Ethnologue: Languages of the World adalah sebuah penerbitan berasaskan web yang mengandungi perangkaan bagi 7,105 bahasa dan dialek dalam edisi ke-17, diterbitkan pada tahun 2013.[1] Sehingga edisi ke-16 pada tahun 2009 , penerbitannya itu adalah bentuk bercetak. Ethnologue menyediakan maklumat mengenai bilangan penutur, lokasi, dialek, gabungan bahasa, adanya Alkitab dalam bahasa itu, dan anggaran daya maju bahasa menggunakan EGIDS.[2] Sehingga Julai 2013, ia adalah katalog bahasa yang paling menyeluruh dan mudah, sungguhpun ada maklumat yang luput atau palsu. Satu projek dengan matlamat yang sama yang masih dalam pembangunan adalah Linguasphere Observatory Register.

William Bright, ketika itu merupakan pengarang bagi Language: Journal of the Linguistic Society of America, menulis mengenai Ethnologue bahawa ia penting bagi sebarang para rujukan mengenai bahasa di dunia."[3] Pihak yang lain pula telah mengkritik kualiti data dan menunjukkan kesilapan. Sebagai contoh, rujukan silang boleh memaut ke rujukan kod ISO 639 yang salah, manakala pokok keluarga adalah dijanakan secara automatik, menyebabkan lata cladistic bermasalah yang boleh mengherot hubungan bahasa.

Edisi Sunting

Edisi baru Ethnologue diterbitkan anggaran setiap empat tahun. Sejarah terbitan adalah seperti berikut:[4]

Edisi Tarikh Pengarang Nota
1 1951 Richard S. Pittman 10 muka, mimeograf
2 1951 Pittman
3 1952 Pittman
4 1953 Pittman
5 1958 Pittman edisi pertama dalam format buku
6 1965 Pittman
7 1969 Pittman 4,493 bahasa
8 1974 Barbara Grimes
9 1978 Grimes
10 1984 Grimes kod SIL pertama kali dimasukkan
11 1988 Grimes
12 1992 Grimes
13 1996 Grimes
14 Diarkibkan 2015-05-05 di Wayback Machine 2000 Grimes 6,809 bahasa
15 2005 Raymond G. Gordon, Jr. 6,912 bahasa; draf piwaian ISO
16 2009 M. Paul Lewis 6,909 bahasa
17 2013 Lewis, Simons, & Fennig 7,105 bahasa hidup


Rujukan Sunting

  1. ^ Ethnologue 17th edition website
  2. ^ Lewis, M. Paul & Gary F. Simons. 2010. Assessing Endangerment: Expanding Fishman’s GIDS. Revue Roumaine de linguistique 55(2). 103–120. Online version Diarkibkan 2015-12-27 di Wayback Machine
  3. ^ Bright, William. 1986. "Book Notice on Ethnologue", Language 62:698.
  4. ^ Sejarah Ethnologue

Pautan luar Sunting