Nur Fathiah Diaz
Nur Fathiah Diaz (lahir pada 20 Oktober 1999) ialah seorang aktris, pelakon suara, artis, dan penyanyi Malaysia. Beliau terkenal kerana membintangi suara watak sebagai Upin & Ipin selama tiga musim. Pada musim ke-4 siri Upin & Ipin, beliau digantikan oleh Asyiela Putri. Beliau kini merupakan pengisi suara bagi watak BoBoiBoy dan siri animasi BoBoiBoy, BoBoiBoy Galaxy dan filem rancangan tersebut.
Nur Fathiah Diaz | |
---|---|
![]() Fathiah semasa mempromosikan BoBoiBoy Movie 2 bersama TGV Cinemas | |
Kelahiran | Nur Fathiah binti Diaz 20 Oktober 1999 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Kak Thiah |
Kerakyatan | ![]() |
Pekerjaan | Pelakon, pelakon suara, artis, penyanyi, guru bahasa Inggeris |
Tahun aktif | 2005–kini |
Saudara | Muhammad Fathi Diaz (adik) |
Keluarga | Diaz Mohd Bahauddin (bapa) Azlinda Mohd Alias (ibu) |
Kerjaya sunting
Fathiah merupakan anak sulung kepada pasangan Diaz Mohd Bahauddin dan Azlinda Mohd Alias. Di samping itu, adiknya, Muhammad Fathi Diaz juga merupakan pelakon suara Ochobot.
Fathiah pertama kali mencuburi bidang alih suara dengan mensuarakan watak Upin & Ipin dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula, kemudian beliau mengisi suara bagi siri animasi Upin & Ipin dari musim pertama hingga ketiga sebagai watak yang sama.
Setelah mengundurkan diri buat sementara waktu, Fathiah kembali ke mengisi suara bagi watak BoBoiBoy dalam siri animasi Malaysia BoBoiBoy. Dia juga berlakon sebagai watak BoBoiBoy dalam filem BoBoiBoy: The Movie.[1]
Fathiah sekali lagi memegang perana watak BoBoiBoy dalam BoBoiBoy Galaxy dan BoBoiBoy Movie 2 di mana kedua-dua tersebut bertemakan galaksi semesta cereka Sains.
Selain daripada menjadi seorang pelakon suara, Fathiah juga merupakan guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah agama di Shah Alam, Selangor. Fathiah mengakui bahawa peminat sukar untuk terima hakikat watak BoBoiBoy ialah wanita malahan individu dewasa. Kata beliau kepada Berita Harian,
Fathiah kini selamat berkahwin bersama pasangan beliau pada 25 Oktober 2023. Perkahwinan ini viral di TikTok dan disahkan oleh Anas Abdul Aziz[3] dan Tuan Haji Mohd Zainul Ariffin, pengetua SAM Bestari.
Filemografi sunting
Siri Animasi sunting
- Upin & Ipin (2007 - 2009) sebagai suara Upin dan Ipin
- BoBoiBoy (2011 - 2016) sebagai suara BoBoiBoy
- Apa Kata Yaya (2011, 2013 - 2014) sebagai suara BoBoiBoy
- BoBoiBoy Galaxy (2016 - kini) sebagai suara BoBoiBoy
Filem sunting
- Geng: Pengembaraan Bermula (2009) sebagai suara Upin dan Ipin
- BoBoiBoy: The Movie (2016) sebagai suara BoBoiBoy
- BoBoiBoy Movie 2 (2019) sebagai suara BoBoiBoy
Lainnya sunting
- OldTown White Coffee's Superhero Elemen (2015 - 2016) sebagai suara BoBoiBoy
Rujukan sunting
- ^ Thiah pemilik suara Boboiboy. harian metro. Dicapai 11 Januari 2019.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (2 Disember 2023). "Fathiah pinjam suara untuk watak BoBoiBoy". Berita Harian. Dicapai pada 2 Disember 2023.
- ^ Jaafar, Hazim (25 Oktober 2023). "Pelakon Suara BoBoiBoy Sah Berkahwin, Netizen Ucap Terima Kasih Kerana Mewarnai Zaman Kanak-Kanak". The Vocket. Dicapai pada 2 Disember 2023.