BoBoiBoy

siri animasi Malaysia

BoBoiBoy ialah siri animasi dan francais media Malaysia terbitan Animonsta Studios. Siri ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama BoBoiBoy yang mempunyai kuasa berasaskan elemen alam. Bersama-sama kawan-kawannya, mereka membentuk satu pasukan dan berjuang melindungi Bumi daripada ancaman makhluk asing yang cuba menakluki Bumi.[1]

BoBoiBoy
GenreAnimasi
Aksi
Komedi
Adiwira
Pengembaraan
FormatAnimasi
PenciptaNizam Razak
PengarahNizam Razak (Musim 1)
Yap Ee Jean dan Dzubir Mohammed Zakaria (Musim 2 dan 3)
Pelakon suara
Nur Fathiah Diaz
Nur Sarah Alisya Zainal Rashid
Yap Ee Jean
Dzubir Mohammed Zakaria
Wong Wai Kay
Nizam Razak
Anas Abdul Aziz
Muhammad Fathi Diaz
Yvonne Chong Shin Vun
Penggubah lagu tema
Yuri Wong dan Johnathan Lee
Lagu pembukaan"BoBoiBoy, Superhero Kita!"
"Jagalah Bumi" (Musim 3, Episod 19 sahaja)
Lagu penutup"Bersedia"
"Jagalah Bumi" (Musim 3, Episod 20 sehingga Musim 3, Episod 26)
PenggubahYuri Wong
Jonathan Lee Ming Yew
Negara asalMalaysia
Bahasa
  • Melayu (pasaran Malaysia)
  • Inggeris (pasaran antarabangsa)
Bilangan musim3
Bilangan episod52 (Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaran9-10 minit (Musim 1)
19-20 minit (Musim 2)
20-22 minit (Musim 3)
Syarikat penerbitan
Animonsta Studios
Syarikat pengedaran
Media Prima
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal13 Mac 2011 – 11 Jun 2016
Diikuti olehBoBoiBoy Galaxy
Pautan luar
Laman sesawang
Tapak sesawang penerbitan Animonsta Studios

Siri asal, berjudul BoBoiBoy, mempunyai tiga musim, telah bersiaran dari Mac 2011 hingga Jun 2016. Kemudian, ia disusuli dengan filem pertamanya, BoBoiBoy: The Movie telah ditayangkan pada 3 Mac 2016.[2]

Satu siri baharu berjudul BoBoiBoy Galaxy, yang merupakan sekuel kepada siri asal dan filem, mula menyiarkan musim pertamanya dari November 2016 hingga Julai 2018. Selepas musim pertama BoBoiBoy Galaxy, filem kedua, BoBoiBoy Movie 2 ditayangkan pada 8 Ogos 2019. Mengikuti filem kedua, Animonsta menerbitkan musim kedua BoBoiBoy Galaxy dalam bentuk komik bermula 2020, disebabkan penerbitan itu dalam penghasilan filem dan siri Mechamato yang berada dalam francais yang sama.

Penerbitan mereka juga telah mengumumkan dalam Persidangan Krea8if 2020, filem ketiga BoBoiBoy sedang disiapkan dan tayangannya dijadualkan pada 2022[3], namun ditangguhkan. Dalam pada itu, Animonsta meneruskan usaha menerbitkan BoBoiBoy Galaxy musim kedua dalam bentuk siri animasi.

Penerbitan sunting

BoBoiBoy ialah produk pertama Animonsta Studios Sdn. Bhd., sebuah syarikat animasi yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Nizam Razak bersama tiga rakan kongsi yang lain: Safwan Abdul Karim, Anas Abdul Aziz, dan Kee Yong Pin selepas mereka meninggalkan Les' Copaque Production.[4][5]

Konsep asal cerita ini tertumpu kepada satu makhluk asing yang ketagihan kopi bernama Adu Du yang sedang menuju Bumi.[6] Perubahan kecil telah dibuat, di mana berbanding kopi, makhluk asing tersebut kini mencari biji koko.[7] Perubahan tersebut, berdasarkan laman Facebook mereka, disebabkan rasa kopi yang pahit dan "kerana ia lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak".[8]

Siri animasi ini disiarkan dalam dua versi bahasa, iaitu versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, masing-masing untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Kedua-dua versi ini menggunakan sepenuhnya pelakon suara yang berbeza. Dalam versi bahasa Melayu, pelakon suara asal bagi Upin & Ipin, Nur Fathiah Diaz, telah dipilih untuk melakonkan suara watak utama, BoBoiBoy.[9] Siri ini berakhir dengan tiga musim diikuti sekuelnya, BoBoiBoy Galaxy, yang mula bersiaran pada 25 November 2016.

Episod sunting

Musim 1 (2011–2012) sunting

Musim pertama mempunyai 13 episod dan satu episod akhir lanjutan khas. Ia mula bersiaran pada Ahad, 13 Mac 2011 di TV3. Ia mula bersiaran di Disney Channel Asia pada 11 Jun 2011, dan di NTV7 bermula Mei 2013.

 
Poster promosi BoBoiBoy

Kisah dimulakan dengan watak utama, BoBoiBoy berada dalam perjalanan menuju rumah datuknya, Tok Aba di Pulau Rintis untuk cuti sekolah. Pada masa yang sama, Adu Du, makhluk asing dari planet Ata Ta Tiga sedang menuju Bumi, bagi menjadi sumber tenaga. Dia menemui di Bumi terdapat koko, sumber tenaga yang sangat berkuasa, yang telah pupus dari palnetnya sekitar 30,000 tahun lampau. Adu Du mahu mendapatkan semua koko untuk dirinya bagi membolehkannya menjadi wira di planetnya. Bagi memastikan perancangannya berjaya, dia mendapatkan pertolongan dari sebuah Sfera Kuasa (Ochobot). Walau bagaimanapun, kejadian yang tidak diingini berlaku dan akhirnya BoBoiBoy yang mendapat Ochobot. Ochobot kemudiannya memberikan beberapa kuasa kepada BoBoiBoy dan rakan baharunya, Ying, Yaya dan Gopal.

Setiap episod bersiaran selama 22 minit. Disebabkan populariti animasi ini, Animonsta Studios telah menerbitkan episod akhir dengan babak lanjutan pada 1 Januari 2012.

Musim 2 (2012–2013) sunting

Musim kedua mempunyai 13 episod, mula bersiaran pada Ahad, 27 Mei 2012 di TV3.

Dalam musim ini, BoBoiBoy memulakan babak baharu dalam kehidupannya selepas berpindah ke Pulau Rintis untuk berkumpul semula dengan Tok Aba, Gopal, Ying dan Yaya. Kisah dalam musim ini menumpukan kisah kehidupan BoBoiBoy dan kawan-kawanya di Sekolah Rendah Pulau Rintis. BoBoiBoy juga telah mendapati seorang pencabar baharunya, Fang di sekolah baharunya itu.

Fang atau Budak Misteri mula diperkenalkan pada Musim 1 dalam episod Lanjutan Akhir. Dalam episod akhir musim 2, rakan-rakan BoBoiBoy bersama-sama Fang bertarung dengan makhluk asing yang mempunyai kuasa bernama Ejo Jo yang merampas semua jam kuasa mereka kecuali milik Fang dan BoBoiBoy, dan untuk menewaskannya, Fang menggunakan semua kuasa miliknya.

Musim 3 (2014–2016) sunting

Musim ketiga mempunyai 26 episod, mula bersiaran pada Januari 2014 hingga Jun 2016.

Dalam musim ini, BoBoiBoy melawan Ejo Jo, dan Adu Du menjadi kawan BoBoiBoy tetapi dia bertukar kepada watak jahat kembali disebabkan ibunya. BoBoiBoy juga memperoleh kuasa elemental Api dan Air yang baharu.

Ini merupakan musim pertama yang dimuat naik di YouTube terlebih dahulu sebelum disiarkan di televisyen. Ia juga merupakan musim pertama yang mengubah lagu tema dari "BoBoiBoy, Superhero Kita!" kepada "Jagalah Bumi".[10]

BoBoiBoy: The Movie (2016) sunting

Filem pertama bagi siri ini, BoBoiBoy: The Movie mula ditayangkan pada 3 Mac 2016 di Malaysia, 18 Mac 2016 di Singapura dan 13 April 2016 di Indonesia.[11] Rentetan peristiwa dalam musim 3, filem ini membawa BoBoiBoy dan rakan-rakanya kepada pengembaraan di pulau misteri yang didiami oleh bola kuasa purba yang lebih tua daripada Ochobot dengan kuasa yang belum diketahui. Ochobot telah diculik oleh kumpulan musuh baharu yang dinamakan Tengkotak, yang diketuai oleh Bora Ra yang sedang mencari bola kuasa purba bernama Klamkabot itu. Dengan perbelanjaan RM5 juta, filem ini memperoleh maklum balas positif dan berjaya pecah panggung dengan perolehan sekitar RM20 juta.

BoBoiBoy Galaxy Musim 1 (2016–2018) sunting

BoBoiBoy Galaxy ialah penjenamaan semula bagi BoBoiBoy. Musim pertamanya mula disiarkan pada 25 November 2016 hingga 21 Jun 2018.[12] Siri baharu ini merupakan lanjutan daripada siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy: The Movie. Ia memberi tumpuan kepada jalan cerita yang berasaskan pengembaraan, dengan lebih berepisod sehingga 24 episod semuanya.[13]

Disebabkan penjenamaan semula ini, BoBoiBoy pada mulanya terhad dengan kuasa tahap pertamanya dan mesti menguasai kesemua 7 elemen (Kilat, Angin, Tanah, Api, Air, Daun, Cahaya) sebelum mencapai kuasa tahap kedua. Sebagai perkembangan siri ini, BoBoiBoy juga mampu berpecah kepada lebih banyak berbanding 3 sebelum ini, menjadi 5 dan 7, kebolehan beliau yang telah disiarkan terlebih dahulu dalam filem pertama.

BoBoiBoy Movie 2 (2019) sunting

Selepas BoBoiBoy: The Movie, Animonsta Studios merancang untuk menghasilkan dua filem BoBoiBoy yang lain, yang mana Nizam Razak menyatakan bahawa mereka telah mempunyai idea untuk filem kedua.[14] Ia dilancarkan pada 8 Ogos 2019 di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Ia dilancarkan di Vietnam pada 30 Ogos 2019.

Selepas apa yang berlaku dalam BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy dan kawan-kawanya berhadapan dengan penjahat purba yang tua bernama Retak'ka yang ingin mengambil semua kuasa elemental BoBoiBoy. Bersama-sama Hang Kasa, yang menguasai kuasa tahap ketiga tanah, iaitu kristal, mereka berlawan menentang Retak'ka yang telahpun menguasai hampir semua kuasa elemental. Di akhir filem ini, BoBoiBoy memperoleh kuasa tahap ketiga tanah, kristal, dan mempunyai kuasa untuk menggabungkan beberapa elemen dalam satu bentuk yang dipanggil pelakuran elemen. Contoh pelakuran elemen ini ditunjukkan dalam filem di mana BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais bergabung menjadi BoBoiBoy FrostFire; kemudiannya BoBoiBoy Gempa and BoBoiBoy Ais bergabung menjadi BoBoiBoy Glasier; dan terakhir, BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Solar bergabung menjadi BoBoiBoy Supra.

BoBoiBoy Galaxy Musim 2 (2020–2023; 2023–kini) sunting

Sekuel kepada BoBoiBoy, BoBoiBoy Galaxy telah diperbaharui dengan musim kedua, yang merupakan musim kelima bagi keseluruhan siri BoBoiBoy. Siri komik ini akan membawa para pembaca mengembara bersama BoBoiBoy dan rakan-rakan untuk mendapatkan kuasa elemental baharu serta berhadapan dengan musuh-musuh baharu. Setiap isu Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 ini dihiasi dengan 48 muka surat ilustrasi penuh warna. Isu pertama telah mula dikeluarkan pada 16 Mac 2020 dan diakhiri dengan Isu 27 yang dilancarkan pada 21 April 2023 (secara fizikal) dan 25 April 2023 (secara atas talian). Pada tahun 2023, MONSTA akan melancarkan animasi BoBoiBoy Galaxy Musim 2 selepas semua 27 isu komik dilancarkan.

Nizam Razak menyatakan bahawa siri komik bulanan terbaharu ini menandakan permulaan kepada Dunia Power Sphera, sebuah ‘shared universe’ yang akan menggabungkan pelbagai harta intelek daripada Monsta seperti BoBoiBoy, Mechamato, dan adiwira baharu yang akan datang[15].

Pada Monsta CON 2023, Jadualnya didedahkan pada 3 Disember 2023.[16] Siaran saluran di YouTube Monsta, Netflix & TV9 manakala ditayangkan di Astro Ceria dan Strim tayangan di Sooka.

Watak sunting

Pelakon suara sunting

Siaran sunting

Tempatan sunting

Negara/Rantau Saluran Mula Tayangan Nota
  Malaysia TV3 13 Mac 2011
Disney Channel (Asia) 11 Jun 2011 Telah tamat tayang di Malaysia

Antarabangsa sunting

Negara Saluran Tarikh siaran Nota
  Indonesia RTV 16 Desember 2020 sebelum ini di Global TV,
SINDOTV dan MNCTV
Disney Channel (Asia) 16 Desember 2020
  Singapura 11 Jun 2011 Musim 1 hingga 4
  Brunei
  Kemboja
  Laos
  Myanmar
  Filipina
  Vietnam Mac 2018 Musim 1 dan seterusnya
POPS Kids Mac 2018 Saluran YouTube; musim 1 dan seterusnya
  India Hungama TV 12 Jun 2017
Marvel HQ 5 Jun 2019
Disney Channel (India) 9 Disember 2019
Disney XD (India) 16 Mac 2020 Musim 1 hingga 3 dan seterusnya
Cartoon Network (Asia) 16 Januari 2020
  Taiwan 11 Mei 2019 Musim 1 dan seterusnya
  Jepun
  Korea Selatan
  Republik Rakyat China Tencent Video Disember 2017 Musim 1 dan seterusnya

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Nizam Abdul Razak, director; Ee Jean Yap, BoboiBoy, OCLC 988732441
  2. ^ Tonton 3 Episod Terakhir BoBoiBoy di TV3 sempena Cuti Sekolah ini!!" Facebook. 26 May 2016. Retrieved on 10 June 2016.
  3. ^ Tahir Alhamzah (September 11, 2020). "#Showbiz: 'BoBoiBoy Movie 3' set for 2022 release due to Covid-19". NST. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  4. ^ "About Us Diarkibkan 5 September 2015 di Wayback Machine" Animonsta Studios. Retrieved on 10 September 2015.
  5. ^ "Animonsta in The Edge Malaysia - Netv@alue2.0" Animonsta Studios' Official Blog. 12 December 2009. Retrieved on 28 May 2016.
  6. ^ "BoBoiBoy Sneak Peek HD" YouTube. 22 November 2009. Retrieved on 28 May 2016.
  7. ^ "Konsep awal Adu Du, yang dulu dikenali sebagai cofeeliens (alien yang mahukan kopi - sebelum ditukar kepada alien yang mahukan koko)" Facebook. 29 December 2014. Retrieved on 28 May 2016.
  8. ^ "Adu Du taknak takluk bumi sebab kopi.... pahit... tukar kepada koko!!!" Facebook. 10 November 2010. Retrieved on 28 May 2016.
  9. ^ "BoBoiBoy: Superhero Tempatan" Animonsta Studios' Official Blog. 29 November 2010. Retrieved on 28 May 2016.
  10. ^ "Tonton 3 Episod Terakhir BoBoiBoy di TV3 sempena Cuti Sekolah ini!!" Facebook. 26 May 2016. Retrieved on 10 June 2016.
  11. ^ "BoBoiBoy: The Movie Official Website[pautan mati kekal]" Retrieved on 2 March 2016.
  12. ^ "BoBoiBoy Galaxy Teaser" YouTube. 10 October 2016. Retrieved on 11 October 2016.
  13. ^ "Animonsta Signs With A Global Toy Company, TOMY Diarkibkan 22 Oktober 2014 di Wayback Machine" Animonsta Studios. 2 September 2014. Retrieved on 9 September 2015.
  14. ^ "Lebih hebat, beremosi di pawagam Diarkibkan 2020-04-27 di Wayback Machine" Harian Metro. 30 January 2016. Retrieved on 10 February 2016.
  15. ^ Azam A (27 Februari 2020). "Selepas Filem, Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 Pula Bakal Tembusi Asia Tenggara". The Vocket. Dicapai pada 1 Julai 2021.
  16. ^ @BoBoiBoy (31 Oktober 2023). "[MONSTA CON 2023 LIVE UPDATE!] Official poster BoBoiBoy Galaxy Sori! - Nizam Abdul Razak, CEO Monsta. -- #Monsta #BoBoiBoy #KembaliBeraksi #MonstaCon2023" (Twit). Dicapai pada 5 Disember 2023 – melalui Twitter. line feed character in |title= at position 69 (bantuan)

Pautan luar sunting