Jelebu

daerah di Negeri Sembilan, Malaysia

Jelebu (sebutan dalam loghat tempatan: Jolobu; Jawi: جلبو) ialah sebuah daerah di bahagian utara Negeri Sembilan dalam Malaysia, ia mempunyai keluasan 136,751.49 hektar iaitu 20.4% daripada keluasan keseluruhan negeri. Jelebu juga merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Sembilan selepas daerah Jempol. Dalam pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan, Jelebu merupakan sebuah luak. Jumlah penduduk ialah 40,000 orang. Sumber ekonomi utama ialah pertanian dengan keluasan 30,743.103 iaitu 22.481 hektar.

Daerah Jelebu
Jolobu
Transkripsi lain
 • Jawiجلبو
 • Cina日叻务县
 • Tamilஜெலுபு
Lokasi Daerah Jelebu di Negeri Sembilan
Lokasi Daerah Jelebu di Negeri Sembilan
Jelebu is located in Bumi
Jelebu
Jelebu (Bumi)
Koordinat: 2°56′27″N 102°04′10″E / 2.94083643233316°N 102.06957290193306°E / 2.94083643233316; 102.06957290193306Koordinat: 2°56′27″N 102°04′10″E / 2.94083643233316°N 102.06957290193306°E / 2.94083643233316; 102.06957290193306
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
PusatKuala Klawang
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Jelebu
Kerajaan
 • Pegawai daerahAbdul Rahim Abdul Aziz[1]
Keluasan
 • Jumlah1,349.89 km2 (521.20 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[3]
 • Jumlah37,287
 • Kepadatan28/km2 (72/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)
Poskod
71600 - 71650
Kod panggilan+6-06
Nombor plat kenderaanN
Jelebu
Lokasi Luak Jelebu di Negeri Sembilan
Lokasi Luak Jelebu di Negeri Sembilan
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Institusi adatUndang Luak Jelebu
Kerajaan
 • Undang Luak JelebuDato' Haji Maarof bin Dato' Haji Mat Rashad
Majlis Daerah Jelebu

Pekan Kuala Klawang merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Jelebu yang menempatkan pejabat-pejabat penting seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jelebu, Muzium Budaya Jelebu dan Perpustakaan daerah. Pekan-pekan utama yang turut menjadi nadi penting Daerah Jelebu adalah Titi, Simpang Durian, Simpang Pertang, Pertang dan Sungai Lui.

Sejarah sunting

Penamaan sunting

Menurut cerita orang-orang tua yang diceritakan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi dalam masyarakat Jakun, kisah mengenai seorang Tok Batin Asli yang telah membuka sebuah ladang ditanam labu yang cukup subur sehingga akar labunya menjalar ke Ulu Klawang. Kerana kesuburan labu-labu Tok Batin itu, maka ramai orang datang ke ladang labu Tok Batin tersebut.Mereka menamakan tempat itu sebagai ‘Jalar Labu' sehingga lama-kelamaan bertukar menjadi Jelebu.[4]

Pembukaan sunting

Sejarah pembukaan Jelebu selalu dikaitkan dengan kedatangan orang Minangkabau. Pada asalnya Jelebu didiami oleh kaum orang asli keturunan Temuan dari suku Biduanda. Kisah bermula apabila Batin Terjali anak kepada Maharaja Alif yang memerintah kerajaan Pagar Ruyung, Minangkabau, pergi mengembara untuk mencari pengalaman dan meluaskan lagi pemerintahan ayah baginda. Setelah jauh mengembara Batin Terjali dan pengikut-pengikutnya sampai di Bukit Kundik di Jelebu. Kedatangan mereka disambut baik oleh orang-orang asli di kawasan tersebut.

Semasa di Jelebu, isteri Batin Terjali iaitu Puteri Embong Sari melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Datok Niko Menteri Mangku Alam Raja Sehari. Sebelum meninggalkan Jelebu untuk meneruskan pengembarannya, Batin Terjali telah mewariskan putera baginda kepada ketua suku orang asli supaya menjaga puteranya dan apabila besar kelak hendaklah dijadikan penghulu Jelebu. Ketua orang asli itu bersetuju dan berjanji akan patuh dengan apa yang telah diperintahkan.

Ketua orang asli telah menepati janjinya dan Datok Niko Menteri Shah Maku Alam Raja Sehari dilantik menjadi penghulu Jelebu. Maka wujudlah pemerintahan putera Batin Terjali dan hubungan antara orang Minangkabau dan orang asli pun terjalin dan sejak itulah orang Minangkabau mula berhijrah ke Jelebu. Dalam senarai daftar nama penghulu di Jelebu, orang pertama dicatat namanya sebagai penghulu Jelebu ialah Datok Gombak, kemudian Datok Metunggang dan diikuti oleh Datok Moyang Salleh.

Pentadbiran sunting

Dalam pentadbiran adat di Negeri Sembilan, Jelebu merupakan sebuah luak yang ditadbir oleh institusi Undang yang diketuai oleh Datuk Undang Luak Jelebu. Dalam pentadbiran tanah pula, ia diuruskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini ialah Majlis Daerah Jelebu dan dibahagikan kepada lapan mukim, sebuah bandar dan tujuh pekan.

Mukim sunting

  1. Mukim Glami Lemi
  2. Mukim Ulu Klawang
  3. Mukim Ulu Triang
  4. Mukim Kenaboi
  5. Mukim Kuala Klawang
  6. Mukim Peradong
  7. Mukim Pertang
  8. Mukim Triang Ilir

Pekan sunting

  1. Bandar Kuala Klawang
  2. Pekan Kuala Klawang
  3. Pekan Pertang
  4. Pekan Titi
  5. Pekan Simpang Durian
  6. Pekan Simpang Pertang
  7. Pekan Petaling
  8. Pekan Sungai Muntoh

Geografi sunting

Jelebu adalah salah satu daripada 7 buah daerah yang terdapat di Negeri Sembilan, dan juga merupakan salah sebuah daripada empat buah daerah di Negeri Sembilan timur (tiga daerah lain termasuk daerah Kuala Pilah, daerah Jempol dan daerah Tampin) kerana lokasinya yang terletak di sebelah timur Banjaran Titiwangsa. Daerah Jelebu bersempadan dengan daerah Bentong, Pahang di timur, daerah Jempol dan daerah Kuala Pilah di selatan, daerah Seremban di barat, dan daerah Hulu Langat, Selangor di utara.

Keadaan muka bumi di Jelebu banyak berbukit bukau dan bergunung ganang terutama di kawasan sebelah utara dan barat yang merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa. Kedudukan ini juga menjadikan ia terlindung dari hujan lalu agak kering berbanding kawasan lain di Negeri Sembilan; kerana itu tanahnya subur dan terkenal dengan pengeluaran buah-buah tempatan dan penanaman tumbuhan di Jelebu adalah sangat subur.[5]

Kebanyakan kawasan-kawasan di Jelebu masih dilitupi oleh kawasan hutan dengan keluasan 84,556.25 hektar iaitu 61.83% daripada keluasan keseluruhan Jelebu.

Iklim sunting

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[6] Purata suhu ialah 26.38 °C (79.5 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.0 °C (80.6 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 25.7 °C (78.3 °F).[6] Purata kerpasan di Jelebu adalah 1,960.8 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 237.9 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 105.5 milimeter.[6]

Data iklim untuk Jelebu (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 25.9
(78.6)
26.3
(79.3)
26.7
(80.1)
26.8
(80.2)
27.0
(80.6)
26.8
(80.2)
26.6
(79.9)
26.5
(79.7)
26.3
(79.3)
26.1
(79.0)
25.9
(78.6)
25.7
(78.3)
26.4
(79.5)
Purata kerpasan, mm (inci) 143.9
(5.67)
105.5
(4.15)
149.2
(5.87)
178.4
(7.02)
166.1
(6.54)
118.0
(4.65)
125.3
(4.93)
138.7
(5.46)
154.0
(6.06)
212.4
(8.36)
231.4
(9.11)
237.9
(9.37)
1,960.8
(77.19)
Sumber: ClimateCharts[6]

Demografi sunting

Pecahan etnik di Jelebu - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
71.2%
Cina
  
24.1%
India
  
4.3%
Lain-lain
  
0.5%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Jelebu ialah seramai 46,053 orang dengan kepadatan penduduk 34 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 71 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak enam peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[7]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 119:100. Terdapat 13,349 tempat kediaman dengan sebanyak 11,129 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 28 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 13 ribu dalam golongan muda dan selebihnya empat ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 30,712
Cina 10,379
India 1,844
Lain-lain 216
Bukan warganegara N/A 2,902

Agama sunting

Agama di Jelebu - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
67%
Buddha
  
21.3%
Tidak beragama
  
6.1%
Hinduisme
  
3.8%
Kristian
  
1.4%
Lain-lain
  
0.3%
Tidak diketahui
  
0.01%

Majoriti penduduk di daerah Jelebu beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[7]

Agama Jumlah
Islam 30,842
Buddha 9,832
Tidak beragama 2,832
Hindu 1,739
Kristian 666
Lain-lain 139
Tidak diketahui 3

Politik sunting

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sunting

Kawasan di dalam daerah Jelebu ditadbir oleh Majlis Daerah Jelebu.

Ahli Parlimen sunting

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Perutusan Pegawai Daerah Jelebu". Dicapai pada 2023-02-27.
  2. ^ "Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu - Profil Daerah Jelebu". jelebu.ns.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2020-11-28.
  3. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Buyong Adil (2019). Sejarah Negeri Sembilan. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  5. ^ "Latar belakang Jelebu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-21.
  6. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kampung Titi Bunga". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  7. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/

Pautan luar sunting