TV6 adalah saluran televisyen kerajaan yang keenam milik Radio Televisyen Malaysia[1] TV6 imbasan kembali yang menyiarkan rancangan arkib seperti drama, hiburan muzikal Melayu klasik, retro, hiburan dan dokumentari yang pernah disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia. Saluran ini memulakan siaran percubaannya pada 1 Mac 2021 dan meningkatkan waktu penyiaran kepada 20 jam dari 6:00 pagi hingga 2:00 pagi pada 1 September 2021.

TV6
NegaraMalaysia
Kawasan siaran
Ibu pejabatAngkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
Bahasa
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembar
Sejarah
Dilancarkan
  • 1 Mac 2021; 2 tahun yang lalu (2021-03-01)
    (MYTV) (HD)
Ketersediaan
Terestrial
MYTVSaluran 113 (HD)
Satelit
Astro/NJOISaluran 148 (HD)
Media penstriman
MYTVMYTV Mana Mana
RTMKlikTonton secara langsung

TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

TV6 kini bersiaran di MYTV saluran 113 dalam format HD (definisi tinggi).

Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC One dan BBC Two.

Kesemua rancangan klasik seperti filem petik Melayu klasik, drama retro dan hiburan retro yang pernah disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia pada era 1960-an, 1970-an, 1980-an, 1990-an, 2000-an dan 2010-an disiarkan di TV6 dan juga di TV1 dan TV2.

Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman RTM, RTM Klik dan MYTV Mana Mana.

Tetapi, Mulai 1 Disember 2023, TV6 kini di platform Astro dan NJOI Saluran 148 (HD), 8tv akan berpindah ke Saluran 748 (SD), yang lain TV3 Saluran 103 (SD), ntv7 Saluran 147 (SD) dan TV9 Saluran 149 (SD) yang tidak berubah.

Rancangan sunting

Drama Retro sunting

  • Amira (Telefilem)
  • Anjang Aki
  • Buruan (Telefilem)
  • Datuk Lela Setia Diraja (Drama Bangsawan)
  • Di Tebing Kenangan
  • Down Memory
  • Drama Minggu Ini
  • Empat Sekawan (Drama berbahasa Cina)
  • Keris Gandasari (Drama Bangsawan)
  • Pelari (Telefilem)
  • Opah

Hiburan Retro sunting

  • Bersama TV2
  • Bintang Kugiran RTM
  • Bintang Pujaan
  • Bintang RTM
  • Dendang Warisan
  • Gala 2
  • Gendang Kencana
  • Getaran
  • Hiburan Minggu Ini
  • Juara Kugiran 1970
  • Konsert Bulanan Istimewa Bersama
  • Mekar Sejambak 1985-1988
  • Nostalgia D'Klasik
  • Muzik Klasik 70-an
  • Pop Yeh Yeh Klasik
  • Puspa Warna
  • Temasya Aidiladha
  • Temasya Aidilfitri

Dokumentari sunting

  • Seru Qasidah (ulangan dari TV1)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "RTM ada saluran baharu TV6". Dicapai pada 2021-03-04.

Pautan luar sunting