TV1 (televisyen ini dikenali sebagai Televisyen Malaysia dan Rangkaian Pertama) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Televisyen Malaysia) ialah saluran televisyen terrestrial tertua di Malaysia. Saluran itu secara rasminya mula disiarkan pada 28 Disember 1963 jam 6:00 petang dengan bersiaran 3 jam sehari bermula dari jam 6:00 petang sehingga 9:00 malam sebagai Televisyen Malaysia. TV1 utamanya ialah di Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Kecuali set studio untuk siaran berita TV1 kini bersiaran dari Wisma Berita RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur. TV1 ialah stesen televisyen pertama dan tertua di Malaysia. Moto utamanya ialah Mewarnaimu.

TV1
RTM TV1.png
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
 Singapura
 Brunei
 Thailand (Thailand Selatan)
 Indonesia (Kalimantan dan Kepulaun Riau)
Ahli gabunganBerita RTM
SloganSaluran Komunikasi Anda
(28 Disember 1978-26 Disember 1987)
Saluran Perdana
(27 Disember 1987-31 Julai 2004)
Saluran Infotainmen Anda
(1 Ogos 2004-31 Mac 2006)
Saluran Inforia
(1 April 2006-31 Disember 2008)
Saluran Informasi
(1 Januari 2009-31 Disember 2011)
Mewarnaimu
(sejak 1 Januari 2012)
Ibu pejabat
Pengaturcaraan
Bahasa
Format gambar1080i (16:9/HDTV)
Pemilikan
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembar
Sejarah
DilancarkanMalaysia 28 Disember 1963; 59 tahun yang lalu (1963-12-28) sebagai Televisyen Malaysia
Malaysia 1 April 2019; 4 tahun yang lalu (2019-04-01) (MYTV) (HD)
Malaysia 1 April 2021; 2 tahun yang lalu (2021-04-01) (Astro dan NJOI) (HD)
DitutupMalaysia 31 Mac 2019; 4 tahun yang lalu (2019-03-31) (MYTV) (SD)
Malaysia 31 Mac 2021; 2 tahun yang lalu (2021-03-31) (Astro dan NJOI) (SD)
Brunei 31 Mac 2022; 13 bulan yang lalu (2022-03-31) (Kristal-Astro) (HD)
Nama dahuluTelevisyen Malaysia (31 Disember 1963-16 November 1969)
Rangkaian Pertama (17 November 1969-28 Disember 1978)
RTM1 (28 Disember 1978-31 Januari 1990 dan 1 April 2006-31 Disember 2008)
Pautan
Laman webtv1.rtm.gov.my
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia MYTVSaluran 101 (HD)
Satelit
Malaysia AstroSaluran 101 (HD)
Malaysia NJOISaluran 101 (HD)
IPTV
Malaysia Unifi TVSaluran 101 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / Sooka
Malaysia MYTVMYTV Mana Mana
Malaysia RTMKlikTonton secara langsung
Malaysia Unifi TVplayTV@unifi

Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC One.

SejarahSunting

TV1 memulakan siarannya perkhidmatan televisyen di bawah nama Televisyen Malaysia diperkenalkan melancarkan secara rasmi pada 28 Disember 1963 tepat pada masanya untuk sempena perayaan Tahun Baharu jam 6:00 petang dengan bersiaran 3 jam sehari bermula dari jam 5:00 petang sehingga 9:00 malam kebangsaan di Kuala Lumpur dan siaran serantau di Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang, Alor Setar, Seremban, Tampin, Melaka dan Johor Bahru dengan studio pertamanya terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Televisyen Singapura yang berusia 10 bulan ketika itu (dilancarkan pada 15 Februari 1963) menjadi sebahagian daripada Televisyen Malaysia pada Januari 1964 sebagai stesen negerinya untuk penonton Singapura, peranan yang disampaikan sehingga 1965, apabila Singapura merdeka. Semasa menjadi sebahagian daripada Malaysia, Singapura, seperti tiga rakan kongsinya yang lain–Sabah, Sarawak dan Malaya mempunyai rangkaian radio sendiri, tetapi Singapura adalah satu-satunya negeri yang mempunyai rangkaian televisyen sendiri. Hak siaran radio dan televisyen negeri telah dimasukkan sebagai lampiran dalam Perjanjian Malaysia yang memperoleh autonomi dalam bidang ini antara lain.

Dari 19 Jun 1972 hingga 31 Mac 1994, TV1 berkongsi masa siaran dengan TV Pendidikan namun ia dibatalkan selepas 22 tahun bersiaran kerana siaran awal pagi di TV1 diperkenalkan pada 1 April 1994 ia kemudiannya dipindahkan ke TV2.

TV1 mula menyiarkan dalam warna sejak 28 Disember 1978 di Semenanjung Malaysia dan sejak 31 Ogos 1980 di Sabah dan Sarawak tepat pada masanya Hari Merdeka.

TV1 mula menyiarkan dalam sepenuh warna sejak 1 Januari 1982 di Semenanjung MalaysiaSabah dan Sarawak tepat pada masanya Tahun Baharu.

Siaran harian bermula 10 minit sebelum Azan Subuh dan berakhir pada 7:30 pagi manakala siaran 24 jam hanya boleh didapati ketika bulan Ramadan sahaja.

Pada 1 April 2019, TV1 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-73 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-58 telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan MYTV DTT di Saluran 101 (HD).

TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

TV1 (saluran 101) semua program ada dengan serikata bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

TV1 kini bersiaran di MYTV saluran 101 dalam format HD (definisi tinggi).

Dari 28 Disember 1963 sehingga 31 Disember 1970, TV1 bersiaran selama 3 jam dari 6:00 petang sehingga 9:00 malam.

Dari 1 Januari 1971 sehingga 30 Ogos 1976, TV1 bersiaran selama 4 jam dari 6:00 petang sehingga 10:00 malam.

Dari 31 Ogos 1976 sehingga 27 Disember 1978, TV1 bersiaran selama 6 jam dari 6:00 petang sehingga 12:00 malam.

Pada 28 Disember 1978, Rangkaian Pertama RTM telah rasmi melancarkan nama baharu RTM1.

Dari 28 Disember 1978 sehingga 31 Disember 1987, TV1 bersiaran selama 9 jam dari 3:00 petang sehingga 12:00 malam.

Dari 1 Januari 1988 sehingga 1 Februari 1990, TV1 bersiaran selama 10 jam dari 2:00 petang sehingga 12:00 malam.

Dari 2 Februari 1990 sehingga 31 Disember 1991, TV1 bersiaran selama 11 jam dari 1:00 petang sehingga 12:00 malam.

Pada 2 Februari 1990, RTM1 telah rasmi melancarkan nama baharu TV1.

Dari 1 Januari 1991 sehingga 31 Disember 1992, TV1 bersiaran selama 12 jam dari 12:00 tengah hari sehingga 12:00 malam.

Dari 1 Januari 1993 sehingga 30 April 1993, TV1 bersiaran selama 13 jam dari 11:00 pagi sehingga 12:00 malam.

Dari 1 Mei 1993 sehingga 31 Ogos 1993, TV1 bersiaran selama 14 jam dari 10:00 pagi sehingga 12:00 malam.

Dari 1 September 1993 sehingga 28 Februari 1994, TV1 bersiaran selama 15 jam dari 9:00 pagi sehingga 12:00 malam.

Dari 1 Mac 1994 sehingga 19 Julai 2012, TV1 bersiaran selama 18 jam dari 6:00 pagi sehingga 12:00 malam.

TV1 mula memasuki platform Astro pada 1 Jun 1996.

Pada 1 April 2006, TV1 telah rasmi melancarkan nama baharu RTM1.

Pada 1 Januari 2009, RTM1 telah rasmi melancarkan nama baharu TV1.

Pada 20 Julai 2012, TV1 memulakan siaran 24 jam sehari buat kedua kalinya menyiarkan lebih rancangan untuk sesiapa yang bangun lewat menonton televisyen.

Pada 6 Mei 2023, TV1 akan menyiarkan Berita Sukan iaitu Stadium RTM yang disiarkan pada setiap hari bermula jam 12:00 tengah hari dan 4:00 petang.

RancanganSunting

BeritaSunting

  • Berita Pagi (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Pagi Sabah (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Pagi Sarawak (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Conty News (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Semasa (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Tengah Hari (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Wilayah (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Kanta 744 (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Perdana (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Parlimen (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Dunia (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Tengah Malam (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Stadium RTM (Tayangan serentak di Sukan RTM).

Bual bicaraSunting

  • Kami Bah Ini
  • Kuppa Kupi
  • Inklusif (Tayangan serentak di Berita RTM)
  • Bicara DR (Tayangan serentak di Berita RTM)
  • Bicara Inspirasi
  • Bicara Naratif
  • Bicara Pengguna
  • Bicara Politikonomi
  • Pesona XY (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Selamat Pagi Malaysia (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Lensa IPT (Tayangan serentak di Berita RTM).

Bual bicara niagaSunting

Rancangan agama terbitan JAKIM dengan kerjasama RTMSunting

Rancangan khasSunting

  • Bicara Khas (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Hari Kebangsaan Malaysia (Secara langsung dan tayangan serentak bersama Berita RTM).
  • Hari Malaysia (Secara langsung dan tayangan serentak bersama Berita RTM).
  • Perutusan Khas bersama YAB Perdana Menteri.

Sidang MediaSunting

  • Sidang Media bersama YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
  • Sidang Media bersama YBhg Ketua Pengarah Kesihatan Muhammad Radzi Abu Hassan & YB Menteri Kesihatan.
  • Sidang Media bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
  • Sidang Media bersama YB Menteri Pendidikan.
  • Sidang Media bersama YB Menteri Pertahanan.
  • Sidang media bersama YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

ParlimenSunting

  • Langsung Dari Parlimen (Tayangan serentak di Berita RTM).

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting