Negaraku

lagu kebangsaan Malaysia

"Negaraku" (Jawi: نݢاراکو) dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Negaraku
نݢاراکو

Lagu Kebangsaan  Malaysia
LirikSecara koletif (pengarang asal: Saiful Bahri), 1957
MuzikPierre Jean de Beranger
Diguna pakai1957; 67 tahun yang lalu (1957)

Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan telah terpilih. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu. Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.

Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.

Lagu Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali.

Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju.

Lirik

Bahasa Melayu[1][2] Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,

Rahmat Bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.

Rahmat Bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.

Oh my motherland,
Where my life began
Where people lives
In harmony and prosperity

With God given
Blessing of happiness
Our King
Reign in peace

With God given
Blessing of happiness
Our King
Reign in peace

我的國家,
我生長的地方。
各族團結
前途無限無量。

但願上蒼,
福佑萬民安康。
祝我君王,
國祚萬壽無疆。

但願上蒼,
福佑萬民安康。
祝我君王,
國祚萬壽無疆。

எனது நாடே
என் குருதி சிந்திய மண்ணே
மக்கள் வாழ்வே
ஒற்றுமையே முன்னேற்றமே

அருளோடும் மகிழ்வோடும்
இறைமை வழங்கிடும்
எங்கள் மாமன்னர்
முறையாட்சி வாழியவே

அருளோடும் மகிழ்வோடும்
இறைமை வழங்கிடும்
எங்கள் மாமன்னர்
முறையாட்சி வாழியவே

Sejarah

 
Pierre Jean de Beranger, pencipta melodi Perancis popular bertajuk "La Rosalie", dari mana lagu ini telah diterima pakai.

Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.

Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang menggubah lagu perbarisan untuk permahkotaan Ratu Elizabeth II, penggubah opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir Said. Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak.

Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara.

Lagu ini telah popular di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.

Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku. Selepas itu irama ini tidak lagi dijadikan sebagai lagu hiburan kerana dilarang.

Cadangan menamakan semula

Lagu Negaraku dalam rentak baru kurang popular. Malah ada yang menyamakan tempo lagu baru seperti lagu sirkus. Pada Julai 2003 akhbar Malaysia menyatakan bahawa lagu Negaraku akan ditukar sekali lagi dan liriknya akan ditukar dari Negaraku kepada Malaysiaku. Terdapat bantahan ramai dan pertukaran nama dibatalkan, tetapi lagu Negaraku diubah dan dikembalikan kepada tempo pra-1992 oleh pengubah Wah Idris.[3][4]

Lagu lain dengan melodi sama

Tiga rekod peti nyanyi versi telah dikeluarkan pada tajuk berikut mengandungi lagu yang sama lagu Malaysia:

1930an

"Mamula Moon" telah ditekan pada Parlophone Records (Catalogue Ruj: F.2211) dalam tahun 1930-an, yang dipersembahkan oleh British Band Legend, Geraldo and His Orchestra, dengan vokal oleh Danny Vaughn. Lagu cinta ini dipersembahkan dengan menggunakan instrumen jazz pada rentak tarian foxtrot.

1940an

"I Shall Return" dirakamkan oleh Anne Shelton pada tahun 1940-an, oleh Pickwick Music Ltd, yang diterbitkan di Decca 78rpm rekod (Catalogue Ref. F.10037 / DR.17340).

1950an

Lagu ini juga dirakamkan oleh pemimpin band Sydney Latin Paul Lombard (juga dikenali sebagai Paul Lombard and His Orchestra), sebagai "Malayan Moon" pada tahun 1952 dengan lirik yang dinyanyikan oleh Joan Wilton (dalam bahasa Inggeris) dan Geoff Brooke (dalam bahasa Melayu), yang dikeluarkan oleh Columbia Records di Sydney sebagai D0-3460. Kepentingan sekeping rakaman, yang hanya dimainkan pada gramofon berjalan pada 78 kelajuan rpm, adalah bahawa muzik latar belakang dijalankan supaya sama dengan gaya latar belakang muzik Malaya, menetapkan keaslian dan suasana Malaya sahih untuk lagu. Lagu ini dipersembahkan oleh bukan bumiputera (Australia) nyanyian dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Lirik membentangkan suasana kisah cinta antara dua kekasih. Sisi lain rakaman itu adalah lagu "Planting Rice", juga dipersembahkan oleh Paul Lombard disertakan dengan korus vokal oleh Joan Wilton. Sekeping muzik telah hak cipta oleh Southern Music Co. Sydney.

"Negaraku" sebagai lagu yang berasal dari asal-usul Hawaii, yang kemudian digunakan sebagai lagu kebangsaan Perak, tetapi tidak lagi sebagai lagu untuk seluruh Tanah Melayu pada masa itu.[5]

Peraturan

Peraturan memainkan lagu "Negaraku" adalah termaktub dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Sindiran

Konfrontasi

Ketika Indonesia melancarkan Konfrontasi terhadap Malaysia pada tahun 1963, Sukarno selalu menyindir lagu "Negaraku" dengan menyanyikan lagu "Terang Bulan" di majlis-majlis yang beliau hadiri.[perlu rujukan]

Negarakuku

Untuk bacaan lanjut sila ke:

Pada tahun 2007, sebuah video di Youtube telah memaparkan sebuah video parodi lagu Negaraku yang dijadikan bahan utama bagi sebuah lagu rap kontroversi bertajuk Negarakuku oleh seorang pelajar Malaysia berkaum Cina bernama Wee Meng Chee yang ketika itu belajar di Taiwan.

Lagu ajukan tersebut mengandungi lirik-lirik berbahasa Cina yang kelihatan menyinggung perasaan orang Melayu umat Islam dan memburuk-burukkan kerajaan. Sungguhpun begitu, namun Wee menafikan adalah niatnya untuk menghina golongan berkenaan, sebaliknya hendak mengajak kaum Cina Malaysia menghayati "keunikan yang ada di negara ini."[6]

Tajuk video Negarakuku mungkin bermaksud "Negaraku-ku", kependekan perkataan -ku merujuk kepada kata ganti nama individu iaitu "Saya" dalam bahasa Melayu. Secara alternatifnya, ia mungkin juga bermaksud Negara kuku dimana "kuku" berbunyi seperti perkataan "cuckoo", bermaksud "gila" dalam bahasa Inggeris. Maka, Negara kuku mungkin bermaksud negara gila. Dalam bahasa Melayu, kuku merujuk kepada binaan keratin protein dibahagian atas kulit dihujung jari. Oleh itu, mana mungkin Wee memaksudkan Negara kuku atau tepat lagi negara dihujung jari. Kuku dalam bahasa Hokkien bermaksud zakar.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Negaraku" (PDF). Jabatan Pertanian Malaysia. Dicapai pada 2022-02-04.
  2. ^ "Lirik Lagu Negaraku" (PDF). Majlis Bandaraya Petaling Jayal. Dicapai pada 2022-02-04.
  3. ^ "More people are against changing Negaraku to Malaysiaku". New Straits Times. 17 August 2003. Dicapai pada 31 July 2015.[pautan mati kekal]
  4. ^ Kent, Jonathan (31 August 2003). "New anthem marks Malaysia's Independence Day". BBC News. Dicapai pada 31 July 2015.
  5. ^ "LAGU KEBANGSAAN NEGERI PERAK". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-17. Dicapai pada 2016-11-01.
  6. ^ Suffian Abu Bakar (9 Ogos 2007). "Negaraku: Meng Chee mohon maaf". Utusan Malaysia. Check date values in: |date= (bantuan)[pautan mati kekal]

Sumber petikan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Audio luar
  Rendisi vokal Diperoleh 13 Oktober 2014