Perak FM
Perak FM (radio ini dikenali sebagai Radio Malaya Stesen Ipoh, Radio Malaysia Stesen Ipoh, Radio 3 Ipoh dan Radio Malaysia Ipoh) ialah sebuah stesen radio negeri dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia bersiaran dari Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh dari jam 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam setiap hari. Menyiarkan berita tempatan dan muzik Malaysia. Moto utamanya ialah Untuk Kome Aje.
Bandar | Ipoh |
---|---|
Kawasan penyiaran | Perak |
Slogan | Untuk Kome Aje |
Tarikh siaran pertama | 1956 | sebagai Radio Malaya Stesen Ipoh
Format | Kontemporari dewasa, Berita, Oldies dan Hits klasik |
Bahasa | Melayu (dialek Perak) |
Pemilik | |
Saluran kembar | |
Siaran web | https://rtmklik.rtm.gov.my/radio/negeri/perakfm |
Tapak web | perakfm |
Perak FM disambung siar dari Nasional FM
suntingPerak FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi setiap hari.
Sejarah
suntingStesen radio khusus untuk Negeri Perak mula bertapak bila Radio Malaya Stesen Ipoh ditubuhkan pada 1956 di satu tapak berhampiran Lapangan Terbang Ipoh.
Pada 16 September 1963, Radio Malaya Stesen Ipoh yang dikenali sebagai Radio Malaysia Stesen Ipoh.
Pada 1 Januari 1966, sebuah bangunan stesen radio yang lengkap hasil ilham arkitek Iversen Van Sitteran didirikan di atas kawasan seluas 14 ekar di Jalan Dairy, Ipoh. Radio Malaysia Stesen Ipoh telah memulakan operasinya di bangunan berhampiran Jalan Dairy, Ipoh dengan anggota seramai 50 orang. Selain ruang pejabat, bangunan ini memuatkan 5 studio radio, auditorium dengan kapasiti 500 penonton dan bengkel kejuruteraan.
Pada 6 September 1989, Radio Malaysia Stesen Ipoh yang dikenali sebagai Radio 3 Ipoh.
Pada 1 September 1998, Radio 3 Ipoh yang dikenali sebagai Radio Malaysia Ipoh.
Pada 1 April 2005, Radio Malaysia Ipoh yang dikenali sebagai Perak FM.
Pada 9 Januari 2016, Perak FM beroperasi di bangunan baharu dikenali sebagai Kompleks Penyiaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bangunan baharu ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al- Maghfur-lah pada 28 Rabiul Awal 1437 Hijri.
Bangunan baharu ini di lengkapi dengan 2 bilik konti siaran, 4 bilik suntingan audio, studio rakaman musik, studio Berita TV dan Auditorium yang boleh memuatkan sehingga 500 orang.
Bersiaran 18 jam sehari menemani pendengar dengan hiburan serta informasi bermula siaran seawal jam 6.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam dengan Tagline Radio Malaysia Perak FM adalah "Hiburan Berinformasi" sebagai slogan radio dan "Untuk Kome Aje" yang bermaksud "Untuk Anda" bagi segmen berdialek Perak.
Pada 1 April 2021, Penyiar negara Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan ulang tahun ke-75 dan Perak FM rasmi melancarkan logo baharu dan saluran sukannya serta menjenamakan semula kesemua stesen radio tempatannya.
Sejarah nama Perak FM
sunting- Radio Malaya Stesen Ipoh (1956-15 September 1963)
- Radio Malaysia Stesen Ipoh (16 September 1963-5 September 1989)
- Radio 3 Ipoh (6 September 1989-31 Ogos 1998)
- Radio Malaysia Ipoh (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Perak FM (sejak 1 April 2005)
Penyampai
sunting- Nasreeq
- Mim
- Ely Fazilah Hanafi
- Saiful Nawab
- Ros
- Finas
- Nana
- Ida
- Fitri
- Shaiful Airy
- Maslita
- Wahid Mohamad
Rancangan utama
suntingSetiap Hari (Isnin - Ahad)
suntingSegmen | Penyampai | Masa Siaran |
---|---|---|
Gego Pagi | 06:00 - 10:00 | |
Untuk Kome Aje | 10:00 - 14:00 | |
Yop Yong | 14:00 - 17:00 | |
Moh Le | 17:00 - 20:00 | |
Rileks Weh | 20:00 - 00:00 |
Frekuensi
suntingFrekuensi | Kawasan | Pemancar |
---|---|---|
89.6 MHz | Tanjung Malim Behrang Stesen, Ulu Bernam, Kuala Kubu Bharu, Kerling, Lembah Beringin, Selangor | Bukit Asa |
94.2 MHz | Lenggong | Bukit Ladang Teh |
94.7 MHz | Cameron Highlands, Pahang dan Tanah Tinggi Lojing, Kelantan | Gunung Brinchang |
95.6 MHz | Ipoh, Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sitiawan, Seri Manjung, Seri Iskandar, Teluk Intan, Sungai Siput, Enggor, Chemor, Parit, Simpang Pulai, Batu Gajah, Gopeng, Malim Nawar, Kampar, Perak | Gunung Kledang |
96.2 MHz | Gerik | RTM Gerik |
97.3 MHz | Batang Padang Tapah, Bidor, Chenderiang, Sungkai | Changkat Rembian |
102.9 MHz | Lawin, Gerik Barat & Klian Intan dan Lenggong, | RTM Lawin Selatan |
104.1 MHz | Perak Utara, Terung, Changkat Jering, Kuala Sepetang, Simpang, Taiping, Matang, Kamunting, Simpang Empat Semanggol, Batu Kurau, Selama, Sungai Siput, Enggor, Bagan Serai, Parit Buntar, Kuala Kurau, Tanjung Piandang, Bandar Baharu, Serdang, Kedah Nibong Tebal, Sungai Jawi, Sungai Bakap, & Batu Kawan, Bukit Mertajam, Pulau Pinang | Bukit Larut |