anggaran 2016 | ||||
• Jumlah | $39 juta[3] (ke-226) | ||||
• Per kapita | $3,566[3] (ke-156) | ||||
KDNK (nominal) | Anggaran 2016 | ||||
• Jumlah | $32 juta[3] (ke-194) | ||||
• Per kapita | $2,970[3] (ke-118) | ||||
Mata wang | Dolar Tuvalu Dolar Australia (AUD) | ||||
Zon masa | UTC+12 | ||||
Bahagian memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | +688 | ||||
DPT Internet | .tv |
Geografi dan persekitaranSunting
- Lihat juga: Pertanian di Tuvalu
GeografiSunting
Tuvalu ialah sebuah gugusan pulau bergunung berapi, dan mengandungi tiga pulau terumbu (Nanumanga, Niutao dan Niulakita) dan enam atol betul (Funafuti, Nanumea, Nui, Nukufetau, Nukulaelae dan Vaitupu).[4] Kumpulan atol yang kecil dan berselerak mempunyai tanah yang lemah dan jumlah luas tanah hanya kira-kira 26 kilometer persegi (10 batu persegi) menjadikannya negara keempat terkecil di dunia. Sepanjang empat dekad, terdapat peningkatan bersih dalam luas tanah pulau kecil sebanyak 73.5 ha (2.9%), walau bagaimanapun perubahan ini tidak seragam, dengan 74% peningkatan dan 27% penurunan dalam saiz. Paras laut di tolok pasang surut Funafuti telah meningkat pada 3.9 mm per tahun, iaitu lebih kurang dua kali ganda purata dunia.[5] Peningkatan paras laut dikenal pasti mencipta pemindahan meningkat tenaga ombak menyeberangi permukaan terumbu, yang mengalihkan pasir, mengakibatkan akresi ke pinggir laut pulau.[4] Perdana Menteri Tuvalu menolak penemuan saintis.[6]
PentadbiranSunting
Tuvalu dibahagikan kepada sembilan buah daerah; tiga daripada daerah-daerah tersebut terdiri daripada hanya satu buah pulau dan selebihnya merangkumi lebih daripada satu buah pulau.
Daerah-daerah yang merangkumi banyak pulau ialah:
Daerah-daerah yang mentadbir hanya satu pulau ialah:
DemografiSunting
BahasaSunting
Bahasa-bahasa rasmi Tuvalu ialah bahasa Tuvalu dan bahasa Inggeris. Secara asasnya, bahasa Tuvalu dituturi oleh semua penduduk Tuvalu, dan digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan Parlimen. Radio Tuvalu, radio milik kerajaan negara turut menyiarkan siaran dalam bahasa ini. Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 13 ribu orang penutur bahasa Tuvalu di seluruh dunia.[7][8]
Bahasa Inggeris pula tidak sering digunakan dalam kehidupan seharian.
AgamaSunting
Gereja Tuvalu merupakan gereja rasmi negara, dengan pengikutnya merangkumi 97% daripada penduduk Tuvalu setakat 2012.[9] Agama minoriti terbesar ialah Bahá'í, dengan dua peratus daripada penduduk negara menganuti agama ini.[10] Tuvalu memiliki 50 orang pengikut Islam Ahmadiyyah.[11]
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ a b "Population of communities in Tuvalu" [Populasi masyarakat di Tuvalu] (dalam bahasa Inggeris). world-statistics.org. 11 April 2012. Dicapai pada 20 Mac 2016.
- ^ a b "Population of communities in Tuvalu" [Populasi masyarakat di Tuvalu] (dalam bahasa Inggeris). Thomas Brinkhoff. 11 April 2012. Dicapai pada 20 Mac 2016.
- ^ a b c d "Tuvalu" (dalam bahasa Inggeris). Tabung Kewangan Antarabangsa.
- ^ a b Paul S. Kench, Murray R. Ford & Susan D. Owen (9 February 2018). "Patterns of island change and persistence offer alternate adaptation pathways for atoll nations". Nature Communications. Dicapai pada 11 February 2018.
- ^ Paul S. Kench, Murray R. Ford & Susan D. Owen (9 February 2018). "Patterns of island change and persistence offer alternate adaptation pathways for atoll nations (Supplementary Note 2)". Nature Communications. Dicapai pada 11 February 2018.
- ^ Movono, Lice (12 February 2018). "Tuvalu PM refutes AUT research". The Fijian Times. Diarkib daripada yang asal pada 13 February 2018. Dicapai pada 13 February 2018.
- ^ Besnier, Niko (2000). Tuvaluan: A Polynesian Language of the Central Pacific. London: Routledge, ISBN 0-203-02712-4.
- ^ Jackson, Geoff and Jackson, Jenny (1999). An introduction to Tuvaluan. Suva: Oceania Printers, ISBN 982-9027-02-3.
- ^ "Tuvalu". religiousfreedom.com.
- ^ "The World Factbook (CIA)". 20 October 2019. Dicapai pada 11 November 2019.
- ^ Gary D. Bouma; Rodney Ling; Douglas Pratt (2010). Religious Diversity in Southeast Asia and the Pacific. m/s. 198.
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.