Mohamad bin Hasan
YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (lahir pada 2 Mei 1956 di Rembau, Negeri Sembilan) juga dikenali sebagai Tok Mat ialah Menteri Besar Negeri Sembilan sejak Mac 2004 sehingga Mei 2018. Pelantikan semula beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menandakan penggal ke-3 jawatannya. Di peringkat akar umbi, beliau ialah Timbalan Presiden UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan juga ialah Ketua UMNO Bahagian Rembau.[1] Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan merupakan ADUN Rantau sejak 2004.
Mohamad bin Haji Hassan PSD; SPNS (NS); DSSA (Sel); DSNS (NS) | |
---|---|
محمد بن حسن | |
![]() | |
Menteri Pertahanan Malaysia | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Rembau, Negeri Sembilan | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Sembilan | |
Memegang jawatan 2 Julai 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk N27 Rantau | |
Memegang jawatan 21 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Abd Ghani Hassan |
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional | |
Memegang jawatan 30 Jun 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Timbalan Presiden UMNO (Menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO mulai 18 Disember 2018 - 29 Jun 2019) | |
Memegang jawatan 30 Jun 2018 | |
Presiden | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() Menjalankan tugas |
Menteri Besar Negeri Sembilan ke-5 | |
Dalam jawatan 25 Mac 2004 – 9 Mei 2018 | |
Raja | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Butiran peribadi | |
Lahir | ![]() | 2 Mei 1956
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Raja Datin Seri Utama Salbiah binti Tengku Nujumudin |
Pekerjaan | Ahli korporat, Ahli politik |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2022 |
Latar belakang sunting
Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan, pada 2 Mei 1956.
Pendidikan sunting
Mohamad menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau, dan menyambungkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau. Selepas menyelesaikan pendidikan menengah, beliau terus ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban, dan kemudian melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1976.
Kerjaya awal sunting
Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, termasuk Penolong Pengurus di Malayan Banking Berhad, dan Pengurus di Arab Malaysian Merchant Bank Berhad. Mohamad kemudiannya berpindah kerjaya ke Bank Bumiputra Malaysia Berhad, dan pernah bertugas sebagai Pengurus Besar Bank Bumiputra London (1988-1992). Selepas berkecimpung dalam dunia perbankan, beliau berpindah ke sektor korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994). Jawatan terakhirnya di sektor korporat ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004).
Selain daripada itu, Mohamad juga pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad, dan juga sebagai Pengerusi Kumpulan FIMA Berhad, serta Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit (SIC).
Politik sunting
Menteri Besar sunting
Setelah memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Dato' Seri Utama Haji Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Beliau juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.
UMNO sunting
Mohamad telah berjaya memenangi kerusi sebagai Timbalan Presiden UMNO pada Pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2018 dengan menewaskan Annuar Musa. Ia sekaligus menggantikan Hishammuddin Hussein yang menjalankan tugas tersebut selepas Ahmad Zahid Hamidi, dan penyandang asal, Muhyiddin Yassin yang dipecat dari UMNO pada 24 Jun 2016 lalu.[2]
Pada 18 Disember 2018, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Dato' Seri Utama Mohamad Hasan dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO berikutan beliau ingin memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang masih dalam tempoh perbicaraan[3]
Beliau telah menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO dan telah berjaya membawa kemenangan kerusi Parlimen Cameron Highlands kepada Dato' Ramli Mohd Nor dalam Pilihan raya kecil Cameron Highlands 2019.[4]
Keputusan pilihan raya sunting
Tahun | Penyandang | Undi | Peratus | Penentang | Undi | Peratus | Jumlah pengundi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Mohamad Hasan (UMNO) | 8,031 | 79.30% | Badrulhisham Shaharin (KeADILan) | 1,832 | 18.09% | 10,127 | 6,199 | 72.77% | ||
2008 | Mohamad Hasan (UMNO) | 7,739 | 66.17% | Aisah Lamsah (PKR) | 3,956 | 33.83% | 12,216 | 3,783 | 80.77% | ||
2013 | Mohamad Hasan (UMNO) | 10,126 | 64.75% | Aisah Lamsah (PKR) | 5,513 | 35.25% | 15,878 | 4,613 | 87.09% | ||
2018 | Mohamad Hasan (UMNO) 1 | Kosong | Kosong | Menang tanpa bertanding | Kosong | Kosong | Kosong | Kosong | Kosong | ||
2019 | Mohamad Hasan (UMNO) | 10,379 | 63.18% | Streram Sinnansamy (PKR) | 5,887 | 35.84% | 16,428 | 4,510 | 79.30% | ||
Malar Rajaram (BEBAS) | 83 | 0.50% | |||||||||
Mohd Nor Yassin (BEBAS) | 79 | 0.48% |
Nota: 1 Pada 16 September 2018, Mahkamah Pilihan Raya telah menjatuhkan keputusan bahawa kemenangan Mohamad Hasan (menang tanpa bertanding) pada PRU 14 tidak diiktiraf dan mengarahkan agar Pilihan raya kecil perlu diadakan semula.
Tahun | Kawasan Persekutuan | Undi | Peratus | Penentang | Undi | Peratus | Buang undi | Majoriti | Peratus unjuran | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | P131 Rembau, Negeri Sembilan | Mohamad Hasan (UMNO) | 53,075 | 48.50% | Julfitri Joha (PKR) | 33,178 | 30.32% | 109,436 | 19,897 | 81.94% | ||
Mohd Nazree Mohd Yunus (BERSATU) | 21,875 | 19.99% | ||||||||||
Ramly Awalludin (PEJUANG) | 529 | 0.48% | ||||||||||
Tinagaram Subramaniam (PSM) | 779 | 0.71% |
Anugerah sunting
Anugerah di Malaysia sunting
- Malaysia :
- Panglima Setia Diraja (PSD) – Datuk (1999)[12]
- Negeri Sembilan :
- Selangor :
- Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) – Dato' (1999)[13]
Lihat juga sunting
Rujukan sunting
- ^ Biografi MB | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan Dicapai 8 Julai 2014.
- ^ Mohamad Hasan menang Timbalan Presiden UMNO
- ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/12/21/mohamad-promises-credible-effective-opposition-from-umno/ Diarkibkan 2018-12-30 di Wayback Machine Dicapai pada 22 Disember 2018
- ^ PRK Cameron Highlands: Ramli cipta sejarah
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017. Angka peratusan berdasarkan based jumlah keluar undi.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya 2004.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Piliha Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah undi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah undi.
- ^ a b c "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa. Prime Minister's Department (Malaysia). Dicapai pada 27 February 2020.
- ^ "DSSA 1999". awards.selangor.gov.my.
Pautan luar sunting
- Biografi MB di N9 Kini
- Mohamad bin Hasan di Facebook
- Mohamad bin Hasan di Instagram
- Mohamad bin Hasan di Twitter
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Negeri Sembilan 25 Mac 2004 – 9 Mei 2018 |
Penyandang Kemudian |
Tan Sri Isa Abdul Samad | Aminuddin Harun |