9 September (filem)
9 September ialah filem buatan Malaysia bergenre komedi romantis. Filem ini merupakan cubaan pertama Pierre Andre dalam arahan filem dan dibintangi Pierre Andre sendiri bersama Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad, disertai Zami Ismail, Osman Kering dan Shamsul Ghau Ghau. David Teo, selaku penerbit filem ini dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Metrowealth turut membuat penampilan istimewa dalam filem ini.
9 September | |
---|---|
Pengarah | Pierre Andre |
Penerbit |
|
Penulis | Pierre Andre |
Dibintangi oleh |
|
Syarikat penerbitan | |
Mula ditayangkan | 1 November 2007 |
Tempoh tayangan | 95 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
SinopsisSunting
Nia (Fasha Sandha) ialah seorang gadis tomboy comel yang baru ditinggalkan oleh teman lelakinya. Semenjak itu, dia menyimpan dendam terhadap kaum lelaki . Nia suka melepaskan kemarahannya terhadap Kogi (Pierre Andre), seorang lelaki baik hati dan jujur yang dijadikan sasaran mudah kerenah Nia, semenjak kali pertama mereka bertemu apabila Nia memasuki rumah Kogi secara tidak sengaja, dan semenjak itu mereka sering bertemu lagi secara kebetulan banyak kali. Tidak kira berapa kali terkena dendam Nia, Kogi tetap menjaga sikap budimannya sepanjang masa sehingga mereka saling hjatuh cinta, itupun untuk masa yang pendek setelah Adrian (Fahrin Ahmad), bekas kekasih Nia, kembali muncul dalam hidup Nia. Sebenarnya Nia masih mencintai Adrian secara tunggang terbalik namun cintanya terhadap Adrian tidak seperti dahulu. Suatu hari, Nia hendak ke Tokyo bersama teman lelakinya selama setahun. Sekembalinya di tanahair, perasaannya terhadap Kogi kian membara sehingga dia tercari-cari Kogi sehingga dia mendapati sesuatu yang memeranjatkan mengenai Kogi.
PelakonSunting
- Pierre Andre sebagai Kogi
- Fasha Sandha sebagai Nia
- Fahrin Ahmad sebagai Adrian
- Nik Adruce sebagai Pelajar Sekolah 1
- Fatin Afeefa sebagai Pelajar Sekolah 2
- Nasiruddin Nasir sebagai Pelajar Sekolah 3
- Yana Samsudin sebagai Pelajar Sekolah 4
- Nor Zam Zam Zakaria sebagai Pelajar Sekolah 5
- Cat Farish sebagai Pemandu Bas
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Pengawai Agama
- Zami Ismail sebagai Dato
- Kazar Saisi sebagai Pemandu Bot
- Osman Kering sebagai Atok
- Shah Rempit sebagai Mat Rempit
- David Teo sebagai Tauke Bot
Pautan luarSunting
Rencana berkenaan filem ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |