Chang Lih Kang
YB Tuan Chang Lih Kang (Cina mudah: 郑立慷; Cina tradisional: 鄭立慷; pinyin: Zhèng Lìkāng; Pe̍h-ōe-jī: Tēⁿ Li̍p-khóng, lahir 23 Oktober 1980) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Sains dan Teknologi Malaysia dan Ahli Parlimen Tanjong Malim. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.
Yang Berhormat Tuan Chang Lih Kang AP | |
---|---|
郑立慷 | |
![]() | |
Menteri Sains dan Teknologi Malaysia | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Arthur Joseph Kurup |
Didahului oleh | Adham Baba |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Tanjong Malim, Perak | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat | |
Memegang jawatan 2022 Berkhidmat dengan Amirudin Shari, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Aminuddin Harun | |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak | |
Memegang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Farhash Wafa Salvador |
Ketua PKR Cabang Tanjong Malim | |
Memegang jawatan 2022 | |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk N45 Teja | |
Dalam jawatan 2008–2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 175 |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ipoh, Perak | 23 Oktober 1980
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Chong Lai Chan @ Zhuang Li Zhen (庄丽珍) |
Anak-anak | 2 |
Alma mater | Universiti Putra Malaysia Universiti Nasional Singapura |
Chang Lih Kang di Facebook |
Kerjaya politik sunting
Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Yeu Sau Kham dengan majoriti sebanyak 175 undi. Beliau memperolehi 6533 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 6358 undi. Pada pilihanraya umum 2013, Chang berjaya mengekalkan kemenangan kerusi Teja dengan mengalahkan lawannya dengan majoriti yang lebih besar, iaitu sebanyak 2082 undi.[1]