Perdana Menteri Tuvalu

rencana senarai Wikimedia

Perdana Menteri Tuvalu ialah ketua kerajaan bagi negara Tuvalu. Mengikut perlembagaan Tuvalu, perdana menteri mesti sentiasa menjadi ahli parlimen dan dipilih oleh parlimen dalam undi rahsia. Memandangkan tiada parti politik di Tuvalu, mana-mana ahli parlimen boleh dicalonkan untuk jawatan itu.

Perdana Menteri
Tuvalu
Ulu o te Malo o Tuvalu
Lambang Tuvalu
Penyandang
Feleti Teo
sejak 26 Februari 2024
GelaranThe Right Honourable (rasmi)
Tuan Yang Terutama (diplomatik)
Anggota bagiCabinet of Tuvalu (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Bidang kuasaTuvalu Edit the value on Wikidata
Dilantik olehDipilih oleh ahli-ahli parlimen
Tempoh jawatanTiada tempoh; selagi masih memiliki kepercayaan majoriti ahli-ahli parlimen
Penjawat sulungToaripi Lauti
Dibentuk1 Oktober 1978
GajiAU$ 50,563 setiap tahun[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bahagian V, seksyen 62 Perlembagaan Tuvalu menerangkan pemberian kuasa eksekutif:

  1. Kuasa eksekutif Tuvalu terutamanya terletak pada Raja, dan Gabenor Jeneral sebagai wakil Raja.
  2. Kuasa eksekutif yang terletak hak sedemikian pada Raja hendaklah dijalankan mengikut seksyen 53 (pelaksanaan fungsi oleh Ketua Negara).[2]

Berikutan undian parlimen, gabenor jeneral Tuvalu bertanggungjawab dalam upacara mengangkat sumpah jawatan perdana menteri bagi mereka yang mendapat kepercayaan majoriti ahli parlimen.

Bahagian V Perlembagaan menetapkan kuasa eksekutif Tuvalu dan mengesahkan bahawa walaupun Perdana Menteri ialah ketua kerajaan, kuasa eksekutif dilaksanakan oleh menteri kerajaan, dengan Bahagian V, seksyen 67 hingga 69 menetapkan peranan kabinet.[2]

Jawatan perdana menteri ditubuhkan apabila Tuvalu mencapai kemerdekaan pada tahun 1978. Walau bagaimanapun, jawatan itu kadang-kadang dianggap sebagai kesinambungan daripada jawatan ketua menteri terdahulu, yang diwujudkan pada tahun 1975. Jika perdana menteri meninggal dunia, seperti yang berlaku pada satu ketika, timbalan perdana menteri menjadi pemangku perdana menteri sehingga perdana menteri yang baharu dipilih oleh parlimen. Perdana Menteri boleh kehilangan jawatannya jika beliau meletakkan jawatan, dikalahkan dalam usul undi tidak percaya oleh parlimen, atau kehilangan kerusinya dalam pilihan raya parlimen.[2]

Bahagian V, Seksyen 63 Perlembagaan Tuvalu menubuhkan jawatan Perdana Menteri. Di bawah seksyen 64, Perdana Menteri dipilih oleh ahli parlimen, dengan seksyen 64 hingga 67 menerangkan apa yang berlaku jika jawatan Perdana Menteri menjadi kosong, penyingkiran daripada jawatan Perdana Menteri yang tidak berupaya, proses penggantungan Perdana Menteri, dan kesan penyingkiran atau penggantungan Perdana Menteri.[2]

Feleti Teo merupakan Perdana Menteri Tuvalu yang terkini sejak 26 Februari 2024.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Tuvalu. "Prescription of Salaries (Amendment) Act 2020". paclii.org.
  2. ^ a b c d "Constitution of Tuvalu" (PDF). Government of Tuvalu. 1 October 2023. Dicapai pada 27 November 2023.
  3. ^ Needham, Kirsty (26 Februari 2024). "Taiwan ally Tuvalu names Feleti Teo as new prime minister". Reuters. Dicapai pada 26 Februari 2024.