Terengganu FM merupakan salah satu stesen radio negeri di Malaysia. Slogannya ialah Mesra Ceria. Ia diselenggarakan oleh Radio Televisyen Malaysia Negeri Terengganu.

Terengganu FM
BandarKuala Terengganu
Kawasan penyiaranTerengganu
SloganMesra Ceria
Tarikh siaran pertama1 Mac 1973; 51 tahun yang lalu (1973-03-01) sebagai Siaran Daerah
BahasaMelayu (dialek Terengganu)
Pemilik
Saluran kembar
Siaran webrtmklik.rtm.gov.my/radio/negeri/terengganu-fm
Tapak webterengganufm.rtm.gov.my

Terengganu FM disambung siar dari Nasional FM sunting

Terengganu FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi setiap hari.

Sejarah sunting

Siarannya bermula pada 1 Mac 1973 melalui Siaran Daerah dari jam 15:00 hingga 19:45 menerusi gelombang sederhana. Bermula tahun 2005, siaran Terengganu FM beroperasi selama 24jam sehari. Siaran Terengganu FM boleh didengari keseluruhan negeri Terengganu, Kelantan Timur dan Pahang Timur. RTM Kuala Terengganu merupakan Ibu Pejabat Penyiaran Kawasan Timur. Pada awal siarannya Radio Malaysia Kuala Terengganu memancarkan siarannya ke Kelantan, Terengganu dan Pahang Timur. Sebelum tahun 1991 siarannya dipancarkan melalui Gelombang Sedehana Kuala Terengganu 392 meter/765Khz, Kota Bharu 427 meter/702 Khz, Kuantan 370 meter/810 Khz, Kuala Lipis 456 meter /648khz dan Dungun 238 meter/1260Khz. Namun stesen pemancar ini telah ditutup mulai 1992 secara berperingkat. Kini, Terengganu FM boleh didengari di kawasan Utara dan Timur Kelantan serta Pahang Timur selain Negeri Terengganu sendiri.

Penyampai sunting

Rancangan Utama sunting

Setiap Hari (Ahad - Sabtu) sunting

Segmen Penyampai Masa Siaran
Ceria Pagi Ain, Azra, Farah & Sidi 06:00 - 10:00
Anggun Deeja, Jaja, Jue & Marina 10:00 - 14:00
GGOK Che Him, Ejo, Kak Chik & Kak Teh 14:00 - 18:00
Nurani - 18:00 - 21:00
Selekta Ery & Hal 21:00 - 00:00

Frekuensi sunting

Frekuensi Kawasan Pemancar
88.7 MHz Kuala Terengganu dan Kuala Nerus Bukit Besar
88.9 MHz Felda Tenang, Hulu Besut, Setiu dan Utara Kelantan Felda Tenang
90.7 MHz Kemaman serta Kuantan, Pahang Bukit Kemuning
96.2 MHz Jerteh Bukit Bintang
97.7 MHz Kuala Dungun Bukit Bauk

TELEVISYEN SALURAN

MYTV 720

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting