Daerah Johor Bahru merupakan satu daripada sepuluh buah daerah yang membentuk negeri Johor, Malaysia dengan ibu daerah Johor Bahru serta merupakan satu daerah yang termaju di Negeri Johor, Malaysia. Ia meliputi kawasan seluas 1,816 kilometer persegi. Daerah ini juga dikenali sebagai daeraah metropolitan Johor Bahru kerana dari segi bilangan penduduk mempunyai melebihi 2 juta orang. Daerah Metropolitan Johor Bahru merupakan metropolitan ketiga terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang dan Pulau Pinang. Daerah ini juga adalah sebahagian daripada Iskandar Malaysia dan merupakan metropolitan yang sedang pesat membangun.

Daerah Johor Bahru
Daerah di Malaysia
Daerah Johor Bahru
Transkripsi Other
 • Jawiجوهر بهرو‎
Bendera bagi Daerah Johor Bahru
Bendera
Location of Daerah Johor Bahru di Johor
Location of Daerah Johor Bahru di Johor
Negara Malaysia
NegeriFlag of Johor.svg Johor Darul Takzim
KerusiJohor Bahru
PBTMajlis Bandaraya Johor Bahru
(Tengah)
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
(Barat)
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
(Timur)
Kerajaan
 • District officerHaji Abdul Rahman bin Salleh
Luas
 • Jumlah1,063.97 km2 (410.80 batu persegi)
Populasi
 (2010)[2]
 • Jumlah1,265,545
 • Kepadatan1,200/km2 (3,100/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)
Kod kawasan07
Pendaftaran kenderaanJ
Daerah Johor Bahru di Johor
Pejabat Daerah dan Tanah Johor Bahru

Bandar-bandar yang terdapat di dalam Daerah Johor Bahru ialah Bandaraya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Skudai, Puteri Habour, Desa Tebrau, Bukit Indah, Ulu Tiram, Stulang, Taman Perling, Pasir Gudang dan Permas Jaya.

Daerah Johor Bahru dipecahkan kepada 3 jajahan perbandaran, masing-masing ialah Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Antara petempatan yang utama adalah, Johor Bahru (ibu negeri), Iskandar Puteri (pusat pentadbiran), Pasir Gudang, Skudai, Tebrau, Ulu Tiram dan Gelang Patah.

Metropolitan Johor Bahru mempunyai pelbagai pusat membeli-belah yang moden dan bertaraf antarabangsa seperti AEON Tebrau City, AEON Bukit Indah, AEON Permas Jaya, AEON Taman Universiti, Johor Bahru City Square, KSL City, Medini Lifestyle Mall, Plaza Angsana dan lain-lain serta menjadikannya sebagai daerah pusat membeli-belah.

Metropolitan Johor Bahru merupakan pusat pelancongan yang utama di selatan Semenanjung Malaysia dan mempunyai pusat pelancongan antarabangsa seperti Legoland Malaysia, Puteri Harbour Family Theme Park, Taman Tema Air Autin Heights dan lain-lain.

Daerah Johor Bahru terletak di bahagian Selatan Negeri Johor bersempadan:

Daerah Johor Bahru terdiri daripada 9 buah mukim yang meliputi Sungai Tiram, Tebrau, Plentong, Pulai/Jelutong, Tanjung Kupang dan Mukim Bandar. Di samping itu, juga terdapat 38 buah kampung di dalam Daerah Johor Bahru.

MukimSunting

  1. Mukim Jelutong
  2. Mukim Plentong
  3. Mukim Pulai
  4. Mukim Sungai Tiram
  5. Mukim Tanjung Kupang
  6. Mukim Tebrau
  7. Bandar Johor Bahru
  8. Bandar Tebrau [3]

Pejabat Daerah Johor Bahru juga dipertanggungjawabkan mentadbir, merancang dan menyelaras projek Pembangunan Sosio-ekonomi Daerah Johor Bahru. Pejabat Daerah Johor Bahru pernah ditempatkan di bangunan-bangunan seperti Bangunan Sultan Ibrahim, Jalan Bukit Timbalan, Johor Bahru, Bangunan Tenaga Nasional Berhad, Jalan Duke, Johor Bahru, Bangunan Kerajaan, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru dan sekarang Pejabat Daerah Johor Bahru beroperasi di Jalan Datin Halimah, Johor Bahru. Pejabat ini juga ditempatkan bersama-sama dengan Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru.

PenangkutanSunting

PelabuhanSunting

Pelabuhan yang terdapat di dalam daerah Johor Bahru ialah Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Langsat.

Pelabuhan Johor merupakan pelabuhan pertama yang dibina di Negeri Johor dan terletak di Pasir Gudang. Pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan yang pertama mempunyai kawasan perdagangan bebas yang mana gudang-gudangnya dikecualikan daripada duti kastam. Berikut merupakan kegiatan utama bagi pelabuhan ini.[4]

  • 7 buah kren gantri, salah lima daripadanya merupakan kren Post-Panamax.
  • 19 kren pemindahan yang beroda getah.
  • 46 buah penggerak utama (prime movers).
  • 4 buah mesin staker jangkaun (reach stacker) untuk mengendalikan bahan-bahan pukal.
  • Kedalaman semula jadi dermaganya yang berukuran 13.8 meter boleh melayankan kapal-kapal pukal kering sehingga 60,000 dwt dengan senang.
  • Dermaga yang berpanjangan hampir 2.4 kilometer pada keseluruhan.

Pelabuhan Tanjung Pelepas yang terletak di Iskandar Puteri pula merupakan pelabuhan kedua yang dibina di negeri Johor. Ia juga merupakan pelabuhan muatan pindah kapal utama di Malaysia. Pelabuhan ini terletak di muara Sungai Pulai. Ia juga dapat dihubungkan dengan lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Pelabuhan Tanjung Pelepas iaitu melalui Persimpangan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Lebuhraya Link Kedua. Berikut merupakan kegiatan utama pelabuhan ini.

  • 8 dermaga yang berukuran 360 meter setiap satu, berjumlah sepanjang 2.88 kilometer barisan dermaga.
  • 27 buah kren tepian dermaga "Super Post Panamax" yang boleh mengangkat sebanyak 18 buah kargo, dengan tambahan 10 kargo dan 22 buah kotak.
  • 70 buah kren treler-treler menyimpan kargo berbahaya.
  • Bangunan simpanan kontena yang terbesar di negara dan boleh menyimpan dan menampung sebanyak 110,000 TEU, termasuk lebih daripada 2,100 "point reefer".
  • Sistem pintu gerbang automatik GCAM yang membolehkan pengurusan pengangkutan kotak yang lebih cepat.

Pelabuhan Tanjung Langsat di Pasir Gudang pula merupakan pelabuhan ketiga yang dibina di negeri Johor. Ia terletak di muara Sungai Johor yang mempunyai lebar sepanjang 4.5 kilometer dan merupakan diri sebagai sebuah pelabuhan pengkhususan utama di Asia Tenggara yang mengendalikan gas cecair (LPG) dan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Kegiatan utama-utama pelabuhan ini ialah

  • pengendalian petrokimia dan muatan cecair
  • pangkalan sokongan marin
  • terminal perikanan laut
  • pusat pesiaran antarabangsa
  • pemprosesan dan penyimpanan kargo petroleum dan muatan cecair

RujukanSunting

  1. ^ http://ptj.johor.gov.my/index.php/pejabat-tanah/pejabat-tanah-johor-bahru/profil-ptjb-2
  2. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  3. ^ Kod & Nama Mukim - Struktur Kod
  4. ^ 2005 Annual Report (Laporan). Johor Port Berhad. 253394-D. http://www.johorport.com.my/Document/Johor%20Port_3107.pdf. Diperolehi 2009-03-03.[pautan putus]