Tan Sri

gelaran kehormat

Tan Sri adalah gelaran kedua tertinggi di peringkat Persekutuan Malaysia yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas gelaran Tun. Ia adalah gelaran bagi mereka yang menerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua, Panglima Mangku Negara bagi kelas pertama dan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua, Panglima Setia Mahkota bagi kelas kedua.[1]

Sejarah sunting

Ketika permulaan pengurniaan darjah kebesaran ini, gelaran Dato' telah digunakan bagi penerima. Setelah itu, kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk memberikan gelaran baharu untuk membezakan Darjah Kebesaran Persekutuan dan Darjah Kebesaran Negeri.

Pada mulanya, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penggunaan gelaran Tan. Beliau mengambil gelaran Tan hasil kajiannya daripada buku-buku hikayat asli Melayu semasa pembikinan filem “Raja Bersiong” yang ditulis oleh beliau.

Para penggiat bahasa ketika itu, termasuklah Pendeta Za'aba telah mencadangkan penggunaan Tan Seri kerana ia mengikut hukum bahasa. Bagaimanapun, Jabatan Perdana Menteri Malaysia telah memutuskan untuk menggunakan Tan Sri sebagai gelaran baharu.

Gelaran Tan Sri diwartakan pada 12 April 1966 yang lalu.[2]

Penerima terkenal sunting

Panglima Mangku Negara sunting

Panglima Setia Mahkota sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting