Bible
Alkitab[a] (bahasa Ibrani: תָּנָ״ךְ Tānākh atau מִקְרָא Mīqrāʾ; Latin: biblia sacra ) ialah kumpulan teks agama, tulisan, atau kitab suci yang suci bagi orang Yahudi, Samaria, Kristian, Rastafari, dan lain-lain. Ini muncul dalam bentuk antologi, penyusunan teks dari berbagai bentuk yang semuanya terkait dengan kepercayaan bahawa kesemuanya adalah wahyu Tuhan secara kolektif. Teks-teks ini merangkumi kisah sejarah, pujian, doa, peribahasa, perumpamaan, surat didaktik, nasihat, karangan, puisi, dan nubuatan. Orang-orang yang beriman pada umumnya menganggap Alkitab sebagai produk ilham Ilahi.
Senarai kitab-kitab dihimpunkan
suntingPerjanjian Lama
suntingKanun Yahudi |
---|
Perjanjian Baru
suntingTeks Peshitta di dalam bahasa Syriak (bahasa Suryani) tidak mengandungi 2 dan 3 Yohanes, 2 Petrus, Yudas dan Wahyu tetapi alkitab-alkitab yang diguna pakai oleh Gereja Ortodoks Suryani masa ini turut memuatkan penterjemahan kitab-kitab tersebut. Namun demikian, leksionari ataupun senarai bacaan Alkitab rasmi yang diguna pakai oleh Gereja Ortodoks Syria Malankara yang bertapak di Kottayam, Kerala, India dan Gereja Kasdimi Syria yang bertapak di Trichur, Kerala, India cuma memuatkan bacaan daripada 22 kitab yang dipaparkan di dalam teks Peshitta.
Surat 3 Korintus juga dianggap sebagai sebahagian daripada Alkitab Gereja Ortodoks Armenia pada satu ketika tetapi tidak lagi terkandung di dalam edisi-edisi moden Alkitab yang diguna pakai oleh gereja tersebut.
Penterjemahan
suntingSejarah penterjemahan Alkitab ke Bahasa Melayu
suntingNamun demikian, kerja penterjemahan seluruh Alkitab ke dalam bahasa Melayu cuma bermula setelah orang Belanda yang bermazhab Protestan mula bertapak di tanah Nusantara [6].
Pada mulanya, Alkitab di dalam Bahasa Melayu digunapakai oleh umat Kristian di seluruh rantau Nusantara tanpa mengira samada Alkitab itu diterjemah, dicetak dan diedarkan oleh pihak Gereja di Tanah Melayu, Borneo ataupun Hindia Timur. Setelah kemerdekaan Indonesia (1945) dan Tanah Melayu (1957), perkembangan Bahasa Melayu mengambil halatuju yang tersendiri dikedua-dua negara tersebut.
Pada awal zaman kemerdekaan kedua-dua negara tersebut, versi Alkitab yang lazimnya dipakai oleh umat Kristian di rantau ini adalah Alkitab Shellabear (1912) dan Alkitab Terjemahan Lama (1958) yang menggabungkan Perjanjian Lama Klinkert (1870) dan Perjanjian Baru Bode (1938) di dalam satu edisi. Alkitab Ende (1968) yang diterbitkan oleh Gereja Katolik Rom Indonesia dan Alkitab Terjemahan Baru (1974) yang diterbitkan oleh Lembaga Alkitab Indonesia antara usaha yang pertama untuk menyemak dan menerbitkan penterjemahan Alkitab di dalam Bahasa Indonesia moden. Pada masa yang sama, Persatuan Alkitab Singapura, Brunei dan Malaysia menerbitkan Perjanjian Baharu Berita Baik (1974) di dalam Bahasa Malaysia moden yang kemudiannya disusuli dengan penerbitan edisi Alkitab Berita Baik yang merangkumi teks penterjamahan baru Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru di dalam Bahasa Malaysia moden pada tahun 1987 [6].
Pada tahun 2016, LAB Network (Malaysia) menerbitkan Alkitab Versi Borneo dalam bahasa Malaysia. Alkitab Versi Borneo merupakan terjemahan baru dalam Bahasa Malaysia formal dan lebih mendekati terjemahan harfiah.[7]
Tahun | Peristiwa | Edisi | Bahasa / Loghat |
---|---|---|---|
1612 | Injil Matius diterjemahkan oleh pedagang Belanda, Albert Cornelius Ruyl [6] | Injil Ruyl | Bahasa Melayu Klasik |
1629 | Pencetakan Injil Matius Ruyl oleh Jan Jacobiz Palenstein di Enkhizen, Belanda[8] | Injil Ruyl | Bahasa Melayu Klasik |
1638 | Penterjemahan Injil Markus oleh Ruyl [6] | Injil Ruyl | Bahasa Melayu Klasik |
1646 | Penterjemahan Injil Lukas dan Injil Yohanes oleh Jan van Hasel | Injil Van Hasel | Bahasa Melayu Klasik |
1651 | Penterjemahan Kisah Rasul-rasul dan Mazmur oleh Justus Heurnius | Kitab Heurnius | Bahasa Melayu Klasik |
1651 | Pencetakan Kitab Injil dan Kisah Rasul-rasul di dalam satu edisi di Amsterdam | Kitab Ruyl-Van Hasel-Heurnius | Bahasa Melayu Klasik |
1652 | Pencetakan Mazmur Heurnius | Kitab Mazmur Hasel-Heurnius | Bahasa Melayu Klasik |
1662 | Penterjemahan dan pencetakan Kitab Kejadian oleh Daniel Brouwerious[9] | Kitab Kejadian Brouwerious | Bahasa Melayu Klasik |
1668 | Penterjemahan dan pencetakan seluruh Perjanjian Baru oleh Brouwerious[10] | Perjanjian Baru Brouwerious | Bahasa Melayu Klasik |
1677 | Penterjemahan seluruh Alkitab ke dialek Maluku oleh Simon de Lange | Alkitab de Lange | Bahasa Melayu Maluku |
1727 | Penyemakan semula penterjemahan de Lange oleh Francois Valentyn | Alkitab Valentyn | Bahasa Melayu Maluku |
1731 | Penterjemahan Perjanjian Baru oleh jawatankuasa penterjemahan pimpinan Melchior Leijdecker | Perjanjian Baru Leijdecker | Bahasa Melayu Klasik |
1733 | Penterjemahan Perjanjian Lama oleh jawatankuasa Leijdecker | Perjanjian Lama Leijdecker | Bahasa Melayu Klasik |
1733 | Penerbitan Perjanjian Lama dan Baru Leijdecker | Alkitab Leijdecker | Bahasa Melayu Klasik |
1758 | Penerbitan Alkitab Leijdecker di dalam tulisan Jawi | Alkitab Leijdecker | Bahasa Melayu Klasik |
1817 | Penyemakan semula penterjemahan Perjanjian Baru Leijdecker oleh Robert Hutchings | Perjanjian Baru Hutchings | Bahasa Melayu Klasik |
1821 | Penyemakan semula penterjemahan Perjanjian Lama Leijdecker oleh Hutchings | Perjanjian Lama Hutchings | Bahasa Melayu Moden |
1835 | Penterjemahan Perjanjian Baru dan Kitab Mazmur oleh Johannes Emde | Perjanjian Baru dan Mazmur Emde | Bahasa Melayu Surabaya |
1852 | Penyemakan semula penterjemahan Perjanjian Baru Leijdecker oleh Robert Keasberry dan Abdullah Abdul Kadir Munshi | Perjanjian Baru Keasberry | Bahasa Melayu Klasik |
1861 | Penterjemahan Kitab Injil ke dialek Semarang oleh Hillebrandus Cornelius Klinkert | Injil Klinkert | Bahasa Melayu Semarang |
1863 | Penterjemahan seluruh Perjanjian Baru ke dialek Semarang oleh Klinkert | Perjanjian Baru Klinkert | Bahasa Melayu Semarang |
1868 | Penterjemahan Injil Matius oleh Klinkert | Injil Matius Klinkert | Bahasa Melayu Klasik |
1870 | Penterjemahan Perjanjian Baru oleh Klinkert | Perjanjian Baru Klinkert | Bahasa Melayu Klasik |
1877 | Penterjemahan Perjanjian Baru ke dialek Ambon oleh Bernhard N. J. Roskott | Perjanjian Baru Roskott | Bahasa Melayu Ambon |
1879 | Penterjemahan Perjanjian Lama dan penerbitan seluruh Alkitab oleh Klinkert | Alkitab Klinkert | Bahasa Melayu Klasik |
1897 | Penterjemahan Injil Matius oleh William Shellabear | Injil Matius Shellabear | Bahasa Melayu Moden |
1910 | Penterjemahan seluruh Perjanjian Baru oleh Shellabear | Perjanjian Baru Shellabear | Bahasa Melayu Moden |
1912 | Penterjemahan seluruh Perjanjian Lama dan penerbitan seluruh Alkitab dalam tulisan Jawi oleh Shellabear | Alkitab Shellabear | Bahasa Melayu Moden |
1913 | Penterjemahan Alkitab kepada dialek Baba oleh Shellabear | Alkitab Melayu Baba | Bahasa Melayu Baba |
1929 | Alkitab Shellabear diterbitkan di dalam dua edisi Rumi iaitu edisi ejaan Malaya dan edisi ejaan Hindia Timur dengan gabungan tenaga kerja Persatuan Alkitab Belanda, Persatuan Alkitab British dan Luar Negara dan Persatuan Alkitab Scotland | Alkitab Shellabear | Bahasa Melayu Moden |
1938 | Penterjemahan Perjanjian Baru oleh Werner August Bode | Perjanjian Baru Bode | Bahasa Melayu Moden |
1958 | Perjanjian Lama Klinkert dan Perjanjian Baru Bode diterbitkan sebagai satu edisi | Alkitab Terjemahan Lama | Bahasa Melayu Moden |
1964 | Penterjemahan Perjanjian Baru berdasarkan teks Vulgata oleh J. Bouma dan Cletus Groenen | Perjanjian Baru Ende | Bahasa Indonesia |
1968 | Penterjemahan Perjanjian Lama berdasarkan teks Vulgata dan penerbitan seluruh Alkitab oleh Bouma dan Groenen | Alkitab Ende | Bahasa Indonesia |
1971 | Penterjemahan Perjanjian Baru oleh Lembaga Alkitab Indonesia | Perjanjian Baru Terjemahan Baru | Bahasa Indonesia |
1974 | Penterjemahan Perjanjian Lama dan penerbitan seluruh Alkitab oleh Lembaga Alkitab Indonesia | Alkitab Terjemahan Baru | Bahasa Indonesia |
1974 | Penterjemahan Perjanjian Baru oleh Persatuan Alkitab Singapura, Brunei dan Malaysia | Perjanjian Baharu Berita Baik | Bahasa Malaysia |
1976 | Penterjemahan Perjanjian Baru oleh Yayasan Kalam Hidup | Firman Allah Yang Hidup | Bahasa Indonesia |
1977 | Penterjemahan Perjanjian Baru oleh Lembaga Alkitab Indonesia | Perjanjian Baru Kabar Baik | Bahasa Indonesia |
1985 | Penterjemahan Perjanjian Lama dan penerbitan seluruh Alkitab oleh Lembaga Alkitab Indonesia | Alkitab Kabar Baik | Bahasa Indonesia |
1987 | Penterjemahan Perjanjian Lama dan penerbitan seluruh Alkitab oleh Persatuan Alkitab Singapura, Brunei dan Malaysia | Alkitab Berita Baik | Bahasa Malaysia |
1989 | Penterjemahan Perjanjian Lama dan penerbitan seluruh Alkitab oleh Yayasan Kalam Hidup | Firman Allah Yang Hidup | Bahasa Malaysia |
1996 | Semakan semula Alkitab Berita Baik oleh Persatuan Alkitab Malaysia | Alkitab Berita Baik | Bahasa Malaysia |
2000 | Semakan semula Perjanjian Baru Shellabear oleh Lembaga Alkitab Indonesia | Kitab Suci Injil | Bahasa Indonesia |
2002 | Penterjemahan dan penerbitan Alkitab berdasarkan teks Katolik Rom oleh Yayasan OBOR | Kitab Suci Komunitas Kristiani | Bahasa Indonesia |
2016 | Penterjemahan baru dalam Bahasa Malaysia oleh Borneo Sabda Limited dan penerbitan oleh LAB Network, Malaysia. | Alkitab Versi Borneo | Bahasa Malaysia |
2017 | Saksi-Saksi Yehuwa | Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu | Bahasa Malaysia |
Daftar Rujukan |
Nota kaki
suntingRujukan
sunting- ^ a b c d e f Juga dikenali sebagai Injil Yahya didalam penterjemahan kuno Bahasa Melayu
- ^ a b c d e Juga dikenali sebagai Surat Yakub didalam penterjemahan kuno Bahasa Melayu
- ^ a b c d e f Juga dikenali sebagai Surat 1 Yahya didalam penterjemahan kuno Bahasa Melayu
- ^ a b c d e f Juga dikenali sebagai Surat 2 Yahya didalam penterjemahan kuno Bahasa Melayu
- ^ a b c d e f Juga dikenali sebagai Surat 3 Yahya didalam penterjemahan kuno Bahasa Melayu
- ^ a b c d e Soesilo, Daud H. (2001). Mengenal Alkitab Anda. Jakarta: Lembaga Alkitab Indonesia. m/s. 44–68. ISBN 9789794633720 Check
|isbn=
value: checksum (bantuan). Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan) - ^ Borneo Sabda Ltd & LAB Network. http://www.alkitabversiborneo.org/about-us/the-avb-project/ Diarkibkan 2016-12-20 di Wayback Machine
- ^ Ruyl, Albert Corneliſz (1629), Het Nievwe Testament. - Iang Testamentvm Baharv, Enckhuyſen: Jan Jacobſz. Cite has empty unknown parameters:
|coeditors=
dan|coauthors=
(bantuan); External link in|title=
(bantuan) - ^ Brouwerius, Daniel (1673), Het Eerſte Boeck Mosis, Genaemt Genesis.- Genesis, Attau kitab deri miarahan, kitab Mosis, Amſterdam: Ooſt-Indiſche Compagnie. Cite has empty unknown parameters:
|coeditors=
dan|coauthors=
(bantuan); External link in|title=
(bantuan) - ^ Brouwerius, Daniel (1668), Testamento Barou, attau segalla kitab derri Tuan cami Jesu Christo pounja Cauwoul Barou: Derri bassa Greeco, Latino daen Hollanda bersalin betul, adil, daen benar dallam bassa Maleyo, Amsterdam: Paulo Matthéo. Cite has empty unknown parameters:
|coeditors=
dan|coauthors=
(bantuan); External link in|title=
(bantuan) - ^ "Biblical Literature: Old Testament canon, texts, and versions » Texts and versions » Non-European versions". Encyclopædia Britannica. 2008. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessmonth=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan) - ^ Kruger, Dr. Th. Muller (1966). Sejarah Gereja Indonesia. Jakarta: Badan Penerbitan Kristen. m/s. 83–97. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Soesilo,Daud H. "A Bird's Eye View of the History of the Malay Bible Translation". Bible Society of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-21. Dicapai pada 2008-07-31.
- ^ Soesilo,Daud H. "The Revised Malay Bible". Bible Society of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-21. Dicapai pada 2008-07-31.
- ^ Soesilo,Daud H. "Malay and Indonesia Bible Translations". Bible Society of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-10. Dicapai pada 2008-07-31.