Johan Raja Lawak

Pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia

Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan (lahir 13 Jun 1984) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau mempunyai darah kacukan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapanya. Bakatnya diwarisi daripada bapa saudaranya, pelawak lagenda Salih Yaacob. Beliau mengacarakan program realiti Raja Lawak sejak musim kedua setelah memenangi tempat ketiga pada musim pertama. Beliau merupakan peserta Maharaja Lawak bergandingan bersama Zizan yang membentuk gandingan Jozan dan dinobatkan sebagai naib juara. Disamping itu, beliau juga adalah seorang penyampai radio Era dan mengendalikan segmen pagi bersama Ray dan Hanif. Mereka bertiga dikenali sebagai JoHaRa pagi Era pada setiap isnin hingga jumaat (6-10 pagi). Johan juga adalah pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular (ABPBH 2011) yang telah berlangsung pada April 2012.

Johan
Kelahiran
Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz

(1984-06-13) 13 Jun 1984 (umur 37)
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif2007–kini
Ketinggian1.67 m (5 ka 6 in)
PasanganOzlynn Waty ()
Anak6
Ibu bapa
  • Norhayati Lim binti Abdullah (ibu)
SaudaraSalih Yaacob (bapa saudara)

Johan ialah anak saudara kepada pelawak veteran, Salih Yaacob[1] dan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn Waty sebelum bergelar selebriti lagi.

Johan juga merupakan seorang peminat tegar Arsenal. Beliau kerap kali dilihat memakai jersi Arsenal dan meminati pasukan tersebut sejak dari kecil lagi.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Din Filem pertama
2010 Hantu Kak Limah Balik Rumah Abi Hurairah
2011 Raya Tak Jadi Bob
Libas Hamadi
2012 Bujang Terlajak Johan
Uncle Usin 11
Berani Punya Budak Detektif Azlan
2013 Papadom 2 Jemah Penampilan khas
2014 Ribbit Ribbit (suara)
2018 Wheely Putt Putt (suara)
2022 Abang Long Fadil 3 Pos-produksi
TBA Baik Punya Ah Long Pos-produksi

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Awek Ku Bukan Awek Mu Astro Ria
2009 Geng Raya Zizan Budak Rempit/Workshop
2010 Osman Brani Astro Prima
Nak Balik Raya Borhanuddin
Halimah Jongang Ali
2011 Hang Pa La Hang Tu
Drogba & Rooney Drogba
Puding Bling-Bling Astro Warna
2012 Syawal Pertama Kasim TV3
2013 New York Cinta Radio DJ Astro First Eksklusif
2015 Hantu Bluerey Joni Astro Ria

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008–2011 LawaKing Astro Prima
2010 Chaparela Jali Putih Astro Warna
Rabunnya Cinta Hussein Astro Prima
2010–2011 Alang Menanti Malang Astro Warna
2011 Jejaka J Astro Prima
S.Y.O.K. TV1
2011–2014 Edisi Khas TV3
2011–2013 Elly & Epit Johari Astro Ceria

TeaterSunting

Tahun Tajuk
2012 Lawak Ke Der?
2013 Lawak Ke Der? 2

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008–2013 Raja Lawak Pengacara bersama Zizan Razak Astro Prima
2009–2010 Jozan Show Pengacara bersama Zizan Razak
2010 Galaksi Sharp Pengacara Astro Ria
2011 Konsert Lawak Jozan Astro Warna
Festival Filem Malaysia ke-23 Pengacara bersama Fauziah Ahmad Daud Astro Prima
2012 Achaner Tu Johan Pengacara Astro Warna
2012 ABPBH 2012 Jozan TV3
2014 Skool Of Lawak Pengacara bersama Jep Sepahtu Astro Warna
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Jozan Astro Ria
Betul ke Bohong? (Musim 6 - 7) Pengacara Astro Warna
2016 Betul ke Bohong? Sayang Pengacara bersama isteri
Lawak Solo Pengacara bersama Fad Bocey
2018 Jozan Live Pengacara bersama Zizan Razak dan PU Azman

PesertaSunting

Tahun Tajuk
2007 Raja Lawak
2011 Maharaja Lawak
Mega Raya 2011
2012 Anugerah Shout! 2012
Maharaja Lawak Mega 2012
Super Spontan 2012
2013 Super Spontan 2013
2014 Super Spontan 2014
2015 Super Spontan All Star
2016 Super Spontan Superstar
2017 Karok Gram

RadioSunting

Tahun Stesen Tajuk
2010–kini Era JoHaRa Pagi Era

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2007 Raja Lawak Tempat ketiga Johan Menang
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Artis Komedi Lelaki Popular Tercalon
2011 Maharaja Lawak Tempat kedua bersama (Zizan Razak) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Komedi Lelaki Popular Menang
2012 Super Spontan Tempat kedua Menang
Anugerah Blokbuster Raya Tak Jadi Tercalon
Anugerah Shout! 2012 Hantu Kak Limah Balik Rumah Gandingan di Layar Serasi bersama Awie & Usop Wilcha Tercalon
Raja Lawak 6 Gandingan di Layar Serasi bersama Zizan Razak Tercalon
Personaliti TV Terbaik Tercalon
Maharaja Lawak Mega 2012 N/A Juara bersama Zizan Razak Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Artis Komedi Lelaki Popular Johan Tercalon
Penyampai Radio Lelaki Popular Tercalon
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Penyampai Radio MeleTOP Johan "(Era FM)" Menang
Program Radio MeleTOP JoHaRa Pagi Era "(Era FM)" Menang
Artis Lawak MeleTOP Johan Menang
Artis Top-Top MeleTOP (Lelaki) Johan Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Penyampai Radio Lelaki Popular Johan Menang
Artis Romantis Popular Johan & Ozlynn Menang
Super Spontan Superstar All Stars Naib Juara Johan Menang
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Artis Lawak MeleTOP Johan Menang
Couple MeleTOP Johan & Ozlynn Menang
Penyampai Radio MeleTOP Johan "(Era FM)" Menang
Artis Top-Top MeleTOP (Lelaki) Johan Menang

RujukanSunting

  1. ^ "Tambah cawangan". myMetro. 5 Mei 2011. Dicapai pada 8 September 2014.

Pautan luarSunting