Samoa (dahulu bernama Samoa Jerman dari 1900-1914, Samoa Barat sehingga 1997) ialah sebuah negara kepulauan di Lautan Pasifik bahagian selatan yang terdiri dari 2 pulau utama dan 7 pulau kecil. Samoa terletak di sekitar separuh jarak perjalanan dari New Zealand ke Hawaii.

Negara Merdeka Samoa
Malo Saʻoloto Tutoʻatasi o Sāmoa (Samoa)
Bendera Samoa
Jata Samoa
Bendera Jata
Cogan kata"Faʻavae i le Atua Sāmoa"
"Samoa diasaskan berdasarkan Tuhan"
Lagu kebangsaanO le fuʻa o le saʻolotoga o Samoa
"Panji Kebebasan"
Lokasi Samoa
Lokasi Samoa
Ibu negara
dan bandar terbesar
Apia
13°50′S 171°45′W / 13.833°S 171.750°W / -13.833; -171.750
Bahasa rasmi
Kumpulan etnik
(2001)
Agama
Kristian (rasmi)[2]
KerajaanRepublik berparlimen parti dominan unitari
Va'aletoa Sualauvi IIa
Naomi Mataʻafa
• Speaker
Toleafoa Faafisi
Badan perundanganDewan Undangan
Kemerdekaan daripada New Zealand
14 Jun 1889
• Konvensyen Tripartite
16 Februari 1900
1 Mac 1900
• Penjajahan New Zealand
30 Ogos 1914
• Mandat Liga
17 Disember 1920
• Peramanahan PBB
13 Disember 1946
1 Januari 1962
• Kemasukan ke PBB
15 Disember 1976
Keluasan
• Jumlah
2,842 km2 (1,097 bt2) (ke-167)
• Perairan (%)
0.3
Populasi
• Bancian Penduduk November 2016
195,843[3]
68/km2 (176.1/sq mi)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$1.188 bilion[4]
$5,962[4]
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$881 juta[4]
$4,420[4]
HDI (2018) 0.707[5]
tinggi · 111th
Mata wangTālā (WS$b)
(WST)
Zon waktuUTC+13 (WST)
• Musim panas (DST)
UTC+14 (WST)
Format tarikhDD/MM/YYYY
Bahagian memandukiri
Kod panggilan+685
Kod ISO 3166WS
DPT internet.ws
  1. Ketua negara

Sejarah sunting

Samoa merdeka secara rasmi daripada New Zealand pada 1 Januari 1962 melalui Akta Samoa Barat 1961, menjadikan Samoa sebagai negara pulau Pasifik pertama yang merdeka.[6]

Pada 4 Julai 1997, pihak kerajaan telah menukar nama negara kepada Samoa melalui pindaan perlembagaan negara.[7] Pada November 1998, Tuilaepa Aiono Sailele Malielegaoi dari Parti Perlindungan Hak Asasi Manusia (HRPP) berjaya memenangi pilihan raya pada masa itu dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. Beliau mempertahankan kemenangannya pada pilihan-pilihan raya seterusnya dan kekal menjadi Perdana Menteri hingga kini.

Pada 7 September 2009, Samoa menukar bahagian memandu ke arah kiri seperti kebanyakan negara Komanwel.[8] Pada Disember 2011, Samoa melangkau satu hari (30 Disember) disebabkan oleh pertukaran zon waktu ke arat barat Garisan Tarikh Antarabangsa untuk memudahkan urusan perniagaan dengan pihak Australia dan New Zealand.[9][10] Pada Jun 2017, satu pemindaan perlembagaan negara telah dibuat lalu mengiktiraf agama Kristian sebagai agama rasmi.[2] Pada Julai 2017, Va'aletoa Sualauvi menjadi ketua negara sebagai pengganti kepada Tui Ātua Tupua Tamasese Efi.[11]

Geografi sunting

Samoa terletak lebih kurang di antara New Zealand dan Hawai'i. Secara umumnya, Samoa berkeluasan 2,842 km2,[12] dan terdiri daripada dua buah pulau besar, Upolu yang menempatkan ibu negara Apia, dan Savai'i serta beberapa buah pulau kecil. Kepulauan Samoa terhasil melalui aktiviti gunung berapi.[13] Iklim Samoa ialah iklim Khatulistiwa dengan suhu purata tahunan mencecah 26.5 °C denga musim tengkujuh dari November hingga April.[14]

Politik dan kerajaan sunting

Perlembagaan versi terawal pada 1960 yang diguna pakai selepas kemerdekaan Samoa merangka sistem politik negara berdasarkan sistem berparlimen British dengan unsur pemerintahan adat masyarakat Samoa.[15]

Daerah sunting

Samoa dibahagikan kepada 11 daerah atau itūmālō yang berdasarkan wilayah pentadbiran tradisional yang telah wujud sebelum zaman penjajahan. Daerah-daerah tersebut adalah seperti di bawah:

Ekonomi sunting

Samoa secara rasminya diiktiraf sebagai negara membangun.[16] Mata wang negara ialah tālā dan dikawal oleh Bank Pusat Samoa. Setakat 2018, keluaran dalam negara kasar (KDNK) Samoa ialah $881 juta (nominal) dan $1.188 bilion (pariti kuasa beli).[4] 66% daripada KDNK negara disumbang oleh sektor perkhidmatan, sektor industri menyumbang kepada 23.6% KDNK dan selebihnya disumbang oleh sektor pertanian.

Demografi sunting

Bancian pada 2016 menetapkan jumlah penduduk Samoa kepada 194,320 orang. Tiga per empat daripada penduduk Samoa tinggal di pulau Upolu.[15]

Bahasa sunting

Bahasa-bahasa rasmi Samoa ialah bahasa Samoa dan bahasa Inggeris. Sekiranya penutur bahasa kedua disertakan, bahasa Samoa ialah bahasa majoriti masyarakat negara.

Agama sunting

Perlembagaan negara secara rasminya mengiktiraf Samoa sebagai negara Kristian.[2] Menurut perangkaan pada 2011, hampir semua penduduk Samoa (kira-kira 99% penduduk) adalah beragama Kristian.[1]

Budaya sunting

Fa'a Samoa atau "gaya Samoa" telah menjadi tunjang kebudayaan dan politik Samoa sejak kira-kira 3,000 tahun lalu.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Samoa". CIA – The World Factbook.
  2. ^ a b c Wyeth, Grant (16 Jun 2017). "Samoa Officially Becomes a Christian State". The Diplomat (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2017. Dicapai pada 16 Jun 2017.
  3. ^ "Population & Demography Indicator Summary". Samoa Bureau of Statistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2019. Dicapai pada 25 June 2018.
  4. ^ a b c d e "Samoa". International Monetary Fund.
  5. ^ "Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris). UNDP. 10 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada 10 December 2019.
  6. ^ Western Samoa Act 1961 (24 November 1961; 1961 No 68). Resolution 1626 (XVI) of 18 October 1961.
  7. ^ Constitution Amendment Act (No 2) 1997. Paclii.org. Retrieved on 9 November 2016.
  8. ^ "Samoa switches to driving on left". BBC News. 7 September 2009. Dicapai pada 7 September 2009.
  9. ^ "Samoa to jump forward in time by one day". BBC News. 9 May 2011. Dicapai pada 9 May 2011.
  10. ^ Mydans, Seth (29 December 2011). "Samoa Sacrifices a Day for Its Future". The New York Times. Dicapai pada 16 February 2017.
  11. ^ Samoa Planet[pautan mati kekal]
  12. ^ "Demographic Yearbook—Table 3: Population by sex, rate of population increase, surface area and density" (PDF). United Nations Statistics Division. 2010. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  13. ^ Koppers, Anthony A.P. (June 2008). "Samoa reinstated as a primary hotspot trail". Geology. 36 (6): 435–438. doi:10.1130/G24630A.1.
  14. ^ "Samoa: Climate". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 26 November 2007.
  15. ^ a b "Background Note: Samoa". U.S. State Department. Dicapai pada 26 November 2007.
  16. ^ "Samoa graduates from the LDC category" (dalam bahasa Inggeris). United Nations Committee for Development Policy. 8 Januari 2014. Dicapai pada 11 Mac 2018.

Pautan luar sunting

  •   Media berkenaan Samoa di Wikimedia Commons