TV Okey
Okey (televisyen ini dikenali sebagai RTMi, Muzik Aktif dan TVi) ialah saluran televisyen terestrial percuma di Malaysia yang dimiliki penyiar Malaysia oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Saluran ini secara rasminya mula bersiaran pada 21 Mac 2018 jam 8:00 malam.
![]() | |
Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran |
|
Slogan | Semua Okey |
Ibu pejabat |
|
Pengaturcaraan | |
Bahasa | |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Radio Televisyen Malaysia |
Saluran kembar | |
Sejarah | |
Dilancarkan | |
Ditutup | |
Nama dahulu |
|
Ketersediaan | |
Terestrial | |
MYTV | Saluran 110 (HD) |
Satelit | |
Astro/NJOI | Saluran 146 (HD) |
Penstriman | |
Astro | Astro GO / Sooka |
MYTV | MYTV Mana Mana |
TV1, TV2, TV6, Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
TV Okey kini bersiaran di MYTV di saluran 110 dalam format HD (definisi tinggi). Semua program disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC Three dan BBC Four.
Nama saluran tersebut merupakan akronim untuk "opportunity" (peluang), "knowledge" (ilmu), "experience" (pengalaman) dan "yours" (anda)
Sejarah Sunting
Sebelum saluran Okey wujud, empat saluran ujian dilancarkan oleh RTM sebagai sebahagian daripada percubaan penyiaran televisyen terestrial Digital (DTT) pada isi rumah terpilih dan rangkaian televisyen berbayar Astro dari 2006 hingga 2018. Saluran-saluran tersebut adalah RTMi, RTM Muzik Aktif dan TVi (TV Interaktif).[1] RTMi adalah saluran yang menyiarkan pratonton program RTM1 dan RTM2 sehingga jam 7:30 pagi, RTM Muzik Aktif adalah saluran muzik sementara TVi adalah saluran yang mempromosikan budaya Malaysia Timur.[2] Terdapat rancangan pada awal tahun 2010 untuk melancarkan saluran televisyen negeri untuk Sabah dan Sarawak oleh RTM, tetapi akhirnya mereka tidak direalisasikan. Di Sarawak, bagaimanapun, rancangan televisyen negeri kemudian dilakukan oleh Sarawak Media Group, yang melancarkan TVS pada 11 Oktober 2020. Saluran Okey rasmi majlis pelancaran pada 21 Mac 2018 pada waktu malam di Hilton Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Pada mulanya, Saluran Okey menggunakan nama panggilan Okey hanya digunakan semasa dalam siaran di RTM.
Saluran ini menyiarkan rancangan tempatan terdiri daripada drama tempatan dan Melayu serta rancangan tempatan yang disediakan oleh Radio Televisyen Malaysia.
Pada 1 April 2019, TV Okey telah rasmi memulakan penyiaran HDTV sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-73 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-58 telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan MYTV DTT di Saluran 110 (HD).
Mulai 6 April 2020, TV Pendidikan disiarkan di saluran setiap hari di bawah program Kelas @ Rumah kepulangannya ke RTM setelah 20 tahun.
Pergantian nombor di Astro Malaysia Sunting
Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di TV Okey:
Pada tanggal 16 Mac 2009, Okey dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 180.
Pada tanggal 1 April 2017, Okey telah dinomborkan semula dari saluran 180 ke saluran 109.
Pada tanggal 1 April 2020, Okey telah dinomborkan semula dari saluran 109 ke saluran 146.
Pada tanggal 1 April 2022, Okey dapat boleh disaksikan melalui Astro akan menambahkan siaran kualiti HD di saluran 146.
Senarai rancangan Sunting
Berita Sunting
- i-Kadazan (Tayangan serentak di Berita RTM)
- i-Iban (Tayangan serentak di Berita RTM)
- i-Bajau (Tayangan serentak di Berita RTM)
- i-Dusun (Tayangan serentak di Berita RTM)
Bual bicara Sunting
- Fresh Brew (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Infiniteen
- Kami Bah Ini (Tayangan ulangan, saluran asal TV1)
- Kuppa Kupi (Tayangan serentak di TV1)
- Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini (Khas Ramadan)
Dokumentari Sunting
- Mongindalan
- Pemburu Sungai
Majalah Sunting
- 13 Hari Semporna
- 3 Ke 5 Jerr
- Barat Ke Timur
- Busana Adat
- Dari Mata Langit
- Ekspresi Kasih
- Ekspresi Kreatif DIY Daphne
- Faces & Places Siri 4
- Fashion Factor
- Fesyen Fantasia
- Fit X
- Glamnista
- Helo Switzerland
- Inspirasi & Idea Siri 2
- Jom Sihat Bro
- Jom Ngail Siri 3
- Kembara Backpackers
- Kembara Rasa Jaket Biru
- Kopi Antara Benua
- Laman Impian Siri 2
- Layar Kasih
- Mahligai Idaman
- Miss Stylo
- Nuansa Busana
- Selfie Stylo
- Trek Sabah
- Trolley vs Backpackers
- World's Most Extreme Home
Masakan Sunting
- Culinary Genius
- Lunch With The Nik's
Rancangan pembelajaran di rumah Sunting
- Kelas @ Rumah
Slot rancangan Sunting
- Aksi Okey
- Check-in Okey
- Drama Okey
- Foodie Okey
- Kita Okey
- Layar Okey
- Lensa Okey
- Refleksi
- Santai Okey
- Stail Okey
- Vary Okey