9 September
tarikh
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2023 |
9 September merupakan hari ke-252 (hari ke-253 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 113 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Republik di Korea Utara (1948)
- Hari Kemerdekaan di Tajikistan (1991).
PeristiwaSunting
- 9 – Perang Germanik: Perikatan puak-puak Jermanik pimpinan Arminius bertembung dengan angkatan Rom pimpinan Publius Quinctilius Varus.
- 1000 – Raja Olaf I dari Norway terjatuh dari kapal semasa Pertempuran Svolder dan hilang di Laut Baltik.
- 1493 – Angkatan Empayar Uthmaniyyah menewaskan tentera Kerajaan Croatia dalam Pertempuran Padang Krbava.
- 1513 – Perang Liga Cambrai: Raja James IV dari Scotland (gambar) terbunuh dalam Pertempuran Flodden di Northumberland sewaktu mengetuai serangan ke atas England.
- 1945 – Perang China-Jepun Kedua berakhir apabila Jepun menyerah kalah.
- 1971 – Banduan merusuh dan merampas kawalan Penjara Attica di Attica, New York, A.S., menjadikan 33 pengawal sebagai tebusan.
- 2001 – Pemimpin Perikatan Utara Ahmed Shah Massoud mati dibunuh di Afghanistan.
- 2004 – Sebuah kereta meletup di luar bangunan kedutaan Australia di Jakarta, Indonesia, mengorbankan 9 orang dan mencederakan lebih 150 yang lain.
- 2010 – Kerajaan Iran menangguhkan hukuman mati rejam untuk Sakineh Mohammadi Ashtiani di tengah-tengah tekanan antarabangsa.
- 2012 – Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Itali 2012.
- 2013 – Lukisan Zonsondergang bij Montmajour (gambar) dipamerkan sebagai kerja hilang Vincent van Gogh.
- 2013 – Gabungan pertengahan kanan yang diketuai Parti Konservatif mendapat majoriti dalam pilihan raya parlimen Norway.
- 2016 - Penubuhan parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia dipimpin oleh Tan Sri Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin
KelahiranSunting
- 1878 - Sergio Osmena, Presiden Filipina ke-4
- 1949 - Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden Indonesia ke-6