Daerah Segamat
Segamat merupakan sebuah daerah di negeri Johor, Malaysia. Daerah ini terletak di utara negeri Johor dan mempunyai keluasan 2807 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 197,762 orang pada tahun 2020.
Daerah Segamat | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Jawi | سڬامت |
• Cina | 昔加末县 |
• Tamil | சிகாமட் |
Lokasi Daerah Segamat di Malaysia | |
Koordinat: 2°30′44″N 102°48′48″E / 2.512316127857605°N 102.81344756762122°EKoordinat: 2°30′44″N 102°48′48″E / 2.512316127857605°N 102.81344756762122°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Pusat | Segamat |
Pihak Berkuasa Tempatan | Majlis Perbandaran Segamat MPS (utara) Majlis Daerah Labis MDL (selatan) |
Pentadbiran | |
• Pegawai Daerah | Mohd Masni Wakiman |
• Yang Dipertua MPS | Tuan Haji Mohd Helmi Bin Dato' Haji Sha'ri @ Shangari |
• Yang Dipertua MDL | Sulaiman bin Ismail |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,807.29 km2 (1,083.90 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 179,762 |
• Kepadatan | 64/km2 (170/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak diamalkan) |
Poskod | 85xxx |
Kod panggilan | +6-07 |
Nombor plat kenderaan | J |
Etimologi
suntingAsal nama Segamat dipercayai berasal daripada sebuah kisah iaitu sekitar kurun ke-16, Sultan Ahmad dan pengikut-pengikutnya telah meninggalkan Melaka kerana diserang oleh Portugis lalu bertapak di Pagoh. Setelah diserang di Pagoh mereka telah berundur dengan tujuan ke Penarikan dan kemudiannya ke hilir Pahang. Di pertengahan jalan, Bendahara duduk bersandar di banir kayu menghadap lubuk yang dihadapannya, Sultan Ahmad dan ayahandanya tidak jauh dari situ, mereka bersama-sama berhenti penat dan berehat selama dua hari.
Sambil duduk, Datuk Bendahara melempar-lempar tangan membuang kebas lalu tercapai olehnya seketul batu lalu ditimang-timangnya. Sambil mukanya berkedut kesal, dirinya berkata "Dahaga rasanya aku, ambilkan air barang seteguk di sungai itu". Sambil berkata ia memandang Selamat Gagah. Selamat Gagah faham bahawa yang dimaksudkan ialah supaya mengambil air sungai itu lalu dicarikannya upih lalu dibuatnya temika. Kemudian diceduknya air hingga penuh lalu diberikan kepada Datuk Bendahara. Sambil tangannya menyambut temika air, batu di tangan dilontar ke lubuk sungai, katanya di dalam hati, "Kalau timbul batu itu, baliklah aku ke Melaka". Mendengarkan kata Datuk Bendahara demikian Sultan Ahmad menoleh kepada Datuk Bendahara, tetapi Sultan tidak mengeluarkan sepatah kata pun.
Air di temika diminum sepuas-puasnya oleh Datuk Bendahara lalu berkata, "Segar amat ku rasa badan ini, sungguh lazat diminum, apakah nama sungai ini Selamat?", Selamat menjawab, "Tidak hamba ketahui, kerana baru sekali ini bersua." Bendahara berkata lagi "Ya, Segar amat, ku rasa seolah-olah tenagaku pulih semula, ya, segar amat sungai ini jika airnya di minum.". Berkata mereka serentak yang meneguknya, "Ya, segar amat". Lalu nama segar amat itu terus berubah menjadi Segamat.[2]
Pentadbiran
suntingDaerah Segamat ditadbir dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Segamat dan Majlis Daerah Labis. Pusat pentadbirannya terletak di Bandar Segamat. Daerah ini terbahagi kepada 11 mukim, enam bandar dan sebuah pekan.
Mukim
suntingBandar dan pekan
suntingGeografi
suntingDaerah Segamat terletak di utara negeri Johor bersempadan dengan Negeri Sembilan iaitu daerah Tampin dan Jempol di barat, daerahRompin, Pahang di utara, daerah Mersing di timur dan daerah Muar,Tangkak, Batu Pahat serta Kluang di selatan.
Iklim
suntingIklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[3] Purata suhu ialah 26.84 °C (80.3 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.6 °C (81.7 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.1 °C (79.0 °F).[3] Purata kerpasan di Segamat adalah 2286.8 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 330.4 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 110.6 milimeter.[3]
Data iklim untuk Segamat (1990-2019) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata suhu harian, °C (°F) | 26.3 (79.3) |
26.8 (80.2) |
27.2 (81.0) |
27.3 (81.1) |
27.6 (81.7) |
27.3 (81.1) |
27.0 (80.6) |
26.9 (80.4) |
26.7 (80.1) |
26.6 (79.9) |
26.3 (79.3) |
26.1 (79.0) |
26.8 (80.3) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 187.0 (7.36) |
110.6 (4.35) |
172.9 (6.81) |
188.7 (7.43) |
180.2 (7.09) |
150.5 (5.93) |
151.6 (5.97) |
177.2 (6.98) |
168.8 (6.65) |
211.4 (8.32) |
257.5 (10.14) |
330.4 (13.01) |
2,286.8 (90.04) |
Sumber: ClimateCharts[3] |
Demografi
suntingTahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1970 | 127,600 | — |
1980 | 150,501 | +17.9% |
1991 | 177,561 | +18.0% |
2000 | 177,916 | +0.2% |
2010 | 182,985 | +2.8% |
2020 | 197,762 | +8.1% |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Segamat ialah seramai 179,762 orang dengan kepadatan penduduk 69 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 57 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih lima peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[4]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 109:100. Terdapat 65,038 tempat kediaman dengan sebanyak 52,855 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 138 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 39 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 19 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 106,696 |
Cina | 63,132 | |
India | 15,711 | |
Lain-lain | 582 | |
Bukan warganegara | N/A | 11,641 |
Agama
suntingMajoriti penduduk di daerah Segamat beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[4]
Agama | Jumlah |
---|---|
Islam | 113,382 |
Buddha | 62,404 |
Hindu | 16,807 |
Kristian | 2,099 |
Lain-lain | 1,063 |
Tidak beragama | 2,006 |
Tidak diketahui | 1 |
Ekonomi
suntingPertanian merupakan penyumbang utama terhadap ekonomi Segamat, menyumbang sejumlah 61.8% daripada jumlah pekerjaan pada tahun 1991. Penyumbang ekonomi kedua ialah sektor pengeluaran, iaitu sejumlah 13.1% daripada jumlah tenaga kerja pada tahun 1995. Ia disusuli sektor perkhidmatan kerajaan, iaitu sejumlah 12.2% daripada jumlah tenaga kerja pada tahun yang sama.
Pengangkutan di Segamat
suntingSegamat mempunyai jaringan jalan raya persekutuan dan negeri yang cukup baik. Laluan Persekutuan LP 1 adalah jalan raya utara-selatan utama, yang turut dihubungkan ke lebuh raya kebangsaan utama, Lebuhraya Utara-Selatan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan (jajaran selatan), melalui EXIT 227 (Persimpangan Simpang Ampat) dan EXIT 243 (Persimpangan Yong Peng Selatan); kedua-duanya terletak di luar Daerah Segamat.
Laluan Persekutuan LP 23 menghubungkan Segamat dengan bandar-bandar utama di kawasan barat daya seperti Tangkak, Bandar Melaka, Muar dan Batu Pahat. Ia juga dihubungkan ke Lebuhraya Utara-Selatan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan melalui EXIT 235 Persimpangan Tangkak. Sementara itu, Lebuhraya Tun Razak laluan LP 12 menghubungkan Segamat dengan Kuantan serta negeri-negeri pantai timur.
Selain itu, terdapat beberapa jalan raya negeri utama di Segamat, antaranya:-
- J14 - Jalan Pagoh
- J32 - Jalan Muar-Labis
- J43 - Jalan Batu Anam
- J150 - Jalan Bekok
- J153 - Jalan Tasek Alai
Perkhidmatan
suntingSelain sistem jaringan jalan raya, Daerah Segamat juga turut dihubungkan dengan sistem kereta api kebangsaan di stesen kereta api Segamat dan Labis.
Tempat menarik
sunting- Dataran Segamat - Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai tempat utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah Segamat dan peringkat negeri Johor. Sebelum diubahsuai dan diberi nama sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya dikenali sebagai Padang Besar Segamat. Pada tahun 2005, Segamat dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Apabila pengubahsuaian dilakukan, tidak hanya menara jam malah replika durian dan menara bendera juga di letakkan bersebelahan sebagai tarikan dan mercu tanda utama bandar Segamat yang memberi makna Segamat adalah daerah Tanah Raja Buah-buahan.Pada 30 Ogos 2012,Segamat menjadi tuan rumah untuk Sambutan Hari Raya dan Malam Ambang Merdeka.Turut dihadiri Menteri Besar Johor,Dato'Abdul Ghani bin Osman dan ADUN Segamat serta VIP lain.
- Taman Bunga Batu Hampar (Rock Garden) – Taman Bunga Batu Hampar adalah satu-satunya taman rekreasi di tengah bandar Segamat. Di sini juga menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat ,Rumah VIP dan Istana Hinggap khas untuk kerabat diraja Johor.Taman Bunga Batu Hampar merupakan tempat yang paling cantik dan sesuai untuk beriadah di daerah Segamat.
- Makam Bendahara Tepok – Makam Bendahara terakhir Kesultanan Melayu Melaka terletak di Kampung Lubuk Batu, kira-kira 2 kilometer dari Pusat Bandar Segamat melalui jalan raya persekutuan dan bertentangan dengan Masjid Makam Lubuk Batu.Terdapat juga,Mercu Segamat yang diletakkan berhadapan dengan Lubuk Batu.
- Makam Raja Temenggong Muar Makam Dinasti Raja2 temenggong Muar juga berada disini. Raja temenggong Muar merupakan kerajaan berdaulat yang didahului oleh Dato' Pasir DiRaja Tun Sayid Jaafar Idrus (mangkat di Kampung Pantai Layang, Muar). Ianya secara tradisi diteruskan oleh anakanda beliau iaitu Engku Sa'akar DiRaja sehinggalah yang terakhir iaitu Temenggong Wan Abdul Rahman Ibni Temenggong Engku Mohd. Salleh. Dato' Pasir DiRaja Tun Sayid Jaafar Idrus merupakan abang kandung kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid yakni induk kesultanan Johor, Pahang & Trengganu sehingga ke hari ini. Dato' Pasir Diraja Tun Sayid Jaafar Idrus & Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid adalah bapa saudara Sultan Mahmud Syah ll (Sultan Johor ke-10) yang mangkatnya di julangan.
- Air Terjun Sungai Bantang -Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93ha dan Kompartmen 18 seluas 156.28ha. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan 8 km dari Pekan Bekok. Tema "Destinasi Rekreasi Luar Anda" telah di perkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan perkhemahan dan perkelahan.Pelbagai aktiviti dapat dijalankan antaranya merentas hutan 'jungle trekking', perkhemahan dan perkelahan.
- Taman Rekreasi Sungai Segamat - Tempat istirehat,memancing,berjoging pada waktu petang.Terletak di tebing Sungai Segamat.Sentiasa menjadi aktiviti Sukaneka.
- Istana Hinggap -Sebuah istana persinggahan untuk kerabat diraja Johor yang akan singgah di daerah Segamat terutamanya aktiviti Kembara Mahkota Johor yang dianjurkan oleh Baginda Sultan Johor.Terletak di atas Bukit Hampar Segamat,bertentangan dengan Padang Batu Hampar serta bersebelahan dengan Sekolah Tinggi Segamat.
- Benteng -Benteng merupakan suatu tempat medan selera yang panjang dan sentiasa dibuka setiap hari dari jam 12.00 tengah hari sehingga selepas 12 tengah malam yang terkenal di Segamat.Benteng terletak di tempat yang sangat strategik iaitu berhampiran pasaraya Econsave di Kampung Abdullah,Jalan Genuang Kampung,Bandar Seberang.Tempat ini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menjamu selera pada waktu malam.
- Bazaar Karat -Pada waktu malam,Segamat terkenal dengan Bazaar Karat iaitu sebuah kawasan sepanjang jalan Dataran yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai jualan.Bazaar Karat dibuka pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad sehingga 1 pagi.Bazaar Karat telah menjadi tumpuan utama penduduk Segamat untuk berjalan-jalan pada waktu malam.
- Jambatan Putus,Buloh Kasap- Jambatan ini dibina oleh tentera British untuk pembinaan Persekutuan Route 1 Namun tentera British menghancurkan sebahagian jambatan ini untuk menghalang kemaraan tentera Jepun untuk menuju ke Singapura setelah perang berakhir Jambatan Buloh Kasap yang baru telah dibina betul-betul disebelah Jambatan Putus Buloh Kasap
- Pusat Rekreasi Kolam Air Panas,Tenang -Kolam Air Panas Labis di Kg Tenang hanya 10 km dari pekan Labis. Jaraknya dari Bandar Segamat pula hanya 42 km. Terdapat 4 kolam besar yang menadah air panas dibina di situ. Ia dipam dari kolam air panas semula jadi yang terletak di tengah-tengah 4 kolam tersebut. Kolamnya cetek. Airnya yang panas pasti menyegarkan badan yang kelesuan dan kerengsaan. Kemudahan tandas dan bilik mandi disediakan untuk para pengunjung di samping taman permainan kanak-kanak, peralatan bersenam dan tapak berjalan kaki. Kedudukannya yang terperosok di sisi Kg Tenang memungkinkan wujudnya persekitaran yang tenang dan santai.
- Air Terjun Takar Merluh, Kampung Tenang -Air terjun semulajadi yang terletak lebih kurang 12km dari bandar Labis. Pengujung perlu melalui kawasan Kampung Tenang dan melalui dusun-dusun tradisional yang di usahakan oleh penduduk kampung untuk sampai ke destinasi.
- Pencakar Langit Segamat - Bangunan terletak di tengah-tengah Bandar Atas,Segamat.Bangunan ini telah dibina pada hujung tahun 80 -an , malangnya setelah selesai pembangunan ini,ia tidak diluluskan atas sebab-sebab keselamatan yang tidak dijamin.Ia hanya dapat digunakan bahagian yang bawah sahaja dan ia telah digunakan sebagai Pasaraya Derang Emas tetapi telah ditutup.Sekarang,bangunan tersebut telah dijadikan sebagai tempat pemeliharaan Burung Layang-Layang.Bangunan ini menjadi ikon kebanggaan daerah Segamat meskipun bangunan ini menjadi semakin usang.Reka bentuk bangunan ini sama seperti bangunan Parlimen Malaysia dengan mempunyai 22 tingkat.
- Pusat Latihan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi - Merupakan satu institusi latihan untuk pelbagai aktiviti mencabar seperti berbasikal,jungle trekking dan banyak lagi aktiviti yang menarik.Terletak di Felcra Tebing Tinggi,Segamat.
- Air Terjun Jeram Tinggi -Tempat perkelahan yang terletak jauh di pedalaman di Kampung Ulu Jementah,Segamat.Ia adalah salah satu laluan ke Gunung Mahligai dan berhampiran sempadan Segamat-Ledang.Tempat yang indah dan sesuai untuk aktiviti Jungle-Trekking,berenang dan pendakian.
- Taman Awam Tasik Segamat -Terletak di Bandar Segamat berhampiran dengan Sungai Segamat.Sesuai untuk aktiviti rekreasi dan memancing pada waktu petang pada waktu petang.
Kesenian dan Kebudayaan
suntingSegamat adalah sebuah daerah yang terkenal dengan tarian Zapin dan Kuda Kepang yang menjadi tarikan yang popular kepada pelancong yang datang dari luar mahupun dalam negara.Tarian Zapin Dan Kuda Kepang sering diadakan pada hari kebangsaan,majlis keramaian,majlis perkahwinan,karnival dan sebagainya. Tarian ini menjadi semakin popular di seantero dunia.
Segamat juga adalah daerah yang menghasilkan kraftangan yang diperbuat daripada hasil hutan dan dianyam dengan tangan untuk mengekalkan tradisi melayu.Contoh barang-barang yang dipersembahkan dengan menggunakan rotan ialah tudung saji,raga dan pasu.
Rujukan
sunting- ^ http://ptj.johor.gov.my/index.php/pejabat-tanah/pejabat-tanah-segamat/profil-daerah
- ^ "Info Segamat | Portal Rasmi Majlis Daerah Segamat". Dicapai pada 1 Mac 2023.
- ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Segamat". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
- ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Daerah Segamat |