Jempol
Jempol merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan, Malaysia. Daerah ini berkeluasan 1,484.58 kilometer persegi dan merupakan daerah terbesar di Negeri Sembilan. Jempol diisytiharkan sebagai daerah penuh pada 1 Januari 1980 dan berpecah dari daerah Kuala Pilah.[4]
Daerah Jempol | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Jawi | جمڤول |
• Cina | 仁保县 |
• Tamil | ஜெம்போல் |
Lokasi Daerah Jempol di Negeri Sembilan | |
![]() | |
Lokasi Daerah Jempol di Malaysia | |
Koordinat: 2°55′N 102°25′E / 2.917°N 102.417°EKoordinat: 2°55′N 102°25′E / 2.917°N 102.417°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Kerusi | Bandar Seri Jempol |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Jempol |
Kerajaan | |
• Pegawai daerah | Nawal Mohamed Amin[1] |
Luas | |
• Jumlah | 1,484.58 km2 (573.20 batu persegi) |
Penduduk (2010)[3] | |
• Jumlah | 112,354 |
• Kepadatan | 76/km2 (200/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak dinilai) |
Poskod | 72xxx |
Kod panggilan | +6-06 |
Nombor plat kenderaan | N |

Etimologi Sunting
Terdapat tiga kisah yang dipercayai merupakan asal usul nama Jempol;
Kisah pertama mengatakan Jempol berasal daripada peristiwa tragis yang berlaku ke atas seorang gadis bernama Jempo, anak kepada sorang To’ Batin bernama To’ Pileh. Oleh kerana kecantikannya maka telah manjadi rebutan ramai orang kampung. Disebabkan perasaan iri hati sesama sendiri, maka terjadilah sebaran fitnah terhadap Jempo kononnya dia telah melakukan perbuatan sumbang. Tanpa usul periksa, bapanya, To’ Pileh telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap anaknya dengan memaksa anaknya terjun ke dalam sungai yang dipenuhi ranjau buluh runcing yang tajam. Setelah anaknya terjun ke dalam sungai berkenaan maka teperciklah darahnya hingga ke tebing sungai. Dikatakan tempat percikan darah itu merah seperti darah dan tidak ditumbuhi rumput atau pokok-pokok hingga sekarang. Setelah beberapa lama kemudian, barulah To’ Pileh menyedari anaknya itu tidak bersalah, dia hanya dianiayai oleh pemuda-pemuda yang tidak dapat memilikinya. Bagi mengingati peristiwa itu, To’ Pileh telah menamakan sungai tersebut sebagai Sungai Jampo.
Kisah kedua mengisahkan tentang seorang pemuda yang gagah perkasa bernama Jempo, anak kepada Tok Batin yang bernama Leban Condong iaitu seorang ketua orang asli tempatan dengan isterinya bernama Danau Rasau seorang wanita yang datang dari Minang. Jempo seorang yang gagah dan mempunyai perangai jahat serta ditakuti penduduk yang tidak dapat berbuat apa-apa bagi menghalang kelakuan buruknya itu. Pada satu ketika Jempo telah jatuh hati kepada seorang anak gadis kampungnya bernama Melor. Kerana tidak mendapat layanan dari pihak keluarga gadis itu, pada suatu hari dalam perjalanan pulang dari ‘huma’ Melor telah ditahan oleh Jempo dan akhirnya Melor diperkosa yang menyebabkan gadis itu mengandung. Jempo terus berperangai jahat terhadap mana-mana perempuan yang dihajatinya menyebabkan beliau mempunyai musuh. Akhirnya Jempo mati terbunuh semasa terjun mandi dari atas sebatang pokok leban yang condong ke dalam sungai yang telah dipasang ranjau-ranjau tajam (buluh yang telah diruncingkan) oleh musuh-musuhnya yang telah bermuafakat untuk membunuhnya bagi membalas dendam.
Kisah ketiga pula mengaitkan asal nama Jempol dengan kedatangan sembilan orang bersaudara serta pengikutnya dari Pasai, Sumatera. Mereka mencari perlindungan dan penempatan baru, kerana tempat asal mereka akan dilanda letusan gunung berapi. Rombongan itu telah berhenti di satu kuala sungai untuk menambah barang keperluan. Salah seorang daripada mereka iaitu Datuk Sempadang telah mengarahkan pengikutnya mencari dan meninjau di persekitaran kuala sungai itu, kira-kira setengah batu jauhnya. Diberitakan bahawa kawasan tersebut menarik dan cantik. Oleh demikian Datuk Sempadang telah menamakan kuala sungai tersebut sebagai Jempol (cantik) dari kuala hingga ke hulunya. Berdasarkan maklumat yang menyenangkan itu Datuk Sempadang mengambil keputusan untuk menetap di situ bersama-sama dengan pengikutnya. Kawasan tersebut dijadikan penempatan dan kawasan pertanian sehingga telah menarik ramai perantau-perantau yang turut serta menetap di situ.[5]
Pentadbiran Sunting
Daerah Jempol ditadbir oleh Majlis Perbandaran Jempol dan berpusat di Bandar Seri Jempol. Daerah ini dibahagikan kepada lima buah mukim, tiga bandar dan tujuh pekan.[6]
Mukim Sunting
Bandar/Pekan Sunting
Geografi Sunting
Daerah Jempol terletak di timur Negeri Sembilan dan merupakan daerah terbesar di Negeri Sembilan. Daerah ini bersempadan dengan daerah Jelebu di barat laut, Kuala Pilah di barat, Tampin di selatan dan negeri Johor serta Pahang di timur.
Iklim Sunting
Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[7] Purata suhu ialah 26.38 °C (79.5 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.0 °C (80.6 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 25.7 °C (78.3 °F).[7] Purata kerpasan di Jempol adalah 1,960.8 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 237.9 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 105.5 milimeter.[7]
Data iklim untuk Jempol (1990-2019) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Min harian °C (°F) | 25.9 (78.6) |
26.3 (79.3) |
26.7 (80.1) |
26.8 (80.2) |
27.0 (80.6) |
26.8 (80.2) |
26.6 (79.9) |
26.5 (79.7) |
26.3 (79.3) |
26.1 (79) |
25.9 (78.6) |
25.7 (78.3) |
26.38 (79.49) |
Kerpasan mm (inci) | 143.9 (5.665) |
105.5 (4.154) |
149.2 (5.874) |
178.4 (7.024) |
166.1 (6.539) |
118.0 (4.646) |
125.3 (4.933) |
138.7 (5.461) |
154.0 (6.063) |
212.4 (8.362) |
231.4 (9.11) |
237.9 (9.366) |
1,960.8 (77.197) |
Sumber: ClimateCharts[7] |
Demografi Sunting
Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Jempol ialah seramai 127,199 orang dengan kepadatan penduduk 86 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 69 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak empat peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[8]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 107:100. Terdapat 36,982 tempat kediaman dengan sebanyak 32,294 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 82 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 34 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 10 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 84,836 |
Cina | 21,084 | |
India | 15,450 | |
Lain-lain | 475 | |
Bukan warganegara | N/A | 5,354 |
Agama Sunting
Majoriti penduduk di daerah Jempol beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[8]
Agama | Jumlah |
---|---|
Islam | 86,474 |
Buddha | 19,458 |
Hindu | 15,912 |
Kristian | 1,986 |
Lain-lain | 1,068 |
Tidak beragama | 2,300 |
Tidak diketahui | 1 |
Perhubungan Sunting
Antara laluan kenderaan utama di daerah ini termasuklah Laluan Persekutuan 10 yang bermula dari Gemas menuju ke Bahau, Bandar Seri Jempol, Air Hitam dan terus ke utara menuju ke Temerloh, Pahang. Laluan Persekutuan 11 pula menghubungkan Bandar Seri Jempol dengan Batu Kikir (menuju barat) dan Bandar Tun Abdul Razak, Rompin(menuju timur). Laluan Persekutuan 13 menghubungkan Bahau dengan Juasseh.
Jempol juga boleh dihubungkan dengan negeri Pantai Timur melalui Laluan KTM Pantai Timur (ECRL) yang mempunyai hentian di stesen kereta api Bahau.
Rujukan Sunting
- ^ "Struktur Organisasi Pejabat Daerah dan Tanah Jempol" (PDF). Dicapai pada 2023-02-27.
- ^ https://jempol.ns.gov.my/info-daerah/info-jempol
- ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Pengenalan Daerah Jempol". Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Dicapai pada 2023-02-27.
- ^ "ASAL USUL JEMPOL". jempol.ns.gov.my.
- ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH" (PDF).
- ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Bahau". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
- ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jempol |