Kabinet Malaysia
Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri (Tulisan Jawi: جماعه منتري) ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.[1][2]
Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan Rakyat Malaysia. Walaupun Timbalan Menteri dan/atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu.[3]
Barisan kabinet, dan jumlah portfolionya bergantung besar terhadap kehendak Perdana Menteri.
Gaji pokok seorang menteri kabinet ialah RM14,907.20 manakala timbalannya mendapat RM10,847.65 sebulan.[4]
Kabinet Malaysia terkini
Kabinet baharu telah diumumkan pada 9 Mac 2020 oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengangkat sumpah pada 10 Mac 2020 di Istana Melawati, Putrajaya.
Menteri
Berikut merupakan kandungan kabinet pada 10 Mac 2020:[5]
BERSATU (11) BN (11) GPS (4) PAS (3) Bebas (2) PBS (1)
Timbalan Menteri
Berikut merupakan timbalan menteri pada 10 Mac 2020:
BERSATU (13) BN (13) PAS (5) GPS (4) STAR (1) Bebas (1) Kosong (1)
Portfolio | Penjawat | Parti | Kawasan parlimen | Penggal mula | Penggal tamat | |
---|---|---|---|---|---|---|
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri | Senator Datuk Lim Ban Hong | BN (MCA) | Senator | 10 Mac 2020 | Penyandang | |
Timbalan Menteri Pertahanan | Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz AP | PPBM | Tanah Merah | |||
Timbalan Menteri Kerja Raya | Kosong[6] | Kosong | Kosong | |||
Timbalan Menteri Pendidikan | Dato' Dr. Mah Hang Soon | BN (MCA) | Senator | |||
Muslimin Yahaya AP | PPBM | Sungai Besar | ||||
Timbalan Menteri Kewangan | Datuk Abd Rahim Bakri AP | PPBM | Kudat | |||
Mohd Shahar Abdullah AP | BN (UMNO) | Paya Besar | ||||
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri | Arthur Joseph Kurup AP
(Hal Ehwal Ekonomi) |
GBS (PBRS) | Pensiangan | |||
Datin Mastura Mohd Yazid AP
(Tugas Khas) |
BN (UMNO) | Kuala Kangsar | ||||
Datuk Shabudin Yahaya AP
(Parlimen dan Undang-undang) |
PPBM | Tasek Gelugor | ||||
Dato' Eddin Syazlee Shith AP
(Parlimen dan Undang-undang) |
PPBM | Kuala Pilah | ||||
Ahmad Marzuk Shaary AP
(Hal Ehwal Agama) |
PAS | Pengkalan Chepa | ||||
Dato' Hanifah Hajar Taib AP
(Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) |
GPS (PBB) | Mukah | ||||
Timbalan Menteri Pengangkutan | Hasbi Habibollah AP | GPS (PBB) | Limbang | |||
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air | Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad | BN (UMNO) | Senator | |||
Timbalan Menteri Sumber Manusia | Awang Solahudin Hashim AP | PAS | Pendang | |||
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan | Dato' Sri Dr. Edmund Santhara Kumar Ramanaidu AP | PPBM | Segamat | |||
Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga | Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff AP | PAS | Rantau Panjang | |||
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi | Dato' Dr. Mansor Othman AP | PPBM | Nibong Tebal | |||
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli | Ali Biju AP | PPBM | Saratok | |||
Timbalan Menteri Dalam Negeri | Dato' Sri Ismail Mohamed Said AP | BN (UMNO) | Kuala Krau | |||
Jonathan Yasin AP | PPBM | Ranau | ||||
Timbalan Menteri Kesihatan | Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali AP | PPBM | Bagan Serai | |||
Datuk Aaron Ago Dagang AP | GPS (PRS) | Kanowit | ||||
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan | Datuk Seri Ahmad Hamzah AP | BN (UMNO) | Jasin | |||
Dato' Che Abdullah Mat Nawi AP | PAS | Tumpat | ||||
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar | Dato' Abdul Rahman Mohamad AP | BN (UMNO) | Lipis | |||
Dato' Henry Sum Agong AP | GPS (PBB) | Lawas | ||||
Timbalan Menteri Luar Negeri | Dato' Kamarudin Jaffar AP | PPBM | Bandar Tun Razak | |||
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | Dato' Rosol Wahid AP | PPBM | Hulu Terengganu | |||
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia | Datuk Zahidi Zainul Abidin AP | BN (UMNO) | Kangar | |||
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Dato' Sri Dr. Ismail Abd Muttalib AP | BN (UMNO) | Maran | |||
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim AP | PAS | Kuala Terengganu | |||
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi | Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin AP | PPBM | Masjid Tanah | |||
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi | Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng AP | BN (MCA) | Tanjung Piai | |||
Willie Mongin AP | PPBM | Puncak Borneo | ||||
Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian | Kosong | |||||
Timbalan Menteri Perpaduan Negara | Senator Dato' Sri Ti Lian Ker | BN (MCA) | Senator | 5 Mei 2020 | ||
Timbalan Menteri Belia dan Sukan | Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal | PPBM | Senator | 10 Mac 2020 |
Perubahan
Di bawah Kabinet ini:
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dinamakan semula sebagai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
- Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk asalnya sebagai portfolio hal ehwal ekonomi.
- Satu kementerian tunggal iaitu Kementerian Pendidikan telah dibahagikan kepada dua kementerian berasingan. Kementerian Pengajian Tinggi telah digunakan semula.
- Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah disusun semula menjadi tiga kementerian yang berbeza, iaitu Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Alam Sekitar.
- Kementerian Alam Sekitar kemudiannya telah dijenamakan semula dengan memasukkan portfolio air dan menjadikannya sebagai Kementerian Alam Sekitar dan Air.[7]
- Kementerian Perpaduan Negara telah ditubuhkan sebagai hasil perpecahan portfolio perpaduan negara daripada Jabatan Perdana Menteri.
- Kementerian Industri Utama telah dinamakan semula sebagai Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi.
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dinamakan semula sebagai Kementerian Wanita dan Keluarga.
- Terdapat dua portfolio Jabatan Perdana Menteri yang ditambah iaitu Tugas-Tugas Khas dan Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.
- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dinamakan semula kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia
Rujukan
- ^ Hj. Mohd Jali, Nazaruddin, Redzuan, Ma'arof, Abu Samah, Asnarulkhadi & Hj. Mohd Rashid, Ismail (2003). Malaysian Studies: Nationhood and Citizenship (Kajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan), m.s. 73. Pearson Malaysia. ISBN 983-2473-91-8.
- ^ Perlembagaan Persekutuan Malaysia. "Perkara 43. Jemaah Menteri.".
- ^ Funston, John (2001). "Malaysia: Developmental State Challenged". In John Funston (Ed.), Government and Politics in Southeast Asia, pp. 173–175. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
- ^ "MPs can earn up to RM10,000 per month". The Star Online. 20 Mei 2013. Dicapai pada 20 Mei 2013.
- ^ "Senarai penuh Kabinet". BH Online. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-03-09.
- ^ Shahruddin letak jawatan timbalan menteri kerja raya, mahu perbetul ‘kesilapan’, Free Malaysia Today, Dicapai pada 4 Jun 2020
- ^ Pewujudan MEWA akan membolehkan sinergi antara dua aspek pengurusan air yang selama ini terpisah, iaitu sumber air dan perkhidmatan air
Pautan luar
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.