6 September
tarikh
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2024 |
6 September merupakan hari ke-249 (hari ke-250 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 116 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
sunting- 394 - Maharaja Rom Timur Theodosius I mengalahkan perampas Empayar Rom Barat Eugenius dalam Pertempuran Frigidus.
- 1522 - Kapal Victoria (gambar) kembali ke Sanlúcar de Barrameda, Sepanyol, menjadikannya kapal pertama mengelilingi dunia.
- 1930 - Presiden Argentina Hipólito Irigoyen digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera oleh José Félix Uriburu.
- 1955 - Penduduk etnik Greek di Istanbul diserang oleh gerombolan orang Turki semasa Pogrom Istanbul.
- 1991 - Kesatuan Soviet mengiktiraf kemerdekaan negara-negara Baltik: Estonia, Latvia dan Lithuania.
- 1995 - Pemain Baltimore Oriole Cal Ripken, Jr. bermain dalam perlawanan Liga Major Besbolnya yang ke-2131, sekaligus memecahkan rekod 56 tahun milik pemain New York Yankees Lou Gehrig.
- 2000 - Sidang Kemuncak Milenium, satu mesyuarat antara pemimpin dunia untuk membincangkan fungsi PBB pada peralihan abad ke-21, bermula di Bandar Raya New York.
- 2008 - Kejohanan Sukan Paralimpik 2008 bermula dengan rasminya di Beijing, China.
- 2008 - Asif Ali Zardari daripada Parti Rakyat Pakistan terpilih menjadi Presiden Pakistan menggantikan Pervez Musharraf.
- 2011 - Kebakaran terburuk dalam sejarah Texas memusnahkan lebih 1,300 rumah di Kaunti Bastrop (gambar).
Kelahiran
sunting- 2006: Putera Hisahito dari Jepun.
Kematian
sunting- 2007: Luciano Pavarotti, pemain tenor Itali.