Kuala Terengganu

ibu kota negeri Terengganu Darul Iman

Kuala Terengganu (Sebutan bahasa Malaysia: [ˈkuˈala ˈtəˈrengˈganu]; sebutan dalam loghat tempatan: Kole Tranung; Jawi: کوالا ترڠݢانو; kebiasaannya diringkaskan kepada KT) ialah ibu negeri, bandar diraja, dan pusat ekonomi utama negeri Terengganu Darul Iman. Kuala Terengganu terletak sekitar 450 kilometer ke timur laut Kuala Lumpur, di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bandar raya ini terletak di muara Sungai Terengganu, berhadapan dengan Laut China Selatan.

Kuala Terengganu
Kole Tranung
Bandaraya Kuala Terengganu
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiكوالا ترڠڬانو
Dari atas kanan mengikut pusingan jam: Muzium Negeri Terengganu, jalan utama, Kampung Cina, Masjid Abidin, dan Masjid Kristal.
Dari atas kanan mengikut pusingan jam: Muzium Negeri Terengganu, jalan utama, Kampung Cina, Masjid Abidin, dan Masjid Kristal.
Bendera Kuala Terengganu
Mohor rasmi Kuala Terengganu
Map
Kedudukan Daerah Kuala Terengganu di Terengganu
Kuala Terengganu is located in Bumi
Kuala Terengganu
Kuala Terengganu (Bumi)
Koordinat: 05°19′45″N 103°08′10″E / 5.32917°N 103.13611°E / 5.32917; 103.13611Koordinat: 05°19′45″N 103°08′10″E / 5.32917°N 103.13611°E / 5.32917; 103.13611
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
Daerah Daerah Kuala Terengganu
Majlis Perbandaran18 Januari 1979
Diberikan status Bandaraya1 Januari 2008
Kerajaan
 • Datuk BandarHaji Rosli bin Latif
Keluasan
 • Jumlah605[1] km2 (233.59 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah343,284[1]
 • Kepadatan557.94/km2 (1,445.07/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tiada
Poskod
20xxx
Awalan pelan nombor telefon09-6xxxxxxx
Awalan nombor plat kenderaanT
Laman sesawangmbkt.terengganu.gov.my

Sebagai sebuah daerah di Terengganu, Kuala Terengganu merupakan yang terkecil dari segi keluasan, tetapi (sekiranya kawasan daerah Kuala Nerus yang terletak bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diambilkira) ia mepunyai jumlah penduduk terbanyak di negeri ini iaitu 343,284 orang pada 2010.[1][2] Status bandar raya deberikan kepada Kuala Terengganu dengan gelaran Bandaraya Warisan Pesisir Air pada 1 Januari 2008. Walaupun Kuala Terengganu tidak terkecuali daripada pemodenan dan pembangunan, ia masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan yang masih utuh sambil digabungkan bersama-sama warisan dan budaya lain disebabkan sejarah panjangnya sebagai pelabuhan.[3]

Sejarah sunting

Di pesisir Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenali sebagai Kampung Cina (China Town) yang telah wujud semenjak sekian lama. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abad ke 15.[4]

Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan Kerajaan Terengganu. Pelayar terkenal, Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 mencatatkan, kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.

Kuala Terengganu adalah satu bandar raya perdagangan maritim yang penting pada zaman purba. Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu pernah memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan China. Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433.

Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara kedua negara. Bagaimanapun, selepas Empayar Melaka menakluk bandar ini, pengaruhnya sebagai pelabuhan terutama di kawasan Asia Tenggara merosot kerana kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan Asia Tenggara.

Catatan bertulis sunting

Kuala Terengganu dipercayai telah dihuni semenjak beribu ribu tahun lagi. Catatan cendekiawan China seperti ’Ling-wai-Tai-ta’ karangan Cao-Cu-Fei tahun 1178, menyebut ’Teng-ya-nu’ dan buku ’Cu-fan-Cih’ karangan Cao-Ju-Kua tahun 1226 menyebut Teng-ya-nung’. Kedua dua nama tersebut merujuk kepada nama Tengganu yang dikatakan jajahan takluk Kerajaan Seri Wijaya (San-fo-Cih) pada kurun ke-2.

Selain itu, ahli atronomi terkenal Greek, Ptolemy ada mencatatkan kewujudan dua buah pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Pelabuhan itu ialah Primoula dan Kole. Primoula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman. Catatan lain menunjukkan wujudnya kota Foloan, di Kuala Berang, di hulu Sungai Terengganu. yang dipercayai menjadi kota satelit pada Kuala Terengganu.

Catatan penulis China pada masa Dinasti Sui ada juga menyebut tentang sebuah Negeri yang dinamai ’Tan-Tan’ yang menghantar Ufti ke China. Paul Wheatley membuat kesimpulan negeri yang dimaksudkan di dalam catatan China itu mungkin berpusat di Kuala Besut atau Kuala Terengganu.

Catatan tersebut juga menyebut bahawa Kuala Terengganu dan Kuala Berang merupakan pusat perdagangan maritim utama pada abad kedua belas. Sungai Terengganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing pada zaman itu. Perdagangan barangan seperti kayu gaharu, kayu laka, gading bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan emas dan perak.

Pengembara China, ‘Chao Ju Kua’ dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebu ‘Teng-Ya-Nong‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur Tanah Melayu.

 
Bulatan Batu Bersurat Terengganu

Bukti lain kewujudan sebuah kerajaan purba di Terengganu, ialah seketul batu granit berbentuk empat segi yang berukir tulisan dengan ukuran 84 cm tinggi, 53 cm lebar bahagian atas dan 27cm lebar di bahagian bawah dan berat batu tersebut 215 kg yang dikenali sebagai Batu Bersurat. Batu tersebut bertulisan Jawi dan menggunakan Bahasa Melayu Kuno. Penemuan itu juga telah menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai dan merupakan satu-satunya bukti yang menunjukkan kemasukan agama Islam ke Tanah Melayu pada abad keempat belas lagi.

Sejarah Terengganu moden bermula apabila Tun Zainal Abidin dari keturunan diRaja Johor ditabalkan memerintah Terengganu pada 1708. Baginda memakai gelaran Sultan Zainal Abidin 1.

Ibu kota sunting

Sebagai ibu negeri Terengganu, bandaraya ini berperanan penting dalam politik dan ekonomi seluruh negeri. Kuala Terengganu merupakan pusat bagi pelbagai agensi, jabatan dan badan kerajaan negeri dan persekutuan, antaranya seperti Jabatan Imigresen dan Kastam, Unit Perancang Ekonomi Negeri, pejabat besar Pos Malaysia, Perpustakaan Negeri Terengganu, dan lain-lain. Memandangkan bandaraya ini merupakan pusat pentadbiran negeri, Wisma Darul Iman, bangunan sekretariat negeri menempatkan Dewan Undangan Negeri Terengganu dan Pejabat Menteri Besar. Istana-istana Sultan Terengganu seperti Istana Badariah dan Istana Maziah turut berada di bandaraya ini kerana Kuala Terengganu juga merupakan bandar diraja.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah membahagikan Kuala Terengganu kepada dua buah kawasan parlimen: P.35 untuk Kuala Nerus, dan P.36 untuk Kuala Terengganu. Terdapat empat buah kawasan undangan negeri untuk setiap parlimen iaitu:[5]

  • P.35 - Kuala Nerus
    • N9 - Tepuh
    • N10 - Teluk Pasu
    • N11 - Seberang Takir
    • N12 - Bukit Tunggal
  • P.36 - Kuala Terengganu
    • N13 - Wakaf Mempelam
    • N14 - Bandar
    • N15 - Ladang
    • N16 - Batu Buruk

Majlis Perbandaran Kuala Terengganu diwujudkan pada 18hb Januari 1979 dengan keluasan 18,712 hektar persegi meliputi 21 mukim, termasuk mukim Bandar Kuala Terengganu. Pada 1 Januari 1985, Mukim Bukit Payong dan Alor Limbat telah dikeluarkan daripada Majlis Perbandaran dan dimasukkan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Marang. Dengan perubahan ini, kawasan baru Majlis Perbandaran telah berubah kepada 16,806 hektar persegi.

Pada 16 Disember 1996, kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Terengganu telah diwarta perluasan meliputi seluruh daerah Kuala Terengganu sebagai kawasan kawalan dengan keluasan 60,528 hektar persegi termasuk sebuah pulau peranginan terkenal iaitu Pulau Redang dan bilangan mukim bertambah menjadi 23 mukim.

Pada 1 Januari 2008, satu pemansyuran telah dibuat bagi mengistiharkan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya. Kuala Terengganu kini telah dikenali sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air dan menjadi bandar pertama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang mendapat status bandaraya.

Mukim yang terletak bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ialah:[6]

  • Atas Tol
  • Bandar
  • Batu Buruk
  • Batu Rakit
  • Belara
  • Bukit Besar
  • Cabang Tiga
  • Cenering
  • Gelugur Kedai
  • Gelugur Raja
  • Kepung
  • Kuala Ibai
  • Kuala Nerus
  • Kubang Parit
  • Losong
  • Manir
  • Paluh
  • Pengadang Buluh
  • Pulau Redang
  • Pulau-pulau
  • Rengas
  • Serada
  • Tok Jamal

Geografi sunting

Kedudukan Kuala Terengganu adalah terletak di bahagian tengah negeri Terengganu, sesuai dengan fungsinya sebagai ibu negeri. Terletak di kawasan delta sungai Terengganu dengan pusat bandarnya berada di muara sungai Terengganu, menghadap Laut China Selatan di bahagian timur dengan dikelilingi oleh persisiran pantai berpasir dan landai.

Jenis tanah di sebelah timur Kuala Terengganu adalah tanah beris dan kawasan paya gambut terutamanya di Gong Badak, Batu Rakit, Chendering, dan Seberang Takir. Tanah jenis ini hanya sesuai untuk tanaman seperti tembakau, nenas, buah naga dan tembikai. Namun jarang sekali tanah dikawasan ini dimajukan untuk tujuan pertanian, kebanyakkan dimajukan untuk penempatan, industri dan komersial kerana keluasan tanah yang terhad di Kuala Terengganu selain daripada permintaan yang tinggi untuk hartanah dan pembangunan.

Bentuk muka bumi di bahagian barat Kuala Terengganu pula adalah lebih berbukit bukau disebabkan oleh faktor topografi yang semakin menegak di sebelah hulu sungai Terengganu. Namun secara puratanya, kebanyakkan tempat dan bahagian di dalam daerah Kuala Terengganu adalah berada di kawasan dataran tanah pamah kerana faktor geografinya yang berada begitu hampir dengan kawasan pantai. Hanya terdapat beberapa buah bukit sahaja di daerah Kuala Terengganu iaitu, Bukit Besar yang terletak begitu hampir dengan pusat bandaraya dan Bukit Jong yang terletak sedikit di kawasan pendalaman.

Demografi sunting

 
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Terengganu dan sekitarnya.

Penduduk bandaraya Kuala Terengganu adalah seramai 343,284 orang pada tahun 2010 yang terdiri daripada pelbagai etnik. Daripada jumlah tersebut 171,726 orang adalah lelaki dan 171,558 orang adalah perempuan. Daripada keseluruhan jumlah populasi tersebut juga, 338,836 orang adalah warganegara Malaysia manakala selebihnya 4,448 orang adalah bukan warganegara.

Penduduk Kuala Terengganu mengikut pecahan etnik 2010

Etnik Populasi
Melayu 325,145
Cina 11,851
India 886
Bumiputera Lain 660
Lain-lain 294

Berikut merupakan jumlah penduduk bandar Kuala Terengganu pada tahun 1980,1991,2000 dan 2010[perlu rujukan]

Tahun Populasi
1980 180,296
1991 228,659
2000 255,109
2010 284,136

Pengiraan 2010 berdasarkan jumlah penduduk dalam PBT Bandaraya Kuala Terengganu

Bahasa sunting

Seperti bandar-bandar utama di Malaysia, Kuala Terengganu merupakan sebuah bandar raya yang mempunyai pelbagai kaum, setiap kaum mempunyai bahasa pertuturan mereka sendiri. Bahasa Melayu Terengganu merupakan bahasa utama di kalangan masyarakat bandar raya ini dan juga bahasa majoriti dikalangan masyarakat Melayu dan sebagai bahasa kedua oleh masyarakat Cina Terengganu dan India. Akan tetapi Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris juga dituturkan dan difahami oleh masyarakat setempat. Selain itu, Dialek-dialek Cina seperti Mandarin, Hokkien, Teochew dan sebagainya serta bahasa-bahasa India seperti Tamil dan Punjabi juga dituturkan oleh masyarakat India dan Cina di bandar itu. Bahasa Melayu Kelantan juga dituturkan, kebanyakkannya adalah perantau yang berasal dari daerah Besut dan Setiu serta negeri Kelantan.

Ekonomi sunting

 
Bazaar Warisan

Bandar Kuala Terengganu dikatakan bermula sebagai pusat perniagaan dan pengumpulan hasil semenjak zaman berzaman. Penduduk di sepanjang Sungai Terengganu membawa hasil pertanian dan hutan melalui jalan sungai, manakala para nelayan menukarkan hasil tangkapan mereka. Kawasan perniagaan utama di Kuala Terengganu terletak di Jalan Kampung Cina, Jalan Banggol dan Tanjong.

Pada masa kini, Kuala Terengganu berubah menjadi sebuah bandar raya moden yang masih mengekal ciri ciri tradisional. Kepesatan Kuala Terengganu, yang mempunyai keluasan 60,528.1 hektar, dapat dilihat daripada segi pembangunan infrastruktur antaranya Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kompleks Sukan Gong Badak, Kampus Universiti Darul Iman (UDM)(sekarang ditukarkan kepada UNISZA), Kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Kuala Terengganu turut menekankan sektor pelancongan sebagai pemacu ekonomi negeri.

Pelancongan sunting

Antara tempat menarik adalah Taman Tamadun Islam, Wisma Darul Iman, Kampung Cina (Kuala Terengganu Chinatown), Pasar Payang, Istana Maziah, Muzium Negeri Terengganu, Pantai Batu Burok, Pulau Duyong, Masjid Kristal, Bazaar Warisan, Payang Walk, Bukit Puteri, Kuala Terengganu Waterfront, Pulau Warisan dan Kompleks Kraf Noor Arfa.

Kuala Terengganu terkenal dengan produk kraf tangannya yang bermutu tinggi terutama tenunan Songket, Batik, ukiran tembaga dan kayu. Produk kraftangan Terengganu menjadi koleksi ekslusif di seluruh dunia.

Seterusnya, Kuala Terengganu juga terkenal dengan keunikan kesenian kebudayaan seperti tarian Ulek Mayang, Tarian Rodat, Tarian Saba, Tarian Balai, Tarian Gayung Otar-Otar, permainan Gasing dan Wau.

Penduduk Kuala Terengganu yang terkenal sebagai pelaut dan pelayar yang cekap memiliki kemahiran tinggi dalam membuat dan mengukir perayu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang yang menerima tempahan dari serata pelosok dunia. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk di Kampung Losong, Duyung, Telok Pasu dan Pulau Rusa.

Pantai dan Pulau-pulau yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti Pulau Bidong, Pulau Duyung, Pantai Batu Burok, Pantai Teluk Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama dari dalam dan luar negara.

Kuala Terengganu kini semakin mendapat tempat di mata dunia di mana pelbagai kejohanan sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa diadakan di bandaraya Kuala Terengganu. Antaranya ialah Piala Monsun Terengganu, Sultan’s Cup Endurance Ride, Kenyir Lake Challenges, dan FEI World Endurance Championship.

Pengangkutan sunting

Bandar raya ini dihubungi dengan bandar lain melalui jaringan jalan yang baik dan terdapat juga perkhidmatan bot yang merentasi Sungai Terengganu. Jambatan Sultan Mahmud, yang merentasi Sungai Terengganu, menghubungkan kedua-belah sungai ini.

Lebuh Raya sunting

Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari Jabor, Kuantan, ke Kampung Gemuruh telah dibuka kepada orang ramai pada 31 Januari 2015. Pembinaan LPT2 dibahagikan kepada dua segmen iaitu segmen pertama sepanjang 64 kilometer dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan diserah kepada Kumpulan MTD, manakala baki sepanjang 120 kilometer dikendali JKR.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud sunting

Lapangan Terbang Sultan Mahmud (IATA: TGG, ICAO: WMKN)yang terletak di Kuala Terengganu Utara adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Terengganu. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandar. Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.[1] Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini. Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah and Madinah. Pada Oktober 11 2008, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat disini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Madinah pada Musim Haji ini.

Pendidikan sunting

Kuala Terengganu adalah tempat pengembangan ilmu di Terengganu dengan kebanyakan insititusi pendidikan tinggi adalah terletak di bandaraya ini. Terdapat 3 universiti awam di Kuala Terengganu iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi MARA ( Kampus Chendering ). Terdapat juga insititusi pengajian tinggi awam dan swasta yang lain seperti Universiti UCSI, Institut Teknologi Petronas, Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Institut Latihan Perindustrian, Politeknik Kota, Kuala Terengganu, Universiti Terbuka Malaysia dan banyak lagi kolej-kolej swasta.

Selain itu juga terdapat 2 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia di Kuala Terengganu iaitu Institut Perguruan Kuala Terengganu dan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail.

Terdapat 81 buah sekolah rendah kebangsaan di Kuala Terengganu dan 34 buah sekolah menengah. Diantaranya termasuklah:

* Sekolah Menengah Imtiaz

* Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek

* Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abbas

* Sekolah Menengah Agama Khairiah

* Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin

* Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin

* Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam

* Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri

* Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin

* Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman

* Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin

* Sekolah Menengah Kebangsaan Manir

* Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong

* Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad

* Sekolah Menengah Kebangsaan Belara

* Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal

* Sekolah Menengah Kebangsaan Chendering

* Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot

* Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor

* Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar

* Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail

* Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak

* Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir

* Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam

* Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Negara

* Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting

* Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman

* Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah

* Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud

* Sekolah Menengah (Sains) Kuala Terengganu

* Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu

* Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganul

* Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit

* Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa

*smk agama nurul ittifaq

Kebudayaan sunting

Keseniaan sunting

Songket sunting

Selain daripada kaya sumber alam semulajadi Terengganu juga tidak lekang menjadi buah mulut masyarakat melayu dengan kehalusan tenunan songket sejak abad ke 15 lagi. Seni tenunan ini di warisi turun temurun oleh masyarakat di sini. Songket biasanya di tenun menggunakan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama benang emas atau perak. Asal perkataan songket wujud daripada perkataan “sungkit” iaitu teknik menyungkit atau menyulam dengan benang emas dan perak.

Dahulunya songket sebagai lambing kebesaran raja-raja dan pembesar istana. Tapi kini penggunaan songket dah semakin meluas dan orang kebanyakan juga turut memakainya terutama pada majlis perkahwinan, hari raya, majlis keraian dan sebagainya. Yang berkunjung ke Kuala Terengganu biasanya pasti akan mendapatkan sepasang dua kain songket di Pasar Payang atau Bazaar Warisan untuk di bawa pulang. Corak atau ragam hias songket adalah seperti tapak manggis, pucuk rebung, Selak berantai, lawi ayam dan banyak lagi terutamanya yang bermotifkan flora dan fauna. Kawasan pembuatan tenunan songket secara tradisional yang popular di Kuala Terengganu adalah di Kampung Binjai Chendering, Kampung Pulau Musang, Kampung Losong dan Kampung Bukit Kubang Jambu. Selain itu terdapat juga kilang tenunan songket di Kompleks Kraf Noor Arfa, Chendering dan KMZ Songket di Kampung Tebakang.

Ukiran kayu sunting

Makanan tradisi sunting

Nasi Dagang sunting

 
Nasi dagang Terengganu.

Nasi Dagang merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa. Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak. Di Kuala Terengganu, tempat yang mempunyai banyak warung dan restoran menjual nasi dagang ikan tongkol adalah di Kampung Ladang, Batu Burok dan Dataran Shahbandar.

Sukan dan rekreasi sunting

Di Bandaraya Kuala Terengganu terdapat 2 buah Stadium,iaitu Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Terengganu,Dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di Gong Badak,Kuala Terengganu,Kedua-dua Stadium ini menjadi Stadium tuan rumah bagi Pasukan Terengganu FA dan Pasukan T-Team FC.

Media sunting

Di Bandaraya Kuala Terengganu terletaknya stesen Radio Terengganu FM,Dan stesen Radio Hot FM Teganu.

Pemandangan bandaraya sunting

Seni bina sunting

Taman sunting

Bandaraya Kuala Terengganu mempunyai dua buah Taman iaitu Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu,Dan Pulau Warisan yang terletak berhampiran dengan Pasar Payang,Kuala Terengganu.

Hubungan antarabangsa sunting

Bandar Kembar sunting

Kuala Terengganu sekarang mempunyai satu bandar kembar:

Pemandangan Kuala Terengganu sunting

Politik sunting

Wakil Rakyat sunting

Parlimen Malaysia sunting

Dewan Undangan Negeri Terengganu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Jumlah penduduk keseluruhan turut termasuk jumlah penduduk bagi kawasan daerah Kuala Nerus, yang sebelum ini merupakan sebahagian daerah Kuala Terengganu, tetapi masih lagi di bawah kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2015. Dicapai pada 13 April 2015.
  3. ^ http://www.expatgomalaysia.com/2013/04/09/the-east-coast-of-malaysia-an-enchanting-encounter/
  4. ^ "Socio-historical Development of the Kampung Cina Settlement in Kuala Terengganu". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2018. Dicapai pada 20 Januari 2018.
  5. ^ http://dun.terengganu.gov.my/
  6. ^ "Total Population by Ethnic Group, Sub-district and State, Malaysia, 2010". Kuala Terengganu City Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2015. Dicapai pada 22 Mac 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting