TV2 (televisyen ini dikenali sebagai Rangkaian Kedua) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Rangkaian Kedua) ialah saluran televisyen terestrial tertua di Malaysia. Saluran itu secara rasminya memulakan siaran pada 17 November 1969 jam 9:00 malam dengan bersiaran 1 jam dan 47 minit sehari bermula dari jam 9:00 malam sehingga 10:47 malam sebagai Rangkaian Kedua. TV2 utamanya ialah di Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Kecuali set studio untuk siaran berita TV2 kini bersiaran dari Wisma Berita RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur. TV2 ialah stesen TV kedua dan kedua tertua di Malaysia.

TV2
TV2 RTM.png
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
 Singapura
 Brunei
 Thailand (Thailand Selatan)
 Indonesia (Kalimantan dan Kepulauan Riau)
SloganSaluran Dunia Anda
(7 Mei 1979-26 Disember 1987)
Saluran Emas
(27 Disember 1987-31 Julai 2004)
Saluran Famili Anda
(1 Ogos 2004-31 Disember 2008)
Dunia Ria
(sejak 1 Januari 2009)
Ibu pejabat
Pengaturcaraan
Bahasa
Format gambar1080i (16:9/HDTV)
Pemilikan
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembar
Sejarah
DilancarkanMalaysia 17 November 1969; 53 tahun yang lalu (1969-11-17) sebagai Rangkaian Kedua
Malaysia 1 April 2019; 4 tahun yang lalu (2019-04-01) (MYTV) (HD)
Malaysia 1 April 2021; 2 tahun yang lalu (2021-04-01) (Astro dan NJOI) (HD)
DitutupMalaysia 31 Mac 2019; 4 tahun yang lalu (2019-03-31) (MYTV) (SD)
Malaysia 31 Mac 2021; 2 tahun yang lalu (2021-03-31) (Astro dan NJOI) (SD)
Brunei 31 Mac 2022; 13 bulan yang lalu (2022-03-31) (Kristal-Astro) (HD)
Nama dahuluRangkaian Kedua (17 November 1969-6 Mei 1979)
RTM2 (7 Mei 1979-31 Januari 1990 dan 1 April 2006-31 Disember 2008)
Pautan
Laman webtv2.rtm.gov.my
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia MYTVSaluran 102 (HD)
Satelit
Malaysia AstroSaluran 102 (HD)
Malaysia NJOISaluran 102 (HD)
IPTV
Malaysia Unifi TVSaluran 102 (SD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / Sooka
Malaysia MYTVMYTV Mana Mana
Malaysia RTMKlikTonton secara langsung
Malaysia Unifi TVplayTV@unifi

Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC Two.

SejarahSunting

TV2 memulakan siarannya sebagai Rangkaian Kedua pada 17 November 1969 jam 9:00 malam dengan bersiaran 1 jam dan 47 minit sehari bermula dari jam 9:00 malam sehingga 10:47 malam apabila Televisyen Malaysia (kini dikenali sebagai TV1) bercabang menjadi dua saluran dan bergabung dengan Radio Malaysia untuk menjadi jabatan penyiaran masa kini. TV1 dikenali sebagai Rangkaian Pertama dan menawarkan program berita dan hiburan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin.

TV2 mula menyiarkan dalam warna sejak 7 Mei 1979 di Semenanjung Malaysia dan sejak 31 Ogos 1980 di Sabah dan Sarawak tepat pada masanya Hari Merdeka.

Dari 17 November 1969 sehingga 31 Disember 1975, TV2 bersiaran selama 1 jam dari 9:00 malam sehingga 10:45 malam.

Dari 1 Januari 1976 sehingga 6 Mei 1979, TV2 bersiaran selama 2 jam dari 7:00 malam sehingga 9:00 malam.

Pada 7 Mei 1979, Rangkaian Kedua RTM telah rasmi melancarkan nama baharu RTM2.

Dari 7 Mei 1979 sehingga 30 Ogos 1984, TV2 bersiaran selama 4 jam dari 6:00 petang sehingga 10:00 malam.

Dari 31 Ogos 1984 sehingga 1 Februari 1990, TV2 bersiaran selama 6 jam dari 6:00 petang sehingga 12:00 malam.

Pada 2 Februari 1990, RTM2 telah rasmi melancarkan nama baharu TV2.

Dari 2 Februari 1990 sehingga 31 Disember 1995, TV2 bersiaran selama 7 jam dari 5:00 petang sehingga 12:00 malam.

Dari 1 Januari 1996 sehingga 31 Disember 1996, TV2 bersiaran selama 8 jam dari 4:00 petang sehingga 12:00 malam.

TV2 mula memasuki platform Astro pada 1 Oktober 1996.

Dari 1 Januari 1997 sehingga 31 Disember 1998, TV2 bersiaran selama 9 jam dari 3:00 petang sehingga 12:00 malam.

Dari 1 Januari 1999 sehingga 31 Disember 1999, TV2 bersiaran selama 10 jam dari 2:00 petang sehingga 12:00 malam.

Dari 1 Januari 2000 sehingga 31 Disember 2000, TV2 bersiaran selama 11 jam dari 1:00 petang sehingga 12:00 malam.

Dari 1 Januari 2001 sehingga 31 Disember 2001, TV2 bersiaran selama 12 jam dari 12:00 tengah hari sehingga 12:00 malam.

Dari 1 Januari 2002 sehingga 30 April 2002, TV2 bersiaran selama 13 jam dari 11:00 pagi sehingga 12:00 malam.

Dari 1 Mei 2002 sehingga 31 Ogos 2002, TV2 bersiaran selama 14 jam dari 10:00 pagi sehingga 12:00 malam.

Dari 1 September 2002 sehingga 31 Disember 2004, TV2 bersiaran selama 15 jam dari 9:00 pagi sehingga 12:00 malam.

Dari 1 Januari 2005 sehingga 2 Januari 2006, TV2 bersiaran selama 18 jam dari 6:00 pagi sehingga 12:00 malam.

Pada 3 Januari 2006, TV2 memulakan siaran 24 jam sehari buat pertama kalinya menyiarkan lebih rancangan untuk sesiapa yang bangun lewat menonton televisyen.

Pada 1 April 2006, TV2 telah rasmi melancarkan nama baharu RTM2.

Pada 1 Januari 2009, RTM2 telah rasmi melancarkan nama baharu TV2.

TV Pendidikan (kini DidikTV KPM) juga dahulunya disiarkan pada hari Rabu dan Khamis waktu pagi hingga petang di TV2 dari 1 April 1994 hingga 31 Disember 1999.

Pada 1 April 2019, TV2 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-73 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-58 telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan MYTV DTT di Saluran 102 (HD).

TV2 kini bersiaran 24 jam setiap hari sepenuhnya sejak 3 Januari 2006.

TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

TV2 (saluran 102) semua program ada dengan serikata bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

TV2 kini bersiaran di MYTV saluran 102 dalam format HD (definisi tinggi).

RancanganSunting

BeritaSunting

  • Updates@Noon (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Mandarin (华语新闻 Hua Yu Xin Wen) (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Tamil (தமிழ்ச் செய்திகள் Tamil Seithigal) (Tayangan serentak di Berita RTM).

SukanSunting

Slot rancanganSunting

HiburanSunting

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting