TV3

Saluran televisyen Malaysia

Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3 merupakan stesen televisyen swasta terestrial dan siaran percuma nasional pertama di Malaysia milik Media Prima Berhad, konglomerat penyiaran dan media Malaysia. TV3 memulakan siarannya pada 1 Jun 1984 dan kekal sebagai stesen televisyen yang paling ditonton di Malaysia.[1] Sama seperti kebanyakan stesen televisyen di Asia Tenggara, TV3 juga terkenal dengan drama lipur laranya. TV3 mula bersiaran 24 jam sehari pada 31 Ogos 1997 sebagai penyiaran 24 jam yang pertama di Malaysia dan meneruskan penyiaran 24 jam pada 1 Januari 2010, Penyiaran 24 jam semula sekali lagi pada 1 November 2015.

TV3
NegaraMalaysia
Kawasan siaran
SloganSentiasa Bersamamu
Ibu pejabatSri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Pengaturcaraan
Bahasa
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
16:9 SDTV (576i)
Pemilikan
PemilikMedia Prima Berhad
(Sistem Televisyen Malaysia Berhad)
Orang penting
  • Nini Yusof
    Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios
  • Amir Rasyidi Johari
    Ketua Pegawai Operasi, TV3
Saluran kembar
Sejarah
Dilancarkan1 Jun 1984; 39 tahun yang lalu (1984-06-01)
Pautan
Laman webwww.xtra.com.my
Ketersediaan
Terestrial
MYTVSaluran 103 (HD)
Satelit
Astro/NJOISaluran 103
IPTV
Unifi TVSaluran 103 (HD)
Media penstriman
TontonTonton secara langsung
Unifi TVunifi PlayTV

TV3, TV9, NTV7, 8TV dan stesen radio dikawal oleh Media Prima yang mana siarannya berpusat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman Media Prima, Tonton dan unifi PlayTV.

Sejarah

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) atau TV3 telah diperbadankan pada 1983 sebagai televisyen perdagangan pertama di Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Media Prima. Ia memulakan penyiarannya di Lembah Klang, (sekitar Kuala Lumpur, sebuah bandar raya terbesar di Malaysia) dan telah membuat ujian transmisi siaran percubaan pada 1 April 1984 bertepatan dengan tarikh hijriah 29 Rejab 1404H dengan secara rasmi pada 1 Jun 1984 bertepatan dengan tarikh hijriah 1 Ramadhan 1404H.

Tidak lama kemudian liputannya meningkat ke seluruh negara, dan pada hari ini ia boleh diterima di negara jiran, sama ada sebagai satu saluran daratan atau melalui satelit. Di Singapura, saluran ini menimbulkan kontroversi kerana menyiarkan rancangan-rancangan dalam bahasa Kantonis, antara dialek-dialek Cina yang diharamkan pihak berkuasa media Singapura sebagai langkah memupuk penggunaan bahasa Mandarin di kalangan rakyatnya. Kerajaan Singapura mencegah akhbar tempatan dan majalah-majalah daripada membawa susunan rancangan untuk saluran ini, walaupun ada bagi saluran televisyen Malaysia yang lain.

Pada Julai 1984, TV3 membuat liputan langsung Sukan Olimpik Los Angeles, Amerika Syarikat saluran pertama dalam negara. Lonjakan dalam populariti mendorong kepada penyenaraiannya di Papan Utama dari Bursa Saham Kuala Lumpur pada April 1988.

Pada 1 Jun 1995, TV3 telah berpindah secara rasmi dari Jalan Liku Bangsar di Lembah Pantai, Kuala Lumpur hingga ke Sri Pentas, Bandar Utama di Petaling Jaya, Selangor sempena ulang tahun TV3 yang ke-11.[2]

Pada 22 Oktober 1996, TV3 beroperasi di bangunan baharu dikenali sebagai Sri Pentas, bangunan baharu ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 Mahathir bin Mohamad pada 9 Jamadil Akhir 1417 Hijri.[3]

TV3 juga merupakan stesen perdagangan pertama di Ghana dengan menubuhkan TV3 Network Ltd.

Slot rancangan

Sedang disiarkan

Tidak disiarkan

Logo TV3 yang terdiri dari huruf T warna biru di kiri, huruf V warna kuning di tengah dan angka 3 warna merah di kanan miring dengan garis-garis 12 strips digayakan sebagai TV3. Sehingga logo ini simbolik berdasarkan warna bendera Malaysia dan terinspirasi dari Sukan Olimpik Musim Panas 1984 pada bentuk yang sama. Logo ini tetap dipakai sehingga sekarang ini.

Apapun logo TV3 memberi warna semua kegiatan progam dalam meliputi bahasa dan negara iaitu:

  • Warna biru melambangkan bangsa Melayu (salah satu negara nasional)
  • Warna kuning melambangkan bangsa India
  • Warna merah melambangkan bangsa Cina

Juga menggambarkan bendera Malaysia dengan wajah logo ini memberikan program informasi dan hiburan yang terus maju untuk keluarga sekitar. Selain logo ini dengan tanda "®" artinya registrasi di kanan atas.

Ciri-ciri

Semenjak pelancarannya, TV3 telah mendahului stesen televisyen lain di Malaysia dan telah dua kali menjangkau 41% bahagian penonton (12 Januari - 18 Januari 2003 dan 29 Jun - 5 Julai, 2003), peratusan penonton tertinggi pernah dicapai oleh sebuah stesen televisyen Malaysia. Dari segi pendapatan pengiklanan, syarikat mengekalkan kedudukan kepimpinannya dan berterusan menghasilkan pertumbuhan hasil yang kukuh daripada iklan-iklan. TV3 terus meningkatkan perkakasnya untuk pengeluaran dan transmisi, dan kakitangannya menerima latihan dan pendedahan berterusan dalam penerbitan televisyen. Ini membolehkan TV3 untuk kekal sebagai penyiar komersial persendirian yang terkemuka.

Dengan pemulihan ekonomi Malaysia, telah terdapat satu permintaan yang seiring untuk program tempatan, termasuk berita, hal ehwal semasa, majalah-majalah, perbincangan, sukan, dokumentari, drama atau filem. Dengan satu asas yang kukuh pengeluar televisyen telah merevolusikan pengeluaran kandungan tempatan untuk tahap mengkagumkan dalam industri siaran.

Stesen TV3 telah menjadi perintis fesyen dengan menghasilkan pengeluaran rancangan tempatan berkualiti dan telah manarik perhatian dan kesetiaan penonton Malaysia. Percaya bahawa kandungan tempatan adalah caranya, TV3 terus melabur dalam pekerja dan peralatan bagi menghasilkan kandungan tempatan yang berkualiti. Bagaimanapun, stesen juga menyiarkan satu rancangan asing yang berkualiti. Penguasaan penonton Cina adalah kurang berbanding penonton Melayu kerana penonton Cina lebih banyak menonton saluran RTM2, 8TV, ntv7 dan Astro Hua Hee Dai (Saluran berbahasa Hokkien).

TV3 kini bersiaran di Unifi TV dan myFreeview saluran 103 dalam format HD (definisi tinggi).

Rancangan

Jenis Buletin

Pada hari-hari biasa Buletin-buletin dalam stesen televisyen ini akan bersiaran satu jam secara maksimum. Namun, sesetengah berita tersebut akan bersiaran selama setengah jam. Kesemua berita ini juga bersiaran di Saluran Dailymotion dan YouTube Buletin TV3.

Berita Terkini

Berita Terkini merupakan sebuah rancangan berbentuk berita terkini yang disiarkan pada jam 7:55 pagi, 11:30 pagi, 4:00 petang (Isnin - Jumaat) dan 5:30 petang (Sabtu & Ahad). Berita yang dipaparkan adalah mencakupi berita hal ehwal semasa, dalam dan luar negara.

Buletin Pagi

Buletin Pagi merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 9:00 pagi (Setiap Hari). Siaran berita ini merupakan siaran berita yang pertama keudara bagi pada setiap hari. Kebanyakkan beritanya berkisar mengenai kejadian dan isu atau berita-berita yang telah berlaku pada hari semasa.

Detik Niaga

Detik Niaga merupakan rancangan berbentuk siaran berita perkembangan dalam negara yang disiarkan setiap Isnin - Jumaat pada jam 10:30 pagi. Ia memaparkan berita-berita ekonomi dan juga isu-isu perniagaan.

Buletin 1:30

Buletin 1:30 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan selama setengah jam bermula jam 1:30 tengah hari pada setiap Isnin- Khamis serta pada hari Sabtu dan Ahad (kecuali Jumaat). Ia adanya sampai ke 5 atau 3 minit kerana lintasan waktu azan fardhu zohor yang tertakluk kepada perubahan masa kalendar islam.

Biz World

Biz World merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 5:30 petang setiap Isnin - Jumaat. Ia memaparkan berita-berita yang berkaitan dengan berita-berita ekonomi dan detik niaga dari luar negara yang bersiaran dalam bahasa Inggeris.

Buletin Utama

Buletin Utama merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana yang disiarkan pada jam 8:00 malam setiap hari. Ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, detik niaga, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini dan hiburan.

Nightline

Nightline merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan selama setengah jam bermula jam 12:00 tengah malam. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang terakhir keudara pada setiap hari dalam bahasa Inggeris. Namun, adanya sampai ke 5, 10 atau 30 minit akan bersiaran kerana ada acara berprestij tinggi pada larut malam.

Cogan kata

Berikut ini ialah senarai cogan kata sesuai digunakan dan pengganti kerana logo ini tetap dan tidak berganti lagi. Cogan kata tersebut TV3 berapa jumlah bekas cogan kata yang digunakan selama 1 tahun.

Judul cogan kata Tanggal digunakan Uraian
Saluran Hiburan Anda 1 Jun 1984 31 Disember 1986
Rangkaian Sukaramai 1 Januari 1987 31 Mei 1992
TV3! Untuk Anda
Berita Terkini Hiburan Sensasi 1 Jun 1992 29 Februari 2000
Duniamu 1 Mac 2000 31 Mei 2006
Pilihan Hatiku 1 Jun 2006 31 Mei 2007
Di Sisimu 1 Jun 2007 31 Mei 2008
Inspirasi Hidupku 1 Jun 2008 31 Mei 2014 Digunakan semasa montaj
3 Dekad Bersama TV3 1 Jun 2014
Keriangan, Sentiasa, Bersamamu di TV3 1 Jun 2014 31 Mei 2022 Digunakan semasa montaj dan dilancarkan dan digunakan serentak sempena ulangtahunnya ke-30, dimana muzik minusone-nya telah digubah pertama kali pada 1 Disember 2016 untuk tempo elektronik secara perlahan dan kini telah digubah untuk kali kedua dengan tempo elektronik secara pantas sejak 17 Jun 2019, bersempena ulang tahunnya ke-35.
Informasi, Inspirasi Yang Terkini di TV3
Sentiasa Bersamamu 1 Jun 2022 kini Digunakan semasa montaj dan dilancarkan dan digunakan serentak sempena ulangtahunnya ke-38.

Kontroversi

Percanggahan dengan CableVision

Di Singapura, TV3 terpalit dengan kontroversi kerana menyiarkan program dalam bahasa Kantonis seperti di China, yang bertentangan dengan dasar kerajaan Singapura untuk mempromosikan bahasa Mandarin dan bukannya dialek lain dalam media penyiaran.[4] Oleh itu, ia menghalang orang dalam blok perumahan kerajaan yang dibina daripada memasang antena khas yang diperlukan untuk menerima saluran.[5] Di samping itu, ia menghalang akhbar-akhbar tempatan dan majalah daripada menyiarkan intisari rancangan untuk TV3, walaupun ini telah disediakan untuk saluran Malaysia yang lain.[6] TV3 boleh didapati di Cablevision Singapura (kini StarHub TV), satu-satunya pengendali televisyen kabel Singapura, sehingga ia telah dikeluarkan pada 11 Julai 2002 kerana isu-isu hak cipta.[7]

Isu Siti Khadijah

Pada tahun 2007, program siaran televisyen realiti di TV3 dipanggil Sensasi diharamkan kerana tuduhan bahawa pengacara Awal Ashaari "menghina seseorang untuk mensensasikan isu itu" bersama-sama dengan aduan kepada pelakon Rosnah Mat Aris yang menyentuh isu-isu sensitif yang berkaitan dengan Islam dengan menghubungkan Siti Khadijah, isteri Nabi Muhammad kepada isu semasa wanita memikat lelaki muda.[8] Satu lagi rancangan televisyen realiti, Teleskop, telah diharamkan pada tahun 1995 selepas ahli panel Nasir Jani mencarut semasa siaran langsung.[9]

Iklan Raya 2010

TV3 menayangkan satu Iklan Raya 2010 pada 9 September 2010 iaitu hari Khamis dan Iklan Raya 2010 tersebut mengandungi unsur-unsur barat dan freemason dan TV3 telah menarik balik Iklan raya 2010 tersebut, dan ramai menyatakan iklan raya 2010 tersebut mengandungi unsur-unsur Santa Claus yang melambangkan agama kristian dan bunga teratai yang melambangkan agama buddha. [10]

Plagiat

Pada tahun 2015, TV3 dituduh plagiat, selepas ia telah mendedahkan bahawa ia adalah reka bentuk berita baru disalin dari RTL Nieuws Belanda, yang memperkenalkan reka bentuk berita baru pada Jun 2015.[11]

Blok teleshopping

Pada 1 April 2016 hingga 31 Disember 2016, satu siaran blok teleshopping CJ WOW SHOP telah disiarkan di seluruh saluran Media Prima. Tiga lagi saluran Media Prima iatu NTV7, 8TV dan TV9 turut mengalami perubahan. Blok ini telah menarik kritikan yang besar di media sosial sebagai sebahagian besar daripada jadual waktu siang telah digantikan dengan CJ Wow Shop, yang slot ini telah sebelum ini berjalan kebanyakannya ditayang, program agama dan kanak-kanak. [12][13][14][15]

Anugerah

TV3 telah dianugerahkan Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik 2007 bagi Keusahawanan Bertanggungjawab anjuran Enterprise Asia bagi sumbangan besar ke arah tanggungjawab sosial korporat.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Financial & Business Review For 2013" (PDF). Media Prima Berhad. m/s. 17. Dicapai pada 24 February 2013.
  2. ^ PUSTAKA | Buletin Utama | 20 September 1995
  3. ^ Perasmian Pusat Operasi TV3 di Sri Pentas pada 22hb Oktober 1996
  4. ^ Saw Swee-Hock; K. Kesavapany (January 2006). Singapore-Malaysia Relations Under Abdullah Badawi. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 83–. ISBN 978-981-230-378-3.
  5. ^ Far Eastern Economic Review. January 1989. m/s. 30.
  6. ^ Kokkeong Wong (1 January 2001). Media and Culture in Singapore: A Theory of Controlled Commodification. Hampton Press. ISBN 978-1-57273-311-4.
  7. ^ Priya Suri (11 July 2002). "SCV asked to take off two Malaysian TV channels". Today. National Library Board. Dicapai pada 15 September 2009.
  8. ^ Mohd Fadzli Fadhilah (8 March 2007). "'Sensasi' ban: Malaysian talk shows prove unprofessional, disrespectful". Bernama. The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-28. Dicapai pada 9 March 2007.
  9. ^ "TV3 show BANNED". The New Paper. National Library Board. 1 February 1995. Dicapai pada 9 March 2007.
  10. ^ "TV3 fined RM50,000 for humiliating and insulting Islam". The Malaysian Insider. 21 Oktober 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-22. Dicapai pada 22 Oktober 2010.
  11. ^ "Nieuwe vormgeving TV3 Maleisië: zoek de tien verschillen". RTL Nieuws. 6 June 2015. Dicapai pada 7 June 2015.
  12. ^ "CJ WOW SHOP mula 1 April". Harian Metro. 1 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-17. Dicapai pada 6 April 2016.
  13. ^ . 1 April 2016 https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA/photos/a.392087241166.178751.262044791166/10153548509336167/?type=3&theater. Dicapai pada 6 April 2016. Missing or empty |title= (bantuan)
  14. ^ . 1 April 2016 https://www.facebook.com/TV9Malaysia/photos/a.132100906817085.22337.124467560913753/1302978949729269/?type=3&theater. Dicapai pada 6 April 2016. Missing or empty |title= (bantuan)
  15. ^ . 1 April 2016 https://www.facebook.com/ntv7localdrama/photos/a.299680246757151.72583.293290990729410/1085761854815649/?type=3&theater. Dicapai pada 6 April 2016. Missing or empty |title= (bantuan)

Pautan luar