Datuk, Dato' atau Dato merupakan gelaran kehormat di rantau Nusantara merangkumi Indonesia, Malaysia dan Brunei; ia boleh dianugerahkan melalui warisan mahupun secara rasmi oleh ketua negara atau negeri seperti Yang Di-Pertuan Agong, Sultan, dan Yang Dipertua Negeri kepada orang dikurniakan pingat atau bintang kebesaran tertentu sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara.[1] Di Brunei, terdapat juga gelaran Datu atas penganugerahan gelaran pembesar diraja dalam golongan Manteri.

PenggunaanSunting

Terdapat perbezaan dari segi ejaan dalam penggunaan gelaran ini serata Nusantara. Secara amnya, gelaran dengan ejaan "Datuk" didapati di kedua-dua Malaysia dan Indonesia, "Dato'" dengan tanda ' khusus digunakan di Malaysia sementara "Dato" digunakan di Brunei. Walau bagaimanapun, isteri kepada penerima mana-mana gelaran tersebut diberi gelaran "Datin".

IndonesiaSunting

Gelaran ini didapati dalam budaya Minangkabau melalui pelafalan ia dalam dialek bahasa suku tersebut iaitu "Datuak", ia adalah gelar adat yang diberikan kepada seseorang melalui kesepakatan suatu kaum atau suku yang ada di wilayah Minangkabau (provinsi Sumatra Barat sekarang) dan selanjutnya disetujui sampai ke tingkat rapat adat oleh para tokoh pemuka adat setempat (Kerapatan Adat Nagari, biasa disingkat dengan KAN).

Sebelum gelar ini disandang seseorang, mesti dilakukan suatu upacara adat atau malewakan gala (Bahasa Minang), dengan sekurangnya memotong seekor kerbau dan kemudian diadakan jamuan makan. Dan jika calon Datuk tersebut tidak mampu untuk mengadakan acara tersebut, maka dia tidak berhak untuk menyandang gelar Datuk tersebut.

Pewarisan gelar Datuk dalam tradisi Minangkabau, berbeda dengan tradisi Melayu yang lain, gelar datuk dapat diwariskan menurut sistem matrilineal. Bila seorang Datuk meninggal dunia, gelar Datuk tersebut dapat diberikan kepada saudara laki-lakinya, atau keponakan (kemenakan) yang paling dekat hubungan kekerabatannya dari garis ibu.

MalaysiaSunting

Gelaran dengan ejaan 'Datuk' diberikan kepada individu yang telah dianugerahi pingat oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah, sementera gelaran dengan ejaan "Dato'" dianugerahkan oleh Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Penggunaan gelaran 'Dato' / Datuk' di Malaysia
Pemberi darjah Nama darjah kebesaran Singkatan Gelaran dipakai
Malaysia Panglima Jasa Negara PJN Datuk
Panglima Setia Diraja PSD Datuk
Perlis Darjah Dato' Bendahara Seri Jamalullail DBSJ Dato’ Bendahara Seri Diraja Negara
Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail SSSJ Dato’ Seri Diraja
Darjah Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail SPSJ Dato’ Seri Setia Diraja
Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis SPMP Dato' Seri
Darjah Dato' Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail DSSJ Dato' Paduka
Darjah Dato' Wira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail DWSJ Dato' Wira
Darjah Dato' Paduka Mahkota Perlis DPMP Dato'
Darjah Dato' Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail DSPJ Dato'
Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail DPSJ Dato'
Kedah Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati DMK Dato' Seri Utama
Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Yang Amat Dihormati SSSK Dato' Seri Diraja
Darjah Paduka Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati DPSS Dato' Paduka
Darjah Datuk Setia Sultan Sallehuddin Kedah DSSS Dato'
Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah SPMK Dato' Seri
Dato' Paduka Mahkota Kedah DPMK Dato'
Darjah Seri Setia Diraja Kedah SSDK Dato' Seri
Darjah Dato' Setia Diraja Kedah DSDK Dato'
Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati DGMK Dato' Wira
Perak Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah SPSN Dato' Seri Diraja
Darjah Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini SPCM Dato' Seri
Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak SPMP Dato' Seri
Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari SPTS Dato' Seri Panglima
Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini DPCM Dato'
Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak DPMP Dato'
Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari DPTS Dato' Pahlawan
Kelantan Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I) SPMK Dato'
Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili I) SJMK Dato'
Darjah Seri Paduka Kesateria Mahkota Kelantan (Al-Yahyawi I) SPKK Dato'
Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi I) SPSK Dato'
Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi II) DPMK Dato'
Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili II) DJMK Dato'
Darjah Dato' Paduka Kesateria Mahkota Kelantan (Al-Yahyawi II) DPKK Dato'
Darjah Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi II) DPSK Dato'
Terengganu Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu SUMZ Dato' Seri Utama
Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu SSMZ Dato Seri
Seri Paduka Mahkota Terengganu SPMT Dato'
Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu DSMZ Dato'
Dato' Paduka Mahkota Terengganu DPMT Dato'
Pahang Peringkat Utama Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang SDSA Dato’ Sri Diraja
Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang SSAP Dato' Sri
Peringkat Kedua Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang DSAP Dato’
Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang SIMP Dato' Indera
Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang DIMP Dato'
Selangor Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor SPMS Dato' Seri / Datin Paduka Seri
Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah SSIS Dato' Setia / Datin Paduka Setia
Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor DPMS Dato' / Datin Paduka
Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah DSIS Dato' / Datin Paduka
Negeri Sembilan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan SUNS Dato' Seri Utama
Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang SSTM Dato' Seri
Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang SSNS Dato' Seri
Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan DSNS Dato'
Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan DPNS Dato'
Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang DSTM Dato'
Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan DBNS Dato'
Johor Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) SPMJ Dato' / Datin Paduka
Pangkat Kedua Dato’ Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J) DPMJ Dato' / Datin Paduka
Pangkat Pertama Dato’ Seri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) SMIJ Dato' / Datin Paduka
Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) DMIJ Dato' / Datin Paduka
Pulau Pinang Darjah Utama Pangkuan Negeri DUPN Dato' Seri Utama
Darjah Panglima Pangkuan Negeri DPPN Dato' Seri
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri DGPN Dato' Seri
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri DMPN Dato'
Darjah Setia Pangkuan Negeri DSPN Dato'
Melaka Darjah Utama Negeri Melaka DUNM Datuk Seri Utama
Darjah Gemilang Seri Melaka DGSM Datuk Seri
Darjah Cemerlang Seri Melaka DCSM Datuk Wira
Darjah Mulia Seri Melaka DMSM Datuk
Darjah Pangkuan Seri Melaka DPSM Datuk
Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu SPDK Datuk Seri Panglima
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu PGDK Datuk
Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang DP Datuk Patinggi
Datuk Amar Bintang Kenyalang DA Datuk Amar
Panglima Negara Bintang Sarawak PNBS Dato' Sri
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang PGBK Datuk
Darjah Jasa Bakti Sarawak DJBS Datu
Panglima Setia Bintang Sarawak PSBS Dato'
Wilayah Persekutuan Seri Utama Mahkota Wilayah SUMW Datuk Seri Utama
Seri Mahkota Wilayah SMW Datuk Seri
Panglima Mahkota Wilayah PMW Datuk

BruneiSunting

Dato

"Dato" ialah pangkal gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan kepada individu yang telah dianugerahkan bintang-bintang kebesaran tertentu. Gelaran sebenar adalah "Dato" sentiasa diikuti dengan frasa tambahan mengikut bintang kebesaran dan darjahnya. Contoh gelaran Dato adalah "Dato Seri Setia", "Dato Laila Utama", "Dato Hamzah Pahlawan" dan "Dato Paduka".[2] Bagi penerima perempuan, "Dato" adalah digantikan dengan "Datin". Tidak semua orang yang telah dianugerahkan bintang kebesaran diberi gelaran Dato.

Datu

Dalam sistem gelaran pembesar diraja Brunei, "Datu" adalah pangkal gelaran bagi beberapa gelaran Manteri iaitu golongan pembesar selepas Cheteria dan yang terbawah sekali dalam hierarki tersebut. Gelaran sebenar adalah "Datu" sentiasa diikuti dengan frasa tambahan, contohnya "Datu Mahawangsa", "Datu Laila Diraja" dan "Datu Ratna".[3] Walau bagaimanapun, "Datu" juga wujud sebagai sebahagian daripada gelaran berpangkal "Pehin", juga dalam golongan Manteri, seperti "Pehin Datu Singamanteri", "Pehin Datu Amar Setia Diraja" dan "Pehin Datu Imam".[3]

Penggunaan gelaran Dato' di Brunei
Nama Darjah Singkatan Gelaran
Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati - DK Dato Laila Utama
Darjah Kerabat Seri Utama Yang Amat Dihormati - DK Dato Seri Utama
Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Pertama PSSUB Dato Paduka Seri Setia
Darjah Kedua DSSUB Dato Seri Setia
Darjah Paduka Laila Jasa Keberanian Gemilang Yang Amat Cemerlang Darjah Pertama DPKG Dato Paduka Seri
Darjah Kedua DLKG Dato Laila
Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama DPKT Dato Paduka Seri
Darjah Kedua DKLT Dato Laila
Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama PSPNB Dato Seri Pahlawan
Darjah Kedua DHPNB Dato Hamzah Pahlawan
Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama PSNB Dato Seri Setia
Darjah Kedua DSNB Dato Setia
Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Pertama PSLJ Dato Paduka Seri Laila Jasa
Darjah Kedua DSLJ Dato Seri Laila Jasa
Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama SPMB Dato Seri Paduka
Darjah Kedua DPMB Dato Paduka

Lihat jugaSunting

  • Datu - gelaran seakar

RujukanSunting

  1. ^ "Datuk", Pusat Rujukan Persuratan Melayu: Kamus Bahasa Melayu, DBP. Diambil pada 12-04-2011
  2. ^ "Senarai Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. Dicapai pada 2018-01-31.
  3. ^ a b Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. halaman 579–592. ISBN 9991734228.

Pautan luarSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.