Johor FM
Johor FM (radio ini dikenali sebagai Stesen Johor Bahru, Rangkaian Nasional Siaran Daerah Kawasan Selatan (Bahasa Melayu), Radio 2 Johor Bahru (FMJB), Radio 3 Johor Bahru dan Radio Malaysia Johor) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Stesen Johor Bahru) ialah sebuah stesen radio negeri Johor yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia dari Johor Bahru. Ia disiarkan dalam Bahasa Melayu dan menyiarkan berita tempatan dan muzik Malaysia, 18 jam sehari dari jam 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam. Johor FM adalah salah satu stesen radio tempatan pertama di Malaysia. Moto utamanya ialah Permata Selatan.
Bandar | Johor Bahru |
---|---|
Kawasan penyiaran | Johor |
Slogan | Permata Selatan |
Tarikh siaran pertama | 7 November 1963 | sebagai Stesen Johor Bahru
Format | Kontemporari dewasa, Berita, Oldies dan Hits klasik |
Bahasa | Melayu |
Pemilik | |
Saluran kembar | |
Tapak web | johorfm |
Johor FM disambung siar dari Nasional FMSunting
Johor FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 12:00 tengah malam sehingga 6:00 pagi setiap hari.
SejarahSunting
- 7 November 1963: Stesen Johor Bahru ditubuhkan sebagai sebuah Stesen Pemancar Gelombang Sederhana dengan kuasa 50 kW.
- 9 Ogos 1965: Rangkaian Nasional Siaran Daerah Kawasan Selatan (Bahasa Melayu) mula ke udara.
- 4 Jun 1966: Stesen Johor Bahru dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Sir Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
- 1976: Waktu Siaran Kawasan Selatan bagi Rangkaian Nasional ditambah satu jam dari 3:00 petang hingga 7:15 malam. Siaran tempatan bermula dari 5:10 petang hingga 7:15 malam.
- 1 September 1980: Waktu siaran Rangkaian Nasional ditambah lagi 50 minit iaitu dari pukul 8:10 pagi hingga 9:00 pagi.
- 1 Januari 1982: Apabila waktu di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak diseragamkan Waktu Siaran Rangkaian Nasional Siaran Daerah Kawasan Selatan (Bahasa Melayu) diselaraskan seperti berikut dari pukul 8:00 pagi hingga 9:00 pagi (Siaran Tempatan 3:35 pagi hingga 9:00 pagi).
- 30 Ogos 1988: Siaran RMJB disiarkan melalui FM Stereo iaitu jam 7:00 pagi hingga 9:00 pagi dan 3:30 petang hingga 7:45 malam (siaran daerah kawasan selatan dan siaran tempatan Johor).
- 20 Oktober 1988: FM Stereo ke udara sebagai satu rangkaian berasingan bermula dari jam 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam. Radio Malaysia Johor Bahru ke udara semula melalui gelombang sederhana 521 meter (576Khz).
- 1 Januari 1989: Radio Malaysia Johor Bahru yang dikenali dengan Radio 2 Johor Bahru (FMJB) dan Radio 3 Johor Bahru.
- 1 Januari 1990: Siaran Radio 3 Johor Bahru Pagi: 07:00 hingga 09:00. Petang: 15:10 hingga 20:10.
- 3 September 1990: Siaran Radio 3 Johor Bahru Pagi: 06:00 hingga 09:00. Petang: 14:00 hingga 21:00.
- 1 Mei 1991: Bilik Hubungan (FM) mula digunakan.
- 1 Januari 1992: Tambahan masa siaran 06:00 hingga 21:00. Siaran Stesen Radio Malaysia Johor Bahru yang keudara melalui Gelombang Sederhana mula juga disiarkan melalui Gelombang FM.
- 1 Januari 1993: Tambahan masa siaran 06:00 hingga 00:00. Jumlah siaran Radio 3 Johor Bahru 18 jam sehari.
- 1 Januari 1994: Stesen Radio 3 Johor Bahru dan FM Johor Bahru mula beroperasi dari bangunan baru iaitu Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar. Dengan pembinaan Kompleks ini kawasan seluas lebih 75 ekar sekarang menempatkan Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan dan Stesen Pemancar Johor Bahru
- 1 November 1995: Siaran Radio 3 Johor Bahru telah menggunakan peralatan sistem Digital (berkomputer).
- 12 April 1997: Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor.
- 1 September 1998: Radio 3 Johor Bahru bertukar nama kepada Radio Malaysia Johor.
- 1 April 2005: Radio Malaysia Johor Bahru bertukar nama kepada Johor FM.
- September 2006 - Menara RTM, menara pemancar setinggi 317 meter di stesen Johor Bahru diturunkan.
- Mac 2011 - FM Stereo Johor Bahru tamat siaran.
- 1 April 2021 - Penyiar negara Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan ulang tahun ke-75 dan Johor FM rasmi melancarkan logo baharu dan saluran sukannya serta menjenamakan semula kesemua stesen radio tempatannya.
Sejarah nama Johor FMSunting
- Stesen Johor Bahru (7 November 1963-8 Ogos 1965) (rasmi tanda panggil)
- Rangkaian Nasional Siaran Daerah Kawasan Selatan (Bahasa Melayu) (9 Ogos 1965-31 Disember 1988)
- Radio 2 Johor Bahru (FMJB) (1 Januari 1989-31 Ogos 1998)
- Radio 3 Johor Bahru (1 Januari 1989-31 Ogos 1998)
- Radio Malaysia Johor Bahru (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Johor FM (1 April 2005-kini)
PenyampaiSunting
Rancangan utamaSunting
Setiap Hari Ahad - SabtuSunting
FrekuensiSunting
Frekuensi | Kawasan | Pemancar |
---|---|---|
92.1 MHz | Mersing, Johor | Bukit Tinggi |
Pekan, Nenasi, Pulau Tioman, Kuala Rompin & Pahang | ||
101.9 MHz | Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kulai, Simpang Renggam, Kluang dan Singapura | Gunung Pulai |
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | ||
105.3 MHz | Batu Pahat Tangkak, Muar Segamat & kawasan Pahang Muadzam Shah, ,Simpang Bekoh,di Jasin Melaka Bemban Negeri Sembilan Tampin | Gunung Ledang |
RujukanSunting
Pautan luarSunting
- Laman web rasmi Johor FM Diarkibkan 2007-03-15 di Wayback Machine