Oceania (Jawi: اوسيانيا‎) ataupun Australasia (Jawi: اوسترالاسيا‎) merupakan sebuah rantau yang terdiri daripada benua Australia, negara-negara pulau besar New Zealand dan Papua New Guinea serta gugusan pulau seperti Fiji, Nauru, Kiribati, Tahiti, Samoa, Palau dan banyak lagi yang tersebar di Lautan Teduh.

Oceania
Unjuran ortografi Oceania geopolitik.
Oceania Geopolitik
Kawasan8,525,989 km2 (3,291,903 bt2)
Penduduk35,670,000
Negara
Wilayah tanggungan
Bahasa
Zon masaUTC+8 (Waktu Piawai Australia Barat) to UTC-6 (Pulau Easter) (barat ke timur)
Bandar terbesarSydney
Melbourne
Brisbane
Perth
Auckland
Adelaide
Kedudukan Oceania dalam peta dunia

Maka, ia merupakan rantau geografi utama dengan luas daratan terkecil dan jumlah penduduk kedua terkecil setelah benua Antartika.

Peristilahan

sunting

Nama asalnya Océanie dalam bahasa Perancis diciptakan oleh ahli geografi Perancis Conrad Malte-Brun pada tahun 1812 terbitan kata dasar océan (disebut [ɔseɑ̃] ) yang bermaksud "lautan" berakar daripada perkataan Bahasa Yunani ὠκεανός ōkeanós melalui turunan bahasa Latin oceanus; pengungkapan sebegini dipilih kerana sifat menonjol rantau geografi ini yang dihubungkan melalui lautan besar.[1][2]

Rangkuman

sunting
 
Peta Oceania

Tujuan utama penggunaan terma Oceania ialah untuk membuat kenyataan mengenai sebuah rantau atau benua (seperti Asia dan Eropah) yang terletak di antara benua Asia dan benua Amerika, dengan Australia sebagai tanah besar. Penggunaan perkataan Oceania adalah untuk menunujukkan hubung kait di antara negara-negara di rantau tersebut. Oceania ialah benua terkecil di dunia dan mempunyai populasi kedua terkecil di dunia selepas benua Antartika.

Senarai negara dan wilayah

sunting
Jata Bendera Nama negara atau wilayah (serta negara milik) Keluasan
(km2)
Jumlah
penduduk
(2021)[3][4]
Kepadatan
penduduk
(per km2)
Ibu negara ISO 3166-1
Australasia
    Ashmore and Cartier Islands (Australia) 199
    Australia 7,686,850 25,921,089 3.1 Canberra AU
    Kepulauan Coral Sea (Australia) 10 4 0.4
    New Zealand 268,680 5,129,727 17.3 Wellington NZ
    Pulau Norfolk (Australia) 35 2,302 65.8 Kingston NF
Australasia (jumlah) 7,955,774 28,788,987 3.6
Melanesia
    Fiji 18,270 924,610 49.2 Suva FJ
    New Caledonia (Perancis) 19,060 287,800 14.3 Nouméa NC
    Papua (Indonesia) 319,036 3,486,432 10.9 Jayapura
    Papua Barat (Indonesia) 140,375 760,855 5.4 Manokwari
    Papua New Guinea 462,840 9,949,437 17.5 Port Moresby PG
    Kepulauan Solomon 28,450 707,851 21.1 Honiara SB
    Vanuatu 12,200 319,137 22.2 Port Vila VU
Melanesia (jumlah) 1,000,231 14,373,536 14.4
Mikronesia
    Persekutuan Mikronesia 702 0 149.5 Palikir FM
    Guam (Amerika) 549 170,534 296.7 Hagåtña GU
    Kiribati 811 128,874 141.1 South Tarawa KI
    Kepulauan Marshall 181 0 293.2 Majuro MH
    Nauru 21 12,511 540.3 Yaren (de facto) NR
    Kepulauan Mariana Utara (Amerika) 477 0 115.4 Saipan MP
  Palau 458 18,024 46.9 Ngerulmud PW
    Pulau Wake (Amerika) 2 150 75 Wake Island UM
Mikronesia (jumlah) 3,201 523,317 163.5
Polynesia
    Samoa Amerika (Amerika) 199 0 279.4 Pago Pago, Fagatogo AS
    Kepulauan Cook (New Zealand) 240 0 72.4 Avarua CK
    Pulau Easter (Chile) 164 5,761 35.1 Hanga Roa CL
    Polynesia Perancis (Perancis) 4,167 0 67.2 Papeete PF
    Hawaii (Amerika) 16,636 1,360,301 81.8 Honolulu US
    Niue (New Zealand) 260 1,937 6.2 Alofi NU
    Kepulauan Pitcairn (United Kingdom) 47 47 1 Adamstown PN
    Samoa 2,944 218,764 66.3 Apia WS
    Tokelau (New Zealand) 10 1,849 128.2 Nukunonu TK
    Tonga 748 106,017 143.2 Nukuʻalofa TO
    Tuvalu 26 11,204 426.8 Funafuti TV
    Wallis dan Futuna (Perancis) 274 0 43.4 Mata-Utu WF
Polynesia (jumlah) 25,715 2,047,444 79.6
Jumlah 8,919,530 50,099,312 5.1
Jumlah tidak termasuk Tanah Besar Australia 1,232,680 24,178,223 16.6

Rujukan

sunting
  1. ^ Lyons, Paul (2006). American Pacificism: Oceania in the U.S. Imagination. m/s. 30. ISBN 9781134264155.
  2. ^ Tcherkézoff, Serge (2009). Polynésie-Mélanésie: l'invention française des races et des régions de l'Océanie, XVIe-XXe siècles. Culture océanienne. Pirae (Tahiti): Au vent des îles éd. m/s. 204. ISBN 978-2-915654-52-3.
  3. ^ "World Population Prospects 2022". Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada 17 Julai 2022.
  4. ^ "World Population Prospects 2022: Demographic indicators by region, subregion and country, annually for 1950-2100" (XSLX) ("Total Population, as of 1 July (thousands)"). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada 17 Julai 2022.