Pelabuhan Tanjung Langsat
Pelabuhan Tanjung Langsat (PTL) ialah pelabuhan yang terletak di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Merupakan pelabuhan ketiga di Johor dan sebagai sebuah pelabuhan pengkhususan utama di Asia Tenggara, PTL mengendalikan gas cecair (LPG) dan bahan-bahan kimia yang berbahaya.
Pelabuhan Tanjung Langsat ڤلابوهن تنجوڠ لڠست | |
---|---|
Maklumat am | |
Jenis | Pelabuhan, petempatan manusia |
Laman sesawang | http://www.tlpterminal.com.my/ |
Maklumat pentadbiran dan teknikal | |
Pemilik | Perbadanan Johor |
Maklumat lokasi | |
Negara | Malaysia |
Lokasi | Tanjung Langsat, Pasir Gudang |
Koordinat | 1°27′N 104°0′E |
Jasad air terdekat | Sungai Johor, Selat Johor |
sunting · sunting di Wikidata |
Dirancangkan pada tahun 1995, TLP terletaknya 12 batu nautika dari laluan perkapalan antarabangsa, lapan kilometer dari Pelabuhan Johor dan 45 kilometer dari Johor Bahru. Ia mempunyai tanah yang luas sebanyak 309 hektar (763 ekar) dan pesisiran muara sungai yang berukuran 4.5 kilometer.
PTL dimiliki oleh Perbadanan Johor (Jcorp), yakni sebuah syarikat pelaburan kerajaan negeri Johor yang memegang ekuiti sebanyak 95 peratus di PTL, manakala bakinya dipegang oleh anak syarikat penuhnya, TPM Technopark Sdn. Bhd.
Disebabkan kargo pukal berbahaya cecair merupakan 45% daripada kegiatan-kegiatan Pelabuhan Johor dan letaknya PTL cuma lapan kilometer daripada Pelabuhan Johor, PTL adalah pesaing secara langsung kepada Pelabuhan Johor.
Kemudahan dan perkhidmatan
suntingPTL bermula operasi sebahagiannya mulai daripada tahun 2003, dan apabila disiap pembinaannya pada tahun 2012, ia akan dilengkap dengan:
- jeti berbentuk L dengan dua dermaga yang boleh mengendalikan kapal seberat 5,000 dwt;
- pangkalan sokongan marin;
- terminal perikanan laut/dermaga serbaguna;
- terminal kargo cecair.
Kegiatan-kegiatan utama pelabuhan ialah:
- pengendalian petrokimia dan muatan cecair;
- pangkalan sokongan marin;
- terminal perikanan laut/dermaga serbaguna;
- pemprosesan dan penyimpanan kargo petroleum dan muatan cecair;
- pusat pesiaran antarabangsa.
Industri-industri petrokimia akan merupakan 60 peratus daripada kegiatan-kegiatan PTL, dengan pengeluaran gas dan keluli serta industri-industri marin dan industri berkaitan, merupakan 40 peratus yang terbaki. Banyak syarikat kimia yang beroperasi di kawasan perindustrian Pasir Gudang telah membuka kilang-kilang yang baru di PTL kerana kekurangan tempat di Pasir Gudang.
PTL menujukan perkhidmatannya kepada kargo cecair hasil keluaran yang berasaskan petroleum dari kawasan perindustrian disekitar Pasir Gudang, termasuk "Taman Perindustrian Tanjung Langsat" bersebelahannya yang dibangunkan untuk kemudahan-kemudahan petrokimia. Taman perindustrian ini yang berukuran 1,887 hektar dimajukan oleh JCorp semata-mata untuk industri-industri berat, termasuknya petroleum dan gas.
Persaingan
suntingTLP dijangka menghadapi persaingan yang pesat daripada kompleks-kompleks petrokimia berintegrasi yang wujud di negeri Pahang dan Terengganu, termasuknya pesaing-pesaing luar negeri, iaitu Hab Logistik Banyan di pulau Jurong, Singapura, serta Pelabuhan Majisan di pantai Caojing, negeri China. Kesemuanya hendak menjadi pusat logistik kimia Asia yang terutama.
Kini, pengangkut-pengangkut kimia yang besar terpaksa memindahkan kargo kepada kapal-kapal yang lebih kecil di Singapura dan Ulsan di Korea Selatan. Oleh sebab itu, kedalaman PTL yang mencukupi akan memberinya kelebihan apabila dibandingkan dengan pesaing-pesaingnya.
Disebabkan kedekatannya dengan Pelabuhan Singapura, PTL merupakan sebuah pesaing kepada pelabuhan tersebut di mana terdapat banyak aduan tentang kos yang terlalu tinggi. Trafigura Pte. Ltd., sebuah syarikat dagangan minyak Jepun, telahpun mengisytiharkan pemindahan sebahagian besar daripada operasinya di Singapura kepada PTL apabila pembinaan kemudahan penyimpanan petroleumnya disiap pada tahun 2008. Menurut Ichiro Tokuhashi, pengurus urusannya, kos operasi di PTL adalah 60 peratus lebih murah daripada kos di Pelabuhan Singapura.
Pautan luar
sunting- Laman web rasmi Pelabuhan Tanjung Langsat Diarkibkan 2006-04-28 di Wayback Machine
- http://www.tlp.com.my/articleview.php?id=20 Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- http://www.tlp.com.my/articleview.php?id=18 Diarkibkan 2004-08-16 di archive.today
Koordinat: 1°26′36″N 104°00′20″E / 1.443455°N 104.005659°E