Buka menu utama

Tonton merupakan perkhidmatan penstriman video nombor satu dan terbesar di Malaysia dengan 7.6 juta pengguna berdaftar. Dimiliki oleh Media Prima Berhad, Tonton menawarkan kandungan percuma (Tonton FREE) dan juga berbayar (Tonton VIP) selain menjadi laman atas talian rasmi untuk saluran televisyen TV3, NTV7, 8TV dan TV9.

Tonton
PemilikMedia Prima Berhad
Laman webtonton.com.my
DilancarkanOgos 2010

SejarahSunting

tonton dilancarkan pada 9 Ogos 2010. Pada peringkat permulaan, Tonton menggunakan format Flash dan hanya dapat diakses menggunakan web sahaja. Seiring dengan perkembangan teknologi, tonton telah dikemaskini dari format Flash kepada HTML5 dan dapat diakses menggunakan web dan peranti pintar.

KandunganSunting

tonton OriginalSunting

Hanya di tonton (Eksklusif)Sunting

tonton menyiarkan drama siri eksklusif Melayu, Cina, Korea, Thailand dan Amerika yang hanya boleh disaksikan di perkhidmatan penstriman video itu. Drama-drama Melayu dan Cina tempatan yang ditawarkan boleh disaksikan kesemua episod sekaligus. Antara drama Melayu yang ditawarkan adalah seperti Meh Sandar Pada Aku, Kelip-Kelip di Kota London, Bilo Nogori Jupo Kelate, Zahir Tak Terucap[1] dan Kalis Kasih. Drama Cina tempatan pula seperti Dr. Chen's Diary, All Under One Roof, Revolving Heart dan The Men In Black School. Manakala siri televisyen Marvel iaitu Inhumans dan Runaways pula ditayangkan eksklusif di tonton, sehari selepas tayangan di Amerika Syarikat.

Penstriman Langsung (LIVE)Sunting

Selain menyiarkan siaran langsung majlis anugerah lokal seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah DFKL, tonton turut menyiarkan majlis anugerah antarabangsa seperti Mnet Asian Music Awards dan Asian Television Awards. tonton juga merupakan laman atas talian rasmi yang menyiarkan secara langsung perlawanan bola sepak Piala Malaysia, Piala FA Malaysia, Liga Super Malaysia dan Piala Sultan Selangor. Selain itu, tonton turut meyiarkan konsert eksklusif seperti Konsert Dennis Lau and Friends: The Phoenix Rising, Konsert Jom Heboh dan Konsert Jom tonton.

Saluran TelevisyenSunting

Tonton merupakan laman rasmi yang menyiarkan saluran televisyen lokal iaitu TV3, TV9, ntv7 dan 8TV selain turut menawarkan saluran televisyen antarabangsa seperti Hits Channel, Outdoor Channel dan NHK World.

Wajah tontonSunting

Pada tahun 2016, tonton melantik Mia Ahmad, Saharul Ridzwan, Soo Wincci dan Henley Hii sebagai wajah rasmi tonton. Selebriti-selebriti ini sentiasa turun padang ke majlis anjuran tonton. Tahun 2017 pula menyaksikan Ayda Jebat, Redza Rosli dan ThomasJack sebagai wajah baru tonton manakala Dato' Seri Vida pula dinobatkan sebagai Ratu tonton.

 
Ayda Jebat, wajah tonton

xtra.com.mySunting

Pautan luarSunting

Lihat jugaSunting