David Teo

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth

Mejar (k) David Teo[1] (lahir 1 Ogos 1964) ialah seorang penerbit filem, usahawan, pelakon dan penyanyi Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth, ia turut mempunyai beberapa anak syarikat seperti MIG Sound, MIG Talent dan Temasek Studios. MiG Pictures di bawah kendalian David Teo telah menghasilkan lebih dari 100 judul filem semenjak tahun 2000.[2]

Mejar (k)
David Teo
Kelahiran
Teo Chew Huat

(1964-08-01) 1 Ogos 1964 (umur 59)
PekerjaanPenerbit, usahawan, pelakon, penyanyi
PasanganJane Lim
Laman web rasmiDavid Teo

Biografi sunting

Mejar (K) David Teo dilahirkan pada 1 Ogos 1964 dan berasal dari Kampung Buluh Kasap, beliau menerbitkan filem pertamanya pada dan sehingga April 2015, MiG Pictures dan anak syarikat sudah pun menghasilkan 119 filem. Setakat ini, Mejar (K) David Teo merupakan antara penerbit filem tempatan yang paling berjaya dan telahpun menerbitkan filem-filem tempatan Malaysia yang paling terlaris apabila berjaya memungut kutipan melebihi RM12 juta setakat ini.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang jualan langsung pada tahun 1986 dan pada tahun 2000, beliau menerbitkan filem pertama beliau iaitu filem Islamik Sci-Fi 'Syukur 21' dengan menampilkan kumpulan nasyid terkenal Raihan.

David Teo telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terhadap Majlis Angkatan Tentera untuk menerima Penganugerahan Tauliah Kehormat Dalam Angkatan Tentera Sukarela Persekutuan-ASP yang membawa gelaran "Mejar" pada 27 Disember 2011.

Atas kredibiliti David Teo yang sentiasa menepati citarasa para penonton, MiG Production yang juga di bawah kendaliannya telah diberikan 200 jam penerbitan drama setiap tahun. Drama pertama terbitan syarikatnya adalah Biar Rahsia yang disiarkan sebanyak 26 episod menerusi RTM.

Selain melibatkan diri secara serius dalam bidang penerbitan filem dan drama, kini Mejar (K) David Teo juga berjinak-jinak sebagai pelakon dan penyanyi. Dia tampil sebagai salah seorang pelakon dalam filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! dan cameo menerusi filem Suamiku Jatuh Dari Langit, Remp-It, Kala Malam Bulan Mengambang, dan Susuk, selain itu memegang watak utama menerusi Cerekarama TV3, Sederet 2X5 yang ke udara pada 17 November 2006. Single pertama beliau, "Kacang" diterbitkan pada tahun 2014.[3][4][5]

Kontroversi sunting

Kenyataan menghina P. Ramlee sunting

Pada Julai 2016, David Teo menerusi ruangan hiburan The Malay Mail Online menyatakan komitmen MiG untuk membimbing para pelakon untuk mengembangkan bakat sehingga mampu bergelar jutawan. Namun tindakannya menyandarkan seniman agung P. Ramlee sebagai contoh pelakon yang berlagak dan berjoli hingga tiada duit pada usia tua membangkitkan kemarahan dalam kalangan anak seni dan netizen amnya. Berikut ialah kenyataan beliau:[6]

“KALAU tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya raya. Jangan seperti P Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang. Kita tak boleh masa glamor lupa diri, berlagak dan berjoli tetapi bila dah tua tak ada duit.”[6]

Kenyataan inilah yang menyebabkan ketua pegawai eksekutif Metrowealth Pictures itu diselar kerana dianggap menghina seniman agung negara. Menurut pengarang buku Membedah P. Ramlee Daniyal Kadir, kenyataan tersebut amat tidak wajar. Pengarah dan pelakon Sabri Yunus pula memilih untuk menyindir Teo dengan status Facebook yang puitis dan sinis.[6] Presiden Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS) Alfie Palermo pula menyifatkan kenyataan Teo sebagai ironik. Kenyataan David turut dikutuk oleh Komuniti Filem Titiwangsa, yang menghimpunkan penggiat serta pencinta filem antaranya pengarah Bunohan Dain Said dan ahli sejarah filem Hassan Muthalib.[6]

Netizen amnya turut berkongsi rasa tidak senang hati dengan kenyataan Teo yang dianggap biadap, mereka rata-rata membandingkan mutu filem terbitannya dengan puluhan filem P. Ramlee yang malar segar dan ditonton tanpa jemu hingga kini. Namun ada juga yang berpendapat Teo sekadar memberi nasihat dan melahirkan keprihatinan terhadap industri seni. Amir Hafizi, penulis skrip filem Hikayat Merong Mahawangsa dan Magika menganggap Teo sekadar prihatin. Pengarah dan pelakon Melissa Saila turut menyelar kenyataan Teo dan berpendapat karya P.Ramlee kaya dengan cara yang tersendiri

Insiden ditempeleng semasa acara TN50 sunting

Pada 17 Mei 2017, David Teo sekali lagi terlibat dalam suatu kontroversi berkelakuan kurang ajar di hadapan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sesi soal jawab Transformasi Nasional (TN50) di Seri Perdana, Putrajaya yang dianjurkan Perdana Menteri. David Teo kedengaran seperti menengking semasa mengajukan soalan kepada perdana menteri. Ini adalah disebab moderator Rosyam Nor tidak memberikan mikrofon kepada David semasa pertanyaan dan David terpaksa cakap kuat untuk suarakan pendapatnya seolah-olah David hendak mencetuskan kontroversi.[7][8]

Pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin juga dikenali mengikut nama samarannya "Mat Over" bangun dari tempat duduknya dan cuba menampar Teo yang membalas dengan cubaan untuk menyepak sebelum pegawai-pegawai sekuriti menghalang insiden pergelutan antara kedua-dua orang itu daripada menjadi lebih teruk. Insiden pergelutan ini berlaku beberapa meter di hadapan perdana menteri Malaysia, Najib Razak yang kelihatan tenang semasa insiden berlaku. Kedua-dua David Teo dan Sulaiman Yassin kemudiannya dipanggil oleh perdana menteri untuk memberi salam dan memohon maaf antara satu sama lain beberapa minit kemudian selepas terjadinya insiden pergelutan itu. Ketika ditanya, Sulaiman Yassin berkata bahawa beliau tidak berpuas hati dengan cara kurang ajar David Teo menanyakan soalan kepada perdana menteri Baju Merah mendesak David Teo untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia dan pemimpinnya kerana telah memalukan pemimpin dengan bersikap kurang ajar tanpa rasa hormat. Mereka juga mendesak Kementerian Pertahanan agar menarik balik gelaran kehormat "Mejar" yang dinobatkan oleh Angkatan Tentera Malaysia keatas David.[9]

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk lagu Menampilkan
2014 "Kacang" Cat Farish, Rafidah Ibrahim dan Zarul
2015 "Kawan Lama Salam Hari Raya" Yasin Sulaiman dan Atikah Suhaime
2022 "My Love My Baby" Chumiee Omey, Suhaimi Azmi, Dai Fuad dan Aaliyah Natasha

Filemografi sunting

Filem sunting

Sebagai penerbit dan pelakon sunting

Tahun Tajuk Catatan
2000 Syukur 21
2001 No Problem
2002 Mendam Berahi
Mami Jarum
2003 Mistik
Mami Jarum Junior
Cinta Kolestrol
Jutawan Fakir
2004 Kuliah Cinta
Tangkai Jering
Hingga Hujung Nyawa
7 Perhentian
2005 Cinta Fotokopi
Potret Mistik
Lady Boss
Anak Mami Kembali
2006 Tentang Bulan
Main-Main Cinta
Remp-It
2007 9 September
Jangan Pandang Belakang
2008 Congkak
I'm Not Single Sebagai pelakon; David
Senario The Movie: Episode 1
Selamat Pagi Cinta
Jangan Pandang Belakang Congkak Sebagai pelakon
Kala Malam Bulan Mengambang Sebagai pelakon; Tauke Hotel
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib
2009 Syurga Cinta
Santau
Jangan Tegur
Senario The Movie Episode 2: Beach Boys
2010 Adnan Semp-It
Zoo'
Mantra
Senario Asam Garam
Semerah Cinta Stilleto
Jangan Pandang Belakang Congkak 2
V3 Samseng Jalanan
Ngangkung
Cuti-Cuti Cinta
Aku Masih Dara
Damping Malam
2011 Kembar Siang
Kongsi
3,2,1 Cinta
Bini-Biniku Gangster
Flat 3A
Senario The Movie Ops Pocot
Sekali Lagi
Alamak... Toyol!
Papa I Love You
2012 Keramat
Sumpahan Kum Kum
7 Petala Cinta
Hantu Dalam Botol Kicap
3 Temujanji
Hanya Aku Cinta Kau Seorang
Nongkrong
Adnan Sempit 2
8 Jam
Salam Cinta
Aji Noh Motor
X
Pe3 Sebagai pelakon; Inspektor
Budak Pailang
Taikun
Ajiboy
Aku Terima Nikahnya
Strawberi Cinta
2013 Minyak Dagu
Wawa Semput
Pada Suatu Cinta Dahulu
Cerita Kita
Dua Kalimah
99 Kali Rindu
Bro, Nampak Motor Gua?
Adnan Sempit 3
1 Lawan Satu
Paku Pontianak
Bencinta
Longkai
Lagenda Budak Hostel
Highland Tower
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang
Aku Pilih Kamu
Laki-Laki
2014 Muka Surat Cinta
Jangan Pandang Belakang Boleh
Sniper
Kaki Kitai
Glorifying Love
Awak Nak Kahwin Dengan Saya?
Nasi Tangas
Lu, Gua, Bro!
Adnan Sempit Sawadikap
Kelibat
Pengantin Malam
Kasut Ku Kusut
2015 Badi
Hantu Bungkus Ikat Tepi
Suamiku Jatuh Dari Langit Sebagai pelakon; Ah Long
Keranda Tok Wan Terbang
2016 Zack Kapcai
Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi
Volkswagen Kuning
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! Sebagai pelakon; Lavid
2017 Dorm Melati
Love From Kampung
Hospital
Kolestrol vs Cinta
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang
Gui Sebagai pelakon; Tan Sri Lo
TBA Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu

Drama sunting

Sebagai penerbit sunting

Tahun Tajuk Saluran TV
2009 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series Astro Warna
Legasi 43 Karat TV3
2010 Adnan Semp-It The Series Astro Warna
2011 Ana lu'lu TV3
2012 Takdir Qismah
Bini-Bini Perkasa
2013 Dewi Lasak
2016 Sha & Shah Astro Ria
Si Kolot Suamiku
2016–2017 Hantu Punya Bos TV3
2021 Derita Untuk Bahagia Astro Prima
Mr. Millennium TV9
2023 Bukan Syurga Pilihan Astro Prima
Adnan Runner TV3
Hijrah Jannah Astro Ria

Telefilem sunting

Sebagai penerbit dan pelakon sunting

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2022 Radio Atok TV9 Sebagai pelakon

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2017 Sepahtu Reunion Live Astro Warna Episod: "Hantu Raya Balai Raya"
2021 Episod: "Masih Lagi Sayang"

Rujukan sunting

Pautan luar sunting