Pingat (Jawi: ڤيڠت) atau medali (Jawi: مدالي‎, [mĕ.da.li]) ialah sejenis kepingan logam kecil nipis lazimnya berbentuk bulat atau bujur yang diukir mahupun ditempakan suatu rupa lambang termasuk insignia atau potret. Barang jenis ini sering dihadiahkan atau dikurniakan orang atau badan tertentu mengiktiraf pencapaian seseorang dalam apa jua bidang (termasuk dalam dunia ketenteraan, kenegaraan, kesukanan dan sebagainya) dipakai orang dianugerahkan, mahupun dilancarkan memperingati individu atau peristiwa tertentu. Pingat-pingat ini dahulu , atau sebagai karya lambang seni untuk diri sendiri.

Bahagian depan medal yang diedarkan oleh famili Cecilia Gonzaga kepada sekutu politik, satu amalan biasa dalam Zaman Pembaharuan Eropah. Direka oleh Pisanello pada tahun 1447.
Bahagian belakang medal yang sama, salinan ini dengan lubang pengantungan ditambah kemudian (didalam rekaan bulan sabit).

Etimologi sunting

Kata pingat dari penyingkatan kata pengingat; kamus Buku Katan terbitan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor tahun 1936 memberi takrifan lengkap terawal kata ini sebagai "tanda ingatan dijadikan daripada leburan keadaannya seperti ringgit".[1]

Medali pula meminjam dari kata bahasa Belanda medaille[2][3] serapan kata Perancis médaille turunan Latin medalia.[2]

Pingat dan bintang ketenteraan sunting

Pingat ketenteraan, anugerah perkhidmatan, dan medal sering dikelirukan antara satu sama lain. Anugerah kebesaran ialah istilah bagi anugerah yang memerlukan tindakan tertentu kepahlawanan atau pencapaian (seperti Victoria Cross British atau Silver Star Amerika), manakala anugerah perkhidmatan atau medal kempen dikurniakan untuk perkhidmatan dalam kapasiti tertentu dalam kawasan geografi dan rangka masa tertentu (seperti Pingat Kempen Iraq). Walau apapun, anugerah atau bintang kebesaran boleh dikurniakan sebagai pingat.

Republik Rom mengguna pakai sistem terperinci anugerah tentera yang mengandungi pingat-pingat yang dipanggil phalerae untuk dikurniakan kepada askar dan unit tentera kerana pelbagai pencapaian. Amalan itu telah dihidupkan semula dalam zaman Moden Awal, dan pingat mula dipakai pada dada sebagai sebahagian daripada standard uniform tentera. Kongres Kontinental Amerika Syarikat mengurniakan Fidelity Medallion (Pingat Kesetiaan) seawal tahun 1780, kepada 3 orang tertentu dalam peristiwa tertentu, sebagai anugerah sekali sahaja, yang merupakan ciri-ciri awal pingat kebesaran. Pada tahun 1782, Badge of Military Merit telah diwujudkan, dan semuanya dikurniakan kepada tentera bukan pegawai. Légion d'honneur dizahirkan oleh Napoleon Bonaparte pada tahun 1802 mempunyai beberapa ciri darjah kebesaran tentera lama, tetapi bertujuan menjadi lebih inklusif, dan telah dikurniakan kepada barisan askar sempena keberanian atau khidmat yang luar biasa. Negara-negara lain pula mengikuti apabila pihak British mengurniakan Army Gold Medal bermula tahun 1810, namun ia hanya diberikan kepada pegawai-pegawai kanan, dan pihak Prusia mengurniakan Iron Cross bermula tahun 1813. Pingat tidak dikurniakan kepada semua pejuang dalam sesuatu peperangan atau pertempuran sehingga abad ke-19, apabila Waterloo Medal merupakan pingat pertama British diberikan pada semua yang terlibat, dalam Pertempuran Waterloo dan semua kempen berkaitan pada tahun 1815. Menjelang pertengahan abad ke-19, bilangan anugerah yang digunakan telah berkembang pesat di kebanyakan negara yang menuju ke era moden.

 
Jenis-jenis Medal of Honor Amerika Syarikat. Setiap medal direka dengan bentuk bintang yang unik.

Darjah kebesaran lebih cenderung menjadi pingat bintang tentera yang paling teliti, secara tipikal dikurniakan bagi khidmat cemerlang untuk sesebuah negara atau untuk kebaikan manusia seluruhnya. Darjah kebesaran berbeza daripada mana-mana bentuk pingat kebesaran yang mereka sering tandakan keahlian dalam sesebuah pertubuhan atau persatuan lain yang telah menerima anugerah yang sama. Dua daripada darjah yang terkenal dan biasa dikurniakan ialah Légion d'honneur Perancis (tentera dan awam) dan Order of the British Empire awam. Amalan mengurniakan darjah kebesaran berasal dari persaudaraan kesatria di zaman pertengahan, sesetengah masih wujud dan masih dikurniakan. Sementara darjah yang paling moden tiada punca dalam kesatriaan, mereka masih cenderung membawa syarat-syarat rakan sejawatan mereka, dan syarat-syarat seperti knight, commander, officer, members, dan seterusnya masih didapati sebagai kelas atau pangkat. Darjah tentera boleh menggunakan pingat sebagai insignianya, bagaimanapun, lebih cenderung mempunyai satu lencana unik atau sejenis plak yang direka khas sebagai lambangnya.

Medal of Honor ialah pingat ketenteraan tertinggi yang dikurniakan Kerajaan Amerika Syarikat, dan merupakan satu contoh pingat bintang yang dimodelkan sebagai darjah ketenteraan, walaupun tidak secara nyata mentakrifkan dirinya sebagai satu. Ia dikurniakan pada anggota Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang cemerlang, "menonjolkan diri dengan keberanian luar biasa dan telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan dalam peperangan menentang musuh Amerika Syarikat."[4] Setiap tiga cabang utama angkatan tentera Amerika mempunyai pingat unik yang memaparkan lencana heraldic yang berbentuk bintang. Pingat Tentera Darat A.S. menggambarkan kepala Minerva, pingat Tentera Laut A.S. menunjukkan tempat kejadian Minerva berperang dengan Discord, manakala Tentera Udara A.S. memaparkan Patung Liberty diatas pingatnya.

Bintang kebesaran tentera, termasuk pingat dan darjah, biasanya disampaikan kepada penerima didalam satu majlis rasmi. Pingat lazimnya dipakai pada majlis-majlis rasmi dan digantung dengan reben mengikut warna tertentu pada sebelah kiri dada, manakala bar reben hendaklah dipakai pada acara-acara biasa yang mana pingat dianggap tidak sesuai atau tidak praktikal untuk dipakai.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd. Said bin Haji Sulaiman (1936). "pingat". Buku Katan (ed. dirumikan, 2002). Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (asal), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 482. ISBN 9789836252272.
  2. ^ a b "medaille - (gedenkpenning, erepenning)". EtymologieBank., memetik:
    • van der Sijs, Nicoline (2010). "medaille". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "medaille". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  3. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "mĕdali". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 607 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  4. ^ "Code of Federal Regulations". Department of the Army. Dicapai pada 27 November 2009.

Sumber utama sunting

Pautan luar sunting