Aminuddin Harun
YAB Dato' Seri Aminuddin Harun merupakan seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang ke-8 bermula 12 Mei 2018, ketua Pakatan Harapan Negeri Sembilan dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk DUN Sikamat.[1]
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Aminuddin Harun SSNS (NS) | |
---|---|
Menteri Besar Negeri Sembilan | |
Memegang jawatan 12 Mei 2018 | |
Raja | Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir |
Didahului oleh | Mohamad bin Hasan |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Sikamat | |
Memegang jawatan 2008 | |
Didahului oleh | Md Yusop Harmain Shah |
Majoriti | 3,413 |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan | |
Memegang jawatan 2018 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan | 2 Januari 1967
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof |
Anak-anak | 3 lelaki, 2 perempuan |
Kediaman | Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Jalan Keliling, Seremban |
Pekerjaan | Ahli politik |
Latar belakangSunting
Aminuddin telah dilahirkan pada 2 Jan 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan.[2]
Beliau telah menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.
Beliau kemudiannya bertugas sebagai pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah dari 1991 hingga 1995. Pada 1995, beliau menyertai syarikat Golden Hope Furniture Sdn Bhd sebagai ketua pengurusan pengeluaran dan kemudian di MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd sebagai Eksekutif Senior dari 1996 sehingga 2008 sebagai ketua bahagian jualan, jawatankuasa pengurusan, panel siasatan dalaman dan auditor ISO/TS 16949:2002.[2]
Sebelum menyertai PKR pada 1999, Aminuddin merupakan anggota UMNO dan pernah menjadi setiausaha UMNO Cawangan Kampung Pachitan (1995-1998) serta Setiausaha Pemuda UMNO DUN Jimah (1997-1998).
Aminuddin ialah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat sejak 2008. Kemudian, beliau menganggotai Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak 2014 dan turut aktif dalam badan bukan kerajaan seperti Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia.
Berikutan kemenangan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 12 Mei 2018 di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.
KeluargaSunting
Beliau telah berkahwin dengan Wan Hasni Wan Yusof dan memiliki lima orang anak iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan.[2]
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Aminuddin Harun (PKR) | 6,036 | 51.02% | Md Yusop Harmain Shah (UMNO) | 5,537 | 46.80% | 11,830 | 499 | 76.37% | ||
2013 | Aminuddin Harun (PKR) | 8,584 | 50.63% | Wan Salwati Abdullah (UMNO) | 8,074 | 47.62% | 16,954 | 510 | 86.30% | ||
2018 | Aminuddin Harun (PKR) | 9,832 | 47.30% | Syamsul Amri Ismail (UMNO) | 6,419 | 30.90% | 17,858 | 3,413 | 85.90% | ||
Rahim Yusof (PAS) | 1,331 | 6.40% | |||||||||
Bujang Abu (BEBAS) | 15 | 0.10% |
RujukanSunting
- ^ "Pakatan Harapan announces state chiefs".
- ^ a b c Bernama (12 Mei 2018). "Aminuddin angkat sumpah MB NS kelapan". Malaysiakini. Dicapai pada 12 Mei 2018.
- ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 9 April 2008. Dicapai pada 10 Januari 2010. Parameter
|dead-url=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) Termasuk keputusan pilihan raya 2004. Keputusan dari pilihan raya awam tidak didapati. - ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 19 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.Results only available for the 2013 election.
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkib daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Parameter
|deadurl=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 October 2014.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.