Noor Hisham Abdullah

pakar bedah dan ketua pengarah kesihatan Malaysia dari 2013 hingga 2023

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Noor Hisham bin Abdullah (Jawi: نور هشام بن عبدالله; lahir Yew Ming Seong; 21 April 1963)[2][3][4] ialah seorang pakar bedah Malaysia dan bekas Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia dari 2013 hingga 2023.[5] Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia. Beliau paling dikenali sebagai Kapten yang mengetuai Malaysia dalam memerangi wabak COVID-19.[6]


Noor Hisham Abdullah

PSM, PJN; SPMS (Selangor); SPMP (Perlis);
SSAP (Pahang); SSNS (Negeri Sembilan);
DMPN (Pulau Pinang); DPMP (Perlis); KMN
Noor Hisham pada tahun 2018
Pengerusi
Institut Jantung Negara
Memegang jawatan
1 Disember 2023
Raja Johor Sultan Ibrahim Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim
Didahului olehDatuk Dr Abdul Rozali A Wathooth
Pengerusi
Kumpulan Kesihatan UCSI
Memegang jawatan
1 Oktober 2023
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim
Didahului olehDato Peter Ng
Ketua Pengarah
Kesihatan Malaysia
Dalam jawatan
1 Mac 2013 – 21 April 2023
Perdana Menteri
Menteri
Didahului olehDatuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman
Digantikan olehDatuk Dr Muhammad Radzi Abu Hasan
Butiran peribadi
LahirYew Ming Seong[1]
(1963-04-21) 21 April 1963 (umur 61)
Sepang, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganPuan Sri Nik Suwaida Haji Nik Mohd Mohyideen
Anak-anak6
HubunganHaji Nik Mohd Mohyideen Wan Musa (bapa mentua)
ProfesionDoktor, pakar bedah

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan dengan nama asalnya Yew Ming Seong di Sepang, Selangor pada 21 April 1963 dalam sebuah keluarga berbangsa Cina.[1] Beliau ialah anak kedua daripada tiga beradik dan menghabiskan zaman kanak-kanaknya di perkampungan Fuzhou di Sungai Pelek. Beliau telah dibesarkan oleh ibunya yang berstatus ibu tunggal dan tinggal di pangsapuri San Peng, Pudu, Kuala Lumpur di mana beliau memperoleh pendidikannya di Sekolah Menengah Methodist KL. Beliau berjalan menuju ke sekolah di Sentul bersama adik bongsunya. Akibat keadaan keluarganya yang serba kekurangan, Yew telah dijaga oleh Ustaz dan pengetua di Kolej Islam Klang (KIK) di mana beliau menyambung pelajarannya.[7]

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkahwin dengan anak perempuan bapa angkatnya dan ketika itulah beliau menukar namanya dari Yew Ming Seong kepada Noor Hisham Abdullah.[1]

Kerjaya sunting

Tan Sri Dr. Noor Hisham dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013 menggantikan Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman.[8] Setelah memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008, Dato' Seri Dr Hisham ialah pakar bedah dan pentadbir yang terlatih. Beliau juga merupakan pakar bedah kanan dan pakar bedah endokrin di Hospital Putrajaya. Dato' Seri Dr Hisham menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan pada bulan Ogos 1988. Beliau kemudiannya menjadi pakar dalam pembedahan endokrin dan melakukan latihannya di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney di Australia. Beliau mempunyai banyak penerbitan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa dan menulis banyak bab teks dalam pembedahan endokrin. Kepakarannya adalah dalam kanser endokrin payudara dan beliau memberikan kepemimpinan dalam pelbagai pembelajaran dan program jangkauan kesihatan yang inovatif untuk semua Malaysia. Pada Ogos 2017, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Eksekutif Komuniti Pakar Bedah Antarabangsa (ISS) selama lima tahun (2017–2019, 2019–21).[9] Pada 2020, beliau dan Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr. Adham Baba (yang sebelum itu disandang Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad) bertanggungjawab dalam menangani wabak COVID-19 yang menular di Malaysia.[10]

Pada 3 April 2020, Noor Hisham Abdullah terpilih untuk menyertai Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19 dalam usaha memerangi penyakit itu di tahap yang lebih tinggi.[11] Beliau juga dinamakan sebagai 'Manusia paling popular' oleh Sinar Harian dalam sebuah rencana pada 5 April 2020.[12] Noor Hisham Abdullah terus mendapat perhatian apabila pada 15 April 2020 beliau diiktiraf oleh China Global Television Network (CGTN) yang menampilkan 3 tokoh doktor terbaik dalam menangani pandemik COVID-19 ketika dalam jawatan, bersama-sama Anthony Fauci dan Ashley Bloomfield.[13]

Pada 4 Julai 2020, Noor Hisham dianugerahkan "Alumni Paling Terkenal 2019" oleh Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.[14] Pada 17 Julai 2020, beliau menerima Anugerah BrandLaureate oleh Yayasan Jenama Dunia untuk Kecemerlangan Jenama Kepimpinan 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia turut mendapat anugerah berkenaan untuk sijil pengiktirafan dan penghargaan untuk meratakan lengkung.[15][16][17]

Pada 19 Ogos 2020, beliau menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah, Noor Hisham juga mengatakan bahawa kerjasama adalah penting bagi menyelamatkan negara. "Saya berasa terharu dan teruja menerima anugerah ini. Tapi saya mewakili KKM dan kakitangan yang bekerja di sebalik tabir untuk menjalankan tugas memutuskan penularan jangkitan Covid-19".[18]

Pada Oktober 2020, Noor Hisham membuat penampilan khas sebagai watak aniamsi bersama-sama watak-watk daripada siri animasi BoBoiBoy dalam iklan pesanan khidmat masyarakat selama seminit untuk memberi peringatan kepada rakyat Malaysia mengenai langkah untuk mencegah jangkitan wabak COVID-19.[19] Beliau juga telah dinamakan antara trio wira COVID-19 oleh akhbar Singapura, The Independent.[20]

Kehidupan peribadi sunting

Noor Hisham berkahwin dengan Nik Suwaida Nik Mohyideen dan dikurniakan enam anak, iaitu empat anak lelaki dan dua anak perempuan.[21]

Kontroversi sunting

Pada tahun 2018, Noor Hisham dikritik kerana ciapan tweet pro-Barisan Nasional semasa kempen pilihan raya umum ke-14. Ciapan tweetnya ialah pesanan oleh bekas perdana menteri Najib Razak. Tweet Najib menunjukkan gambar yang mengumumkan upacara pecah tanah kompleks wanita dan kanak-kanak Hospital Kajang. Dr Noor Hisham telah menghantar semula tweetnya di mana ia mengandungi kata-kata harapannya agar Barisan Nasional menang kembali Selangor. Sebelum itu, beliau juga telah menulis semula mesej lain dari Najib. Ini menunjukkan gambaran Najib dalam lawatan ke Hospital Kuala Lumpur bersama ibu dan bayi baru mereka, di mana Dr Noor Hisham juga mengatakan bahawa Barisan Nasional akan melaksanakan lebih banyak perkara untuk ibu dan anak sekiranya terus diberi mandat.[22]

Jurucakap G25, Noor Farida Ariffin mengatakan bahawa Noor Hisham menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam tidak seharusnya berkempen untuk mana-mana parti politik. Anggota pengasas G25 dan bekas setiausaha agung Perbendaharaan, Mohd Sheriff Kassim berkata, Kementerian Kesihatan harus membuat aduan terhadap Dr Noor Hisham kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.[22]

Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih 2.0 juga mengkritik Noor Hisham dengan mengatakan bahawa dia melanggar peraturan perkhidmatan awam. Beliau dinamakan di 'Hall Of Shame' Bersih bersama-sama dengan Najib. Bersih juga mengatakan bahawa mereka terkejut kerana Kementerian Kesihatan membenarkan laman Facebooknya untuk mempromosikan manifesto Barisan Nasional semasa kempen PRU14.[23]

Tidak mematuhi SOP sunting

Pada 21 Mac 2021, seorang lelaki di Twitter mempertikaikan Noor Hisham tidak mematuhi SOP dengan tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial.[24]

Kritikan pemuda itu dibuat berdasarkan sekeping foto yang dimuat naik ahli keluarga Noor Hisham menunjukkan mereka sedondon berbaju biru, bergambar bersama lebih 10 orang atas pelamin dalam satu majlis di Putrajaya minggu lalu.[24]

Noor Hisham berkata, majlis tertutup hanya dihadiri ahli keluarga dan hanya bergambar sekejap di atas pentas pelamin.[24]

Anugerah sunting

Darjah kebesaran diraja sunting

Pingat kebesaran bomba sunting

Tokoh Maal Hijrah sunting

Beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1442 Hijri peringkat Kebangsaan pada hari Rabu, 19 Ogos 2020 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah di Masjid Negara, Kuala Lumpur sambil disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.[36]

Anugerah khas sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Did You Know about the Life of: Health Director-General Datuk Dr Noor Hisham Abdullah". Malaysian Youth Community (MYC). 21 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-05. Dicapai pada 29 April 2020.
  2. ^ Mark Ryan Raj (21 April 2020). "'Happy Birthday Dr Noor Hisham': Wishes pour in from Malaysians all over the country for Health DG (VIDEO)". The Malay Mail. Dicapai pada 29 April 2020.
  3. ^ "It was a birthday to remember, Dr Noor Hisham thanks Malaysians". The Borneo Post. 23 April 2020. Dicapai pada 29 April 2020.
  4. ^ Raja Noraina Raja Rahim (23 April 2020). "Ucapan hari lahir Dr Noor Hisham 'trending'". Harian Metro. Dicapai pada 29 April 2020.
  5. ^ "Dr Noor Hisham Dilantik KP Kesihatan Baru". mStar. 21 Februari 2013. Dicapai pada 14 Februari 2020.
  6. ^ "Datuk Dr Noor Hisham Abdullah – DNDi". www.dndi.org (dalam bahasa Inggeris). 2013-11-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2020. Dicapai pada 2020-03-30.
  7. ^ Nor Ashaha, Nurul Riduan (5 April 2020). "Manusia paling popular di Malaysia" [The most popular man in Malaysia]. Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2020. Dicapai pada 6 April 2020.
  8. ^ "Dr Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan mulai 1 Mac". Astro Awani. 21 Februari 2013. Dicapai pada 2 April 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ Nadia Hamid (12 Ogos 2017). "Dr Noor Hisham dilantik Ahli Majlis Tertinggi ISS". Berita Harian. Dicapai pada 14 Februari 2020.
  10. ^ "Koronavirus: Pesakit pernah tenat, kini pulih sepenuhnya". Astro Awani. 8 Februari 2020. Dicapai pada 14 Februari 2020.
  11. ^ "Noor Hisham terpilih sertai saintis dunia lakukan kajian perangi COVID-19". Astro Awani. 3 April 2020. Dicapai pada 18 April 2020.
  12. ^ Nurul Riduan Nor Ashana (5 April 2020). "Manusia paling popular di Malaysia". Sinar Harian. Dicapai pada 18 April 2020.
  13. ^ Madiha Abdullah (15 April 2020). "Saluran TV China senaraikan Dr Noor Hisham antara tiga doktor terbaik dan diyakini". Astro Awani. Dicapai pada 18 April 2020.
  14. ^ "Dr Noor Hisham awarded UKM Medical Faculty 2019 Most Notable Alumni". The Sun Daily. 4 July 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 July 2020. Dicapai pada 4 July 2020.
  15. ^ Faris Danial Razi (17 Julai 2020). "KKM, Dr Noor Hisham Abdullah rangkul Anugerah Brandlaureate 2020". Astro Awani. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  16. ^ Noor Atiqah Sulaiman (17 Julai 2020). "Dr Noor Hisham, KKM terima Anugerah BrandLaureate". Berita Harian. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  17. ^ Hana Naz Harun (17 Julai 2020). "Dr Noor Hisham receives Outstanding Brand Leadership Award" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  18. ^ "Dr Noor Hisham terharu terima anugerah Tokoh Maal Hijrah". Harian Metro. 19 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
  19. ^ Mumtaj Begum (23 Oktober 2020). "WATCH: Dr Noor Hisham as an animated character in a one minute PSA video" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 26 Oktober 2020.
  20. ^ Tan Bah Bah (25 Oktober 2020). "Drs Noor Hisham, Bloomfield and Fauci, COVID's heroic trio" (dalam bahasa Inggeris). The Independent. Dicapai pada 26 Oktober 2020.
  21. ^ https://worldofbuzz.com/here-are-7-things-you-should-know-about-our-health-dg-dr-noor-hisham/
  22. ^ a b Michael Murty (20 April 2018). "Health chief under fire for 'disgraceful' pro-BN retweets". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 May 2020. Dicapai pada 7 May 2020.
  23. ^ "Najib named in Bersih's 'Hall of Shame'". Malaysiakini. 20 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 May 2020. Dicapai pada 7 May 2020.
  24. ^ a b c Dr Noor Hisham nafi langgar SOP rai majlis kahwin anak
  25. ^ Dr Noor Hisham terima gelaran Tan Sri
  26. ^ "Yang Di-Pertuan Agong's birthday honours list". The Star. 2 Jun 2007. Dicapai pada 2 April 2020.
  27. ^ "Top officials head honours list". The Star Online. 14 Januari 2021. Dicapai pada 14 Januari 2021.
  28. ^ "Dr Noor Hisham, Khairul Adib dahului senarai penerima pingat". Sinar Harian. 14 Januari 2021. Dicapai pada 14 Januari 2021.
  29. ^ "King heads Selangor Sultan's 75th birthday honours list". Bernama. 11 December 2020. Dicapai pada 11 December 2020.
  30. ^ "Agong terima Darjah Kerabat Selangor". Berita Harian. 11 December 2020. Dicapai pada 11 December 2020.
  31. ^ "Pandikar Amin Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran TYT Pulau Pinang". mStar. 26 Ogos 2013. Dicapai pada 2 April 2020.
  32. ^ "199 Individu Terima Darjah Kebesaran Pahang". mStar. 5 April 2014. Dicapai pada 2 April 2020.
  33. ^ "Juanda antara 207 penerima pingat Perlis". Malaysiakini. 17 Mei 2013. Dicapai pada 2 April 2020.
  34. ^ "Sultan of Johor heads Perlis' honours list" (PDF). Borneo Post. 17 May 2010. Dicapai pada 2 April 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  35. ^ Ras Adiba terima pingat kebesaran JBPM
  36. ^ Dr Noor Hisham Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H
  37. ^ Nur Emira Saizali (21 Disember 2020). Noor Hisham, Ebit Lew terima Anugerah Khas MeleTOP Era Kosmo!. Dicapai pada 30 Disember 2020.

Pautan luar sunting

Persatuan profesional dan akademik
Didahului oleh
Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman
Presiden Majlis Perubatan Malaysia
2013-kini
Pemegang jawatan kini