Apa Kata Yaya merupakan sedutan-sedutan video ringkas berbentuk teladan yang dimuat naik di akaun rasmi YouTube dalam saluran AnimonstaStudios (Mini Monsta) di mana Yaya bertindak sebagai penasihat sesekali melihat kawan-kawan dan adiknya yang berkelakuan tidak wajar di dalam pelbagai situasi.

Apa Kata Yaya
PenciptaAnimonsta Studios
Pelakon suara
Lagu pembukaan"Apa Kata Yaya Theme"
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod29 (Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaranSekitar 1 menit
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar720p (HDTV)
Julung kali ditayangkan di
6 Julai 2011
Siaran asal06 Julai 2011 (2011-07-06) – 18 Oktober 2016 (2016-10-18)
Kronologi
Diikuti olehFly With Yaya
Rancangan berkaitan
BoBoiBoy

Episod

sunting

Video Apa Kata Yaya yang pertama dimuat naik ke YouTube pada tahun 2011 melalui saluran lama, animonstamedia. Video ini kemudian dikemas kinikan dengan wajah baru pada watak-watak berkenaan dan dimuat naik semula dalam YouTube melalui saluran yang baru, Mini Monsta (dahulunya AnimonstaStudios) serta disiarkan di TV3 pada awal bulan Ramadan pada tahun 2013 dengan tajaan Kuwait Finance House.

Tajuk Tarikh Ringkasan
Elak Makan Makanan Ringan 6 Julai 2011 (asal)

13 Julai 2013 (baru)

Gopal dengan bantuan BoBoiBoy menukarkan barang-barang terbuang menjadi keropok, gula-gula, coklat dan sebagainya, tetapi ditegah oleh Yaya yang berpesan kepada mereka akan mudarat makanan ringan kepada kesihatan. Akhirnya, gigi depan Gopal patah maka dia terpaksa bergegas untuk berjumpa dengan doktor gigi.
Pulangkan Barang Yang Dijumpai 23 Jun 2013 Gopal hendak membelanja kawan-kawannya makan dengan duit dari dompet yang dijumpainya di atas jalan, tetapi Yaya cepat menegurnya supaya pergi ke balai polis memulangkan semula dompet itu kepada pemiliknya.
Pentingnya Sarapan Gopal kurang bermaya menaiki tangga ke sekolah berbanding kawan-kawannya gara-gara tidak sempat bersarapan. Yaya memesankan betapa pentingnya sarapan untuk kecergasan badan.
Buat Baik Dengan Haiwan Yaya dan Ying terjumpa seekor anak kucing yang terbiar dalam kotak di tepi jalan, tetapi kedua-duanya tidak dapat membelanya kerana dilarang oleh keluarga masing-masing. Akhirnya mereka membawa kucing itu ke sekolah dan menyeru kawan-kawan yang lain untuk mengumpul dana untuk menampung penjagaannya.
Jangan Potong Barisan 13 Julai 2013 Setelah mendengar pengumuman Makcik Kantin bahawa hanya tinggal tiga biji donat lobak merah, Fang tergesa-gesa memotong barisan untuk membolot semua donat yang tinggal. Setelah ditegur oleh Yaya akan perbuatan tamaknya, Fang akhirnya terjatuh dan semua donatnya masuk ke dalam lumpur.
Bersabar dengan Adik Kecil ToToiToy meminta Yaya untuk bermain mainan bersama tetapi Yaya meminta bermain setelah dia selesai membuat biskut (dengan bahan tidak wajar). Tetapi ToToiToy menconteng dinding dan Yaya memujuk ToToiToy untuk melukis di kertas sampai akhirnya Yaya dilukis bunga di mata Yaya.
Belajarlah Secara Bijak BoBoiBoy, Gopal dan Iwan belajar berkumpulan untuk menjawab soalan-soalan susah, tetapi lama-kelamaan bertelagah hingga Iwan pun pengsan. Yaya mencelah dan memesan mereka supaya mendapatkan seseorang yang arif dalam matapelajaran berkenaan.
Utamakan Keselamatan Tok Aba menjemput BoBoiBoy, Ochobot dan Yaya naik kereta ke taman. Dalam perjalanan, Yaya segera memesan kawan-kawannya untuk memakai tali pinggang keselamatan, tetapi Tok Aba membuat perjalanan dekat sebagai alasan hinggalah kereta nyaris terlanggar kucing.
Siapkan Kerja Sekolah BoBoiBoy dan Gopal cemas kerana terlupa menyiapkan kerja rumah, tetapi setelah Ying tercicir buku latihannya, mereka mengambil kesempatan. Kesudahannya, mereka didenda kerana semua jawapan salah (kerana subjek buku berlainan).
Semangat Menabung 18 Julai 2013 BoBoiBoy dan Gopal tertarik dengan sebuah mainan kereta kawalan jauh baru di kedai, tetapi cepat hilang semangat dek harga mahalnya, hinggalah Yaya menunjukkan kereta belian sendiri berkat daripada duit simpanannya.
Menabung Dengan Cara Berjimat 19 Julai 2013 BoBoiBoy menahan lapar di kantin semata-mata demi 'semangat menabung'. Yaya menasihati BoBoiBoy supaya menabung secara berjimat supaya tidak menyeksa diri, iaitu mengikut resam "sikit-sikit lama-lama jadi bukit".
Episod Ramadhan 1 Ogos 2013 Yaya menegur BoBoiBoy yang berbuat letih-letih semata-mata kerana mengerjakan ibadah puasa.
Bersenam Jangan Tak Bersenam 3 Ogos 2013 Pada kelas pendidikan jasmani, Yaya menegur sikap Gopal yang malas bersenam, dan oleh itu cepat letih.
Ziarahi Orang yang Sakit 5 Ogos 2013 Yaya mengajak BoBoiBoy dan Gopal untuk menziarahi Ying yang jatuh sakit, dan BoBoiBoy mengusulkan untuk membawa buah tangan.
Tidur Pada Waktu Sesuai Tok Aba mengejutkan BoBoiBoy untuk bangun dari tidurnya kerana "sudah lambat". BoBoiBoy pun bersiap untuk ke sekolah, tetapi rupanya yang dimaksudkan oleh Tok Aba ialah "nanti lambat nak solat maghrib berjemaah".
Tidurlah Awal 6 Ogos 2013 BoBoiBoy terlena di kelas kerana tidak cukup tidur, disebabkan oleh berjaga larut malam untuk menonton bola sepak.
Gunakan Duit Simpanan Dengan Cermat 13 Ogos 2013 BoBoiBoy mengumpul duit yang cukup untuk membeli permainan video "Papa Zola - Kebenaran di Lorong Kegelapan 2", tetapi akhirnya memilih benda lain demi memijat Tok Aba dengan duit yang ada.
Hargai Apa Yang Ada Sambil bekerja di kedai, BoBoiBoy girang terkenang masa dia berkongsi main helikopter kawalan jauh dengan rakan-rakan sekolah. Tok Aba mengambil hati lalu memberi BoBoiBoy layang-layang edisi terhadnya.
Uruskan Masa Dengan Cermat 4 September 2013 BoBoiBoy dan Gopal rugi terlepas dari Funfair kerana menangguhkan kerja-kerja mengemaskan warung semata-mata demi melekakan diri dengan permainan video atau televisyen.
Gotong Royong Jaga Kebersihan Gigitan nyamuk terhadap Gopal mendorong BoBoiBoy dan kawan-kawan untuk membersihkan Taman Pulau Rintis yang kotor.
Tabung Simpanan 5 November 2013 Yaya memberitahu BoBoiBoy dan Gopal bahawa dia menyimpan duit di dalam dua tabung untuk dua tujuan berbeza.
Sentiasa Berlaku Adil BoBoiBoy, Gopal dan Fang merebut pembaris Papa Zola edisi terhad; Yaya memesan mereka supaya bergilir-gilir menggunakannya.
Bersedekah 6 Mac 2014 Yaya memesan tiga minuman dari Tok Aba, dua daripada itu untuk disedekahkan kepada golongan miskin.
Akui Kesalahan Gopal menyorok di dalam kedai Tok Aba untuk bersembunyi daripada ayahnya yang marah kerana terpecahkan cawan kesayangannya.
Jimat Elektrik BoBoiBoy terlena sambil terbiar peralatan elektrik pasang setelah puas mengemaskan rumah.
Cita-Cita Papa Zola menyemai semangat bercita-cita tinggi kepada kalangan murid-murid.
Selamat Hari Raya Yaya mengajak kawan-kawan menikmati jamuan raya tanpa bersikap terlalu cerewet.
Kucing Bunting 14 September 2016 (asal)

10 Oktober 2016 (baru)

Ochobot mendapati BoBoiBoy meletakkan Sasha bunting di terbuka, tetapi selepas dia kucing bunting, dia lambat menyedari bahawa dia sebenarnya yang menjerit di kucing bunting itu dan melarikan diri. Apabila Sasha menghantar BoBoiBoy untuk mencari orang lain.
Tahun Baru 2017 13 Oktober 2016 (bahagian 1)

18 Oktober 2016 (bahagian 2)