Yang di-Pertua Negeri Melaka

Yang di-Pertua Negeri Melaka merupakan ketua dan pemerintah bagi Negeri Melaka. Beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Melaka sebagaimana Perlembagaan Negeri Melaka.

Yang di-Pertua Negeri Melaka
Penyandang
Tun Ali Mohd Rustam
sejak 4 Jun 2020
GelaranTuan Yang Terutama
KediamanIstana Melaka
Bukit Beruang
Bandaraya Melaka
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong
Penjawat sulungLeong Yew Koh
Dibentuk31 Ogos 1957
Tapak webwww.tytmelaka.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Negeri dan membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan beberapa fungsi seperti melantik Ketua Menteri dan menangguh dari memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.

Persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri adalah diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

Melaka mempunyai Sultan tetapi hak beliau untuk kembali bertakhta kembali dinafikan oleh Kerajaan Malaysia. Sebaliknya Yang Di-Pertua Negeri dilantik untuk mengetuai negeri ini sekaligus menjadi ahli Majlis Raja-Raja. Setiap mesyuarat yang dihadirinya akan diiringi oleh Ketua Menteri Melaka. Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong dan tidak boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Senarai Yang di-Pertua Negeri Melaka sunting

No. Yang di-Pertua Negeri Mula Tamat
1 Tun Leong Yew Koh 31 Ogos 1957 30 Ogos 1963
2 Tun Abdul Malek bin Yusof 31 Ogos 1963 30 Ogos 1971
3 Tun Dato' Dr Haji Abdul Aziz Abdul Majid 31 Ogos 1971 10 Mei 1976
4 Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan 25 Mei 1976 30 November 1984
5 Tun Dato' Seri Utama Syed Ahmad Bin Syed Mahmud Shahabuddin 4 Disember 1984 3 Jun 2004
6 Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob 4 Jun 2004 4 Jun 2020
7 Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam 4 Jun 2020 kini

Rujukan sunting