Hot FM merupakan radio berbahasa Melayu di Malaysia. Ia dimiliki oleh Synchrosound Studio Sdn Bhd, subsidiari kepada Ripple Media Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Media Prima Berhad. Siarannya dipancarkan dari Sri Pentas, Bandar Utama. Hot FM memulakan operasi ujian pemancaran bermula 15 Januari 2006 dan mula beroperasi secara rasmi pada 5 Februari 2006.
Pada tahun 2009, Hot FM mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya menduduki tempat teratas di kalangan semua stesen radio di Malaysia dengan 3.8 juta pendengar mingguan, sekaligus berjaya mengatasi musuh tradisinya Era FM yang hanya meraih 3.76 juta pendengar mingguan.[1] Hot FM mengambil alih frekuensi WOWFM[2] setelah WOWFM menutup operasi dan dibeli oleh Media Prima.
Hot FM bersiaran ke udara selama 24 jam sehari dan diiterajui oleh bekas penyampai Era FM, Seelan Paul sebagai Pengarah Rangkaian.
Penyampai
Penyampai Harian
Nama
|
Nama samaran
|
Mula kerja
|
Catatan
|
---|
Nordin Madian
|
Deen
|
2010
|
finalis pencarian bakat HotFM "Ikhwan dan ..."
|
Mohamad Hafizie Roslan
|
Fizie[3] |
2014
|
diserap dari HotFM Kelate
|
Haziq Hussni
|
Haziq
|
|
Zetty Nabila Muhamad Ghazali
|
Zetty[4] |
2017
|
|
Fikri Mark Adam Abdullah
|
Mark Adam
|
2021
|
|
Nur Qamarina Diana Zulreal
|
Riena Diana
|
|
Muhammad Fadzlie Mohd Nizam
|
Fad
|
|
Penyampai (sambilan) Hujung Minggu
- Sara Zulkifli / Sarancak
- Adam Tun Tuah
- Ijal Azhar
- Fieyna Azman
- Shahir Subari
Penyampai Digital
- Sara Zulkifli / Sarancak (Sejak 2015)
Bekas Penyampai
Penyampai utama.
Penyampai Hot FM T'ganu (2011-2015)
Nama
|
Nama samaran
|
Catatan
|
---|
Mohd Rafly Rahamat
|
Rafly
|
berpindah ke Manis FM, telah meninggal dunia 2018
|
Mohd Hermansani Aminudin
|
Bell
|
|
Muhammad Azri Ismail
|
Azri
|
|
Nurul Ain Omar
|
Ain
|
|
Ahmad Zulhilmie Zainal / Zul
|
Zul
|
Eksekutif Muzik / Penyampai Hot FM Cakne
|
Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad
|
Rea
|
diserap ke Kool FM
|
Muhammad Saifuddin Rashid / El
|
El
|
diserap ke Hot FM
|
Penyampai Hot FM Kelate (2011-2015)
Nama
|
Nama samaran
|
Catatan
|
---|
Shazwani Mohamad Shakeri
|
Shaz
|
berpindah ke Manis FM,
|
Syed Mohd Farid Mohd Nor
|
Farid
|
dipindahkan ke Kool FM
|
Mohamad Hafizie Roslan
|
Fizie
|
diserap ke Hot FM
|
Wan Zuraini Wan Hasan
|
Renny
|
|
Mohd Izzul Nazmi Mazri
|
Izzul
|
Eksekutif Muzik / Penyampai Hot FM Cakno
|
Ezaq Kamil
|
Ezaq
|
diserap ke Kool FM
|
Program
Isnin - Jumaat
Segmen
|
Penyampai
|
Masa
|
---|
Geng Pagi Hot
|
Fizie, Mark Adam & Riena Diana
|
06:00 - 10:00
|
Muzik Hot
|
-
|
10:00 - 16:00
|
Jam Hot
|
Deen, Fad & Haziq
|
16:00 - 20:00
|
Mega Hot
|
Zetty
|
20:00 - 00:00
|
Sabtu
Segmen
|
Penyampai
|
Masa
|
---|
Top 40 Hot
|
Zetty
|
09:00 - 13:00
|
Hello Hot (Dedikasi)
|
Penyampai Hujung Minggu
|
13:00 - 20:00
|
Hot Buzz
|
Deen & Haziq
|
20:00 - 22:00
|
Jamming Hot
|
-
|
22:00 - 00:00
|
Ahad
Segmen
|
Penyampai
|
Masa
|
---|
Hot Buzz (Ulangan)
|
Deen & Haziq
|
09:00 - 11:00
|
Apa Yang Hot
|
Penyampai Hujung Minggu
|
11:00 - 12:00
|
Jamming Hot (Ulangan)
|
-
|
12:00 - 14:00
|
Hello Hot
|
Penyampai Hujung Minggu
|
14:00 - 20:00
|
Top 40 Hot (Ulangan)
|
Zetty
|
20:00 - 00:00
|
Frekuensi
Frekuensi
|
Kawasan siaran
|
Tapak pemancar
|
---|
97.6 MHz
|
Lembah Klang
|
Gunung Ulu Kali
|
88.2 MHz
|
Kedah, Perlis dan Pulau Pinang
|
Gunung Jerai
|
104.5 MHz
|
Ipoh, Perak
|
Gunung Kledang
|
99.5 MHz
|
Seremban, Negeri Sembilan
|
Gunung Telapak Buruk
|
104.3 MHz
|
Melaka dan Johor Utara
|
Gunung Ledang
|
90.1 MHz
|
Johor Bahru, Johor dan Singapura
|
Gunung Pulai
|
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
|
90.5 MHz
|
Taiping, Perak
|
Bukit Larut
|
92.4 MHz
|
Kuantan, Pahang
|
Bukit Pelindung
|
105.0 MHz
|
Kuala Terengganu, Terengganu
|
Bukit Besar
|
105.1 MHz
|
Kota Bharu, Kelantan
|
Peringat
|
94.3 MHz
|
Kuching, Sarawak
|
Bukit Djin
|
87.7 MHz
|
Kota Kinabalu, Sabah
|
Bukit Karatong
|
Laman Sosial & Hiburan
Youtube Hot FM (Hot TV)
Hot FM mendominasi radio digital melalui Youtube dengan sajian video-video menarik, dengan jenama Hot TV. Ia menampilkan penyampai digital Sara Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Sarancak. Hot TV mempunyai dua jenis kandungan kreatif utama iaitu segmen-segmen yang dihoskan oleh Sarancak dan kandungan-kandungan kreatif lain.
Segmen
|
Nama Segmen
|
Catatan
|
---|
Bersama Sarancak
|
Cak Bersama Sarancak
|
Segmen temu ramah artis tempatan sambil bermain permainan kreatif tertentu
|
Nothing Aneh
|
Segmen bersama Rer Ramzul bagi berkongsi tips dan fakta menarik.
|
Bro Cuba
|
Segmen bersama Geng Pagi Hot bagi menyahut cabaran tertentu
|
Sembang Belakang
|
Segmen bersama Geng Pagi Hot bagi membincangkan isu-isu tertentu secara santai
|
#SaraNakMeletup
|
Segmen khas sepanjang proses kehamilan Sarancak
|
#Saramadan
|
Segmen sepanjang Ramadan 1440H (2019) dengan pengisian khas seperti belajar tajwid
|
Hot Scoop
|
Segmen perkongsian mingguan mengenai fakta tertentu mengenai artis.
|
Geng Sara
|
Sara and the "geng" dalam sebuah komedi pendek
|
Sis Cuba
|
Sara mencuba pelbagai karenah yang tular di media sosial
|
Sara Cabar
|
Cabaran yang dilakukan oleh Sara hasil daripada permintaan peminat
|
Kandungan lain
|
Hot FM Live
|
Penstriman secara langsung Hot FM di Youtube
|
Jamming Hot
|
Platform artis menyanyi secara langsung di studio
|
Geng Pagi Hot
|
Sedutan rakaman menarik di belakang tabir ketika Geng Pagi Hot bersiaran.
|
Parodi Hot
|
Penyampai radio menghasilkan parodi mengenai topik-topik semasa
|
Lawak Vaganza
|
Pertandingan komedi radio yang menyaksikan pelawak melakukan sketsa selama tiga minit mengikut tema setiap minggu.
|
Aplikasi Hot FM
Hot FM mempunyai aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Apple App Store bagi pengguna iOS dan Google Play Store bagi pengguna Android.
Rancangan Pagi di Hot FM
Segmen Pagi Hot FM adalah antara segmen popular di Malaysia. Pada mulanya, segmen pagi Hot FM dinamakan sebagai Hot FM AM Krew yang diterajui oleh dua penyampai popular Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Marcapada, rancangan ini diterajui oleh Ajak Shiro, Fizie dan Haziq (2016) dan dinamakan Geng Pagi Hot. Rancangan ini telah mendapat rating kira-kira 3 juta pendengar purata seminggu.
Penyampai Radio Pagi
Tahun
|
Penyampai
|
---|
2006 - 2009
|
Faizal Ismail & Fara Fauzana
|
2010 - 2011
|
AG, Faizal Ismail & Fara Fauzana
|
2012
|
AG, Faizal Ismail, Fara Fauzana & Usop Wilcha
|
2013
|
AG, Faizal Ismail & Fara Fauzana
|
2014 - 2016
|
AG, Fara Fauzana, & Fizie
|
2016
|
Ajak Shiro, Fizie & Haziq
|
2017 - 2019
|
Ajak Shiro, Fizie & Shuk
|
2019 - kini
|
Fizie & Shuk
|
Segmen
Segmen
|
Tentang Segmen
|
---|
Panggilan Hangit
|
Apabila Geng Pagi Hot mengenakan pendengar melalui telefon mengikut jalan cerita yang dicadangkan oleh pendengar
|
Sketcah GPH
|
Sketsa pendek dan 'pecah' oleh Geng Pagi Hot
|
Geng hari Jadi Hot
|
Anda sambut hari lahir? Daftar di sini dan Geng Pagi Hot akan menelefon anda. Mungkin mereka akan menyanyikan lagu hari jadi atau membuat kejutan untuk anda!
|
English Hot
|
Dengarkan gelagat Geng English Hot belajar English bersama-sama Teacher Fatty. Gurau senda mereka pasti membuatkan anda tertawa!
|
Geng Borak Hot
|
Topik harian yang hangat dan viral yang dibincangkan oleh Geng Pagi Hot serta pendengar.
|
Geng Nasihat Hot
|
Nasihat yang ringan dan santai oleh Geng Pagi Hot dalam bentuk sketsa
|
Menarik Pelik Jelik
|
Sebuah info di mana Geng Pagi Hot akan menyampaikan 1 berita menarik, 1 berita pelik dan 1 berita jelik. Anda mungkin tidak mempercayai berita tersebut tetapi ia adalah sebuah fakta!
|
Peraduan Hot FM Nyanyi Semula
Anda tak perlukan kuasa luar biasa. Tak perlu jadi adiwira yang boleh baca fikiran orang ataupun yang boleh terbang. Anda hanya perlukan memori yang kuat untuk peluang menang RM100 atau wang terkumpul. Jadi pemanggil terpantas apabila isyarat memanggil ke udara. Lepas tu, nyanyi semula bahagian lagu yang telah diberikan oleh Geng Pagi Hot. Pastikan lirik korang tu betul! Kalau suara sedap lagi bagus! Jikalau gagal, wang akan bertambah RM 100!
KUTIPAN WANG TERTINGGI: RM 21 100 (OKTOBER 2017); Lagu: Aku Mula Rindu (Hez Hazmi)
Rancangan Petang di Hot FM
Rancangan Petang Hot FM sering menjadi peneman rakyat Malaysia ketika berada dalam kesesakan lalu lintas. Anda boleh "chilax" dengan lagu-lagu Hit serta segmen menarik dalam Jam Hot (dulu dikenali sebagai Hot FM Jam). Rancangan ini pertama kalinya diterajui oleh dua penyampai yang berdarah Jawa, Kieran & AG dan dikenali sebagai "Jawarangers". Akan tetapi, mereka dipisahkan pada 2010. Sekarang ini, Jam Hot dikendalikan oleh penyampai paling lama di Hot FM, Deen bersama pelawak duo dari kumpulan Titan iaitu Issey dan Ammar. Selepas hal yang berlaku terhadap Ammar dalam rancangan "Sukan Tak Sentral" di TV3 yang menjadi kontroversi, Ammar digantung tugas sebagai pengacara dan penyampai radio.
Penyampai Radio Petang
Tahun
|
Penyampai
|
---|
2006 - 2009
|
AG & Kieran
|
2010 - 2012
|
Ikhwan, Kieran & Suraya
|
2013
|
Ikhwan & Kieran
|
2014
|
Ikhwan, Kieran & Liza
|
2015 Penggal Pertama
|
Ikhwan & Liza
|
2015 Penggal Kedua
|
Deen, Haziq & Liza
|
2016 - 2018
|
Ammar, Deen & Issey
|
2018 - 2019
|
Ammar & Deen
|
2019 - kini
|
Deen & Haziq
|
Segmen
Segmen
|
Tentang Segmen
|
---|
Ayat Power Jam
|
“Pick Up Line” daripada Deen dan Issey kepada pendengar. Pendengar akan memberikan markah samada “cair” atau “biasa-biasa je”.
|
Kejohanan Jam Hot
|
Uji minda dengan menyenaraikan perkara-perkara berkenaan dengan tajuk yang diberikan. Mereka akan mengumpul markah harian dan pada hujung bulan akan diumumkan siapa pemenang untuk bulan berkenaan.
|
Topik
|
Topik ringan serta santai yang sesuai semasa pendengar pulang dari pejabat.
|
Gelak Siapa Tu?
|
Jom teka gelak selebriti manakah itu? Jam Hot akan memainkan tiga gelak oleh tiga selebriti yang berlainan. Anda berpeluang memenangi RM 100 atau wang terkumpul. Setiap hari, Jam Hot akan memberikan klu tentang artis tersebut.
|
RujukanPautan luar