Bahasa Jawa Kuno

bahasa Jawa yang digunakan pada zaman dahulu | bahasa tertua di Asia Tenggara

Bahasa Jawa Kuno ialah bahasa Jawa fasa tertua yang dituturkan di kawasan yang kini dikenali sebagai Jawa Tengah dan seluruh Jawa Timur. Ia merupakan salah satu bahasa Polinesia-Melayu Barat dan justera, adalah agak serupa dengan bahasa Melayu Lama.

Bahasa Jawa Kuno
Bhāṣa Jawa
KawasanJawa Tengah, Jawa Timur, Madura, dan Bali
PupusBerkembang menjadi Bahasa Jawa Pertengahan menjelang abad ke-13
Bahasa Austronesia
Kod bahasa
ISO 639-2
ISO 639-3

Sedangkan bukti tulisan Bahasa Jawa Kuno yang terawal merupakan "prasasti Tarumanegara" Sanskrit yang wujud sejak 450 Masihi di Jawa, contoh tertua yang ditulis pada keseluruhannya dalam bahasa Jawa ialah "prasasti Sukabumi" yang bertarikh 25 Mac 804. Prasasti ini yang ditemui di kecamatan Pare, Kabupaten Kediri di Jawa Timur sebenarnya merupakan salinan daripada versi asal yang wujud sekitar 120 tahun lebih awal lagi; hanya salinan ini masih wujud. Kandungannya adalah berkenaan dengan pembinaan sebuah empangan di sebatang terusan pengairan berhampiran Sungai Śrī Hariñjing (Srinjing kini). Prasasti ini merupakan jenisnya yang terakhir yang ditulis dalam tulisan Pallava, dengan kesemua contoh yang kemudian ditulis dalam tulisan Jawa (Hanacaraka).

Perkembangan sunting

Bahasa Jawa Kuno tidaklah statik, dengan penggunaanya merangkumi zaman sekitar 500 tahun, iaitu sejak prasasti Sukabumi (kk. 804 Masihi) sehingga pengasasan empayar Majapahit pada 1292. Bahasa Jawa yang dituturkan dan ditulis pada zaman Majapahit adalah lebih rapat dengan bahasa Jawa Moden kerana telah menjalani sesetengah perubahan.

Asal Austronesia sunting

Pengaruh bahasa Austronesia yang paling penting kepada Bahasa Jawa Kuno ialah warisan perbendaharaan kata, struktur ayat, dan tatabahasa yang dikongsiknya dengan bahasa-bahasa menjadi di Asia Tenggara.

Pengaruh Sanskrit sunting

Pengaruh linguistik India pada Bahasa Jawa Kuno hampir merupakan pengaruh Sanskrit pada keseluruhannya, dengan hampir tidak terdapatnya sebarang pengaruh unsur India bukan Sanskrit, berbanding dengan, misalnya, bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Sanskrit mempunyai kesan yang mendalam dan abadi pada perbendaharaan kata bahasa Jawa. Kamus bahasa Jawa - bahasa Inggeris yang disusun oleh profesor P.J. Zoetmulder pada tahun 1982 mengandungi sekitar 25,500 kata masukan, dengan tidak kurang daripada 12,500 (49%) antaranya merupakan kata pinjaman Sanskrit. Jelasnya, jumlah yang besar itu tidak merupakan petunjuk kepada penggunaannya, tetapi ia masih menunjukkan bahawa orang Jawa Kuno tahu akan perkataan Sanskrit itu dan menggunakannya dalam karya kesusasteraan mereka. Sekitar 25% daripada perbendaharaan kata di dalam mana-mana satu karya kesusasteraan Jawa Lama berasal daripada bahasa Sanskrit.

Fonologi sunting

Walaupun bahasa Sanskrit amat sangat mempengaruhi Bahasa Jawa Kuno, Bahasa Jawa Kuno tetap merupakan sebuah bahasa Austronesia. Sesungguhnya, bahasa Sanskrit masih mempengaruhi bukan sahaja perbendaharaan kata Jawa Lama, tetapi juga fonologinya. Misalnya, bahasa Jawa mengandungi apa yang digelar konsonan gelungan yang mungkin berasal daripada bahasa Sanskrit. Bagaimanapun, dakwaan itu telah dipertikaikan oleh banyak ahli linguistik yang memegang pandangan bahawa konsonan tersebut dapat juga merupakan suatu perkembangan yang berasingan dalam keluarga bahasa Austronesia.

Perbendaharaan kata sunting

Satu soalan berkait ialah bentuk kata Sanskrit yang dipinjam oleh Bahasa Jawa Kuno. Kata pinjaman Sanskrit dalam Bahasa Jawa Kuno hampir selalu merupakan kata nama dan kata sifat dalam bentuk yang akhir katanya tidak berubah (Sanskrit lingga). Sebuah senarai kata yang mengandungi 200 perkataan asas Jawa Lama dan yang memiliki sebilangan kata pinjaman tersebut disediakan di Pangkalan Data Perbendaharaan Kata Asas Diarkibkan 2010-05-27 di Wayback Machine.

Lihat juga sunting

Bacaan tambahan sunting

  • (Belanda) Petrus Josephus Zoetmulder, 1950, De Taal van het Adiparwa, Bandung: Nix
  • (Inggeris) Petrus Josephus Zoetmulder, 1982, Old Javanese-English Dictionary, The Hague: Martinus Nijhoff. 2 v. (xxxi, 2368 p.) In collaboration with S.O. Robson. ISBN 9024761786
  • (Indonesian) Petrus Josephus Zoetmulder, 1995, Kamus Jawa Kuna-Indonesia In collaboration with S.O Robson. Translators, Darusuprapta, Sumarti Suprayitna. Jakarta: Hasil kerja sama Perwakilan Koninklijk Instituut voor Taal, Land-, en Volkenkunde dengan Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama, 1995. 2 v. ; 1. A-0 -- 2. P-Y.
  • (Inggeris) Teeuw, A. and S.O. Robson.2005 edited and translated Bhomāntaka : the death of Bhoma Leiden: KITLV Press, Series:Bibliotheca Indonesica; 32. ISBN 9067182532

Pautan luar sunting

  • L. Mardiwarsito; Sri Suksesi Adiwimarta; Sri Timur Suratman (1992). Kamus Indonesia-Jawa Kuno. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. ISBN 979-459-361-3.